Kajian keatas PKS di Brunei

 
 

Dapatan satu kajian terhadap Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SME) di Negara Brunei Darussalam dalam tahun 2005.

Menurut kajian tersebut yang dilakukan oleh sebuah firma juru perunding dari Malaysia yang berwibawa melibatkan 67 industri kecil dan seherhana (SME) Brunei di bidang pemperosesan makanan.

Dapatan kajian ini boleh memberikan justifikasi yang kuat tentang perlunya rombakan besar-besaran dilakukan di dalam sistem penyampaian.

Dapatan kaji selidik berkenaan mendapati responden memerlukan bantuan dari pihak-pihak berkenaan dalam perkara-perkara berikut:-

1. Maklumat lengkap tentang peralatan dan mesin memproses makanan.

2. Khidmat nasihat tentang pembungkusan dan persembahan produk.

3. Modal untuk membeli bangunan perniagaan.

4. Modal Pusingan

5. Promosi Pemasaran

6. Khidmat nasihat tentang keselamatan dan kebersihan makanan

7. Kepakaran Pengurusan

8. Khidmat nasihat pengurusan perkilangan

Di samping itu, kaji selidik berkenaan turut menemui masalah yang mereka hadapi iaitu:

1. Perbekalan bahan mentah untuk pemperosesan dan bahan pembungkusan yang tidak menentu.

2. Kos pengeluaran yang sentiasa meningkat

3. Kualiti produk yang rendah

4. Pasaran tempatan yang terhad

5. Pengeluaran yang tidak economik

6. Penggambilan pekerja luar yang dikenakan syarat terlalu ketat

7. Modal pusingan tidak mencukupi

8. Penawaran harga yang rendah dari barangan yang sama yang di import

9. Teknologi yang berkemampuan untuk meningkatkan pengeluaran (menggunakan jumlah buruh yang minima)

Disalah sebuah negara jiran kerajaan Negara berkenaan menggerakkan agensi-agensinya untuk membangunkan SME mereka dengan menyediakan kemudahan-kemudahan dan bantuan yang begitu banyak.

Dalam bidang penyelidikan misalnya, terdapat lima buah agensi yang sedia membantu para pengusaha dan bakal pengusaha.

Terdapat tujuh agensi pemasaran yang sedia membantu memasarkan produk SME di dalam dan keluar negara.

Negara tersebut turut menyediakan tujuh agensi khusus memberikan khidmat pendidikan dan latihan.

Di samping itu terdapat enam buah agensi pemberi kredit, enam buah agensi promosi keluar negara, tujuh buah agensi yang membantu pemindahan teknologi, enam agensi yang menyediakan kemudahan tempat perniagaan, empat buah agensi yang menyediakan kemudahan penyewaan peralatan untuk pemprosesan dan tujuh buah agensi yang menyediakan incubator perniagaan.

Bandingkanlah dengan apa yang disediakan kepada SME kita. Apakah bilangan agensi bantuan yang ada kini memberi gambaran yang kita adalah sebuah negara yang serius membantu dan membangunkan SME?

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.