DARI LUAR PAGAR PARLIMEN

Isu perumahan perlu tindakan bukan alasan

 
 

LIMBARUH HIJAU 12 MACH 2008 - Penjelasan dan 'alasan' yang diberikan oleh Menteri Pembangunan di hari ke lima Majlis Mesyuarat Negara seperti yang dilaporkan dalam media-media massa tempatan berhubung isu kelambatan perlaksanaan skim kemajuan perumahan negara tidak banyak memberikan maklumat-maklumat baru.

Isu mengenalpasti, meneroka dan membuka kawasan baru untuk perumahan yang melibatkan peraturan tanah, proses-proses dan kerja-kerja persediaan yang lain sebagai punca kelambatan selain dari sistem delivery yang lembab sememangnya sudah diketahui umum.

Sudah lebih dua dekad skim kemajuan perumahan dilaksanakan setentunya masalah-masalah tersebut sudah dikenalpasti awal-awa lagi!

Namun demikian apa yang dibentagkan YB Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar mengenai perancangan Kerajaan untuk mempercepatkan pembinaan rumah-rumah skim melebihi 1,000 unit setahun adalah satu maklumat yang agak memberangsangkan.

Ianya memberikan harapan baru kepada pemohon-pemohon yang sebilangannya sudah berada dihujung hayat. Itu pun jika apa yang dikatakan oleh YB Pehin Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah dapat dikotakan dalam masa yang singkat ini. Jika tidak sebilangan pemohon yang sudah berada di hujung hayat itu akan terpaksa membawa harapan mereka untuk mendapat rumah berkubur ke liang lahad.

Kerana menurut YB Pehin jumlah rumah yang setakat ini dapat disediakan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan kira-kira 400 buah setahun sahaja dan dalam erti kata lain masih berada di tahap yang "tidak memuaskan".

Beliau berharap tahun 2008 - 2009 ini perlaksanaannya akan lebih memuaskan dengan jumlah itu dapat ditingkatkan kepada lebih daripada 1,000 buah rumah setahun untuk memenuhi permintaan yang tertunda. Sehingga kini (dari sejak skim perumahaan negara dilaksanakan lebih dua dekad lalu?) katanya, hanya lebih 12,000 rumah dapat diberikan termasuk melalui sistem penggeranan TOL.

Menyentuh mengenai kelambatan penyediaan rumah, YB Pehin menjelaskan Jabatan Kemajuan Perumahan menyediakan dua skim iaitu Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dan Rancangan Perpindahan Negara untuk menampung keperluan perumahan.

Setiap projek itu, katanya memerlukan pembukaan kawasan baru dan kerja penyediaan tanah mengambil masa yang lama sebelum kerja pembinaan infrastruktur dimulakan dan pembinaan rumah disebut harga.

Oleh itu Jabatan Kemajuan Perumahan akan mempertimbangkan langkah mengurangkan masa kerja berkenaan dengan memberi beberapa projek besar kepada pengusaha untuk dilaksanakan dengan lebih cepat lagi supaya pembinaan rumah dapat disiapkan segera.

Pehin Dato Seri Setia Haji Abdullah juga menjelaskan peruntukan perumahan itu adalah bagi mereka yang tidak mampu untuk ikut serta dalam pasaran perumahan swasta dan oleh itu kerajaan menyediakan beberapa subsidi bagi mereka.

Beliau berkata cadangan untuk membawa pelaburan asing langsung dan kerjasama sektor awam dan swasta dalam sektor perumahan adalah agak rumit dengan adanya keperluan untuk memberikan subsidi.

Jika subsidi itu diberikan dengan tidak tepat, subsidi yang seharusnya diperoleh penerima rumah akan diambil oleh pemaju, tegas beliau.

Dalam hal ini Parti Pembanguan Bangsa (NDP) mengalu-alukan dan berkongsi dengan kerisauan YB Pehin itu.

Setentunya dalam kita melaksanakan skim perumahan tersebut, kita juga wajar memastikan pengagihan kontrak pembinaan dibuat secara adil dan dapat dimanafaatkan untuk memenuhi agenda pembangunan pengusaha bumiputera yang bertaraf kecil dan sederhana. Kita tidak rela melihat dalam kita berusaha sebaik mungkin menyediakan perumahan bagi rakyat untuk hidup selesa dan sejahtera, ada pula pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan disebabkan kurang perihatin kita mentdabir dan mengurus projek-projek pembangunan perumahan negara.

Justeru NDP melihat isu perumahan negara sebagai satu isu nasional yang menyentuh banyak aspek kemasyarakatn, kenegaraan, keselamatan sosial, survival bangsa dan sebagainya yang memerlukan perhatian serious secukupunya.

Isu perumahan bukan sekadar mengimbangi permintaan dan perlakasanaan atau menurunkan jumlah angka pemohon yang menunggu untuk menapatkan rumah dibawah skim tersebut.

NDP dalam hal ini telah menyarankan dalam Manifesto Politiknya bagi 2006 - 2012 agar dasar perumahan negara berterusan memastikan rancangan perumahan negara dilaksanakan secara berkesan agar setiap keluarga mempunyai tempat kediaman yang selesa, di dalam persekitaran yang menggalakkan perkembangan minda dan akhlak yang sihat.

Untuk itu NDP dalam manifesto tersebut menyarankan pihak yang berkenaan agar antara lain menyegerakan pembinaan rumah-rumah kediaman, seperti mana yang dihasratkan Kebawah DYMM, untuk memenuhi keperluan rakyat Baginda yang meningkat dari masa ke semasa.

NDP juga menyarankan agar dasar perumahan negara akan dapat terus menjamin setiap keluarga terbela dengan mendapat semua kemudahan asas iaitu rumah kediaman yang selesa dan perlindungan keselamatan.

Isu perumahan ini juga pernah disentuh oleh Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP pada Kongres Agung NDP ke Pertama dan ke Dua di tahun 2006 dan 2007 serta juga banyak kali disentuh oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman di sesi muzakarah dan majlis-majlis perhimpunan bersama ahli-ahli akar umbi.

Kerisauan NDP terhadap isu perumahan ini juga membuatkan pemimpin-pemimpin parti rasa terpanggil untuk mempertingkatkan lagi usaha meperjuangkan nasib rakyat yang tidak berumah yang semakin meningkat sedaya mungkin walaupun terpaksa berbuat sedimikan dari luar pagar parlimen sahaja.

Dua tahun lalu dianggarkan sebanyak 41,000 permohonan bagi mendapatkan rumah dari skim perumahan rakyat yang telah diterima hingga hujung tahun 2004. Sebanyak 8,000 permohonan lot tapak rumah untuk dibina sendiri juga difahamkan belum diproses.

Seperti yang didedahkan oleh YB Pehin setakat ini jabatan kerajaan yang berkaitan hanya berupaya untuk membekalkan kira-kira 400 buah rumah saja setahun.

Anggaran yang diberikan oleh YB Pehin ini agak mengelirukan. Kalau berpandukan laporan Perencanaan Kemajuan Negara Jangka Panjang jelas menunjukkan hanya sejumlah 969 buah rumah berjaya siap dibina dari sejumlah 9000 buah yang dirancangkan dibawah Rancangan 5 Tahun Kemajuan Negara ke 8 (2001-2006). Ini bermakna kurang 200 buah hanya dapat dibina setiap tahun bukannya 400 buah seperti yang dijelaskan oleh YB Pehin itu.

Namun apapun angka tunjuk yang diberikan kahikatnya tetap sama, sistem perlaksanaan skim kemajuan perumahan memerlukan 'overhaul' kerana menurut Ayahnda Yasin Affandy "dengan keupayaan demikian dan jika apa yang dikatakan oleh YB Pehin tidak dikotakan bererti jabatan berkenaan akan mengambil masa lebih 50 tahun untuk memenuhi keperluan permohonan skim perumahan yang terkumpul hingga tahun 2004".

"Kelambatan dan ketidak-mampuan jabatan-jabatan berkenaan memproses permohonan dan menyediakan rumah yang secukupnya seperti yang dihadapi oleh pemohon-pemohon pada hari ini adalah masalah yang mesti ditangani segera dan bersungguh-sungguh", tegasnya dalam ucapan dasar perasmian Kongres Agung NDP pertama pada tahun 2006.

"Ia tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menggawatkan lagi masalah sosial dan lain-lain masalah yang berkaitan dengannya di negara ini", ujar Presideen NDP.

"Situasi sebegini, jika dibiarkan menular tanpa adanya usaha yang serius ke arah menanganinya dengan baik sudah setentunya akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk rakyat Baginda" ujar Presiden NDP.

Meninjau isu perumahan rakyat

Saranan NDP mengenai isu kemajuan perumahan negara

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.