LIMBARUH HIJAU 18 MACH 2008 - SUDAH banyak cadangan, rancangan serta program kerajaan yang dilaksanakan untuk memajukan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) terutama dari kalangan pengusaha Melayu di negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan 24 tahun yang lalu.
Tidak kurang juga dengan belanjawan berjumlah beratus juta ringgit setiap tahun yang telah disediakan kerajaan untuk mencapai matlamat menjadikan orang Melayu sebagai pemimpin dalam perniagaan dan industri di negara ini.
Hasilnya sejak bermulanya progam perkembanan PKS lebih dua dekad lalu, pengusaha Melayu rata-rata masih ditahap lemah. Walapun ada yang berjaya namun dapat dihitung dengan jari dan belum terdapat peniaga-peniaga dari kalangan orang Melayu yang bergelar 'tycoon' sejauh ini.
Paling banyak ialah pengusaha Melayu yang bergelar pengusha 'Ali Baba' dan nisbah antara bilangan yang berjaya dan yang muflis sangat ketara.
Hakikatnya PKS di Brunei sehingga kehari ini belum sepenuhnya dapat menepati matlamat negara mewujudkan PKS yang kuat yang boleh menjadi asas kukuh perkembangan ekonomi negara.
Tidak disangkalkan PKS telah menyumbangkan kira-kira 66.2 % kepada GDP (Keluaran Dalam Negeri Kasar) negara seperti yang dihuraikan dalam Rancangan Pembangunan Negara ke 7. Sumbangan SME ini terus meningkat kepada 68.4 % pada tahun berikutnya.
Kumpulan PKS juga merupakan penyumbang besar dalam menyediakan peluang-peluang pekerjaan di sektor swasta di negara ini. Dalam tempoh RKN 7 sejumlah 70 peratus pekerjaan di sektor swasta di sediakan oleh kumpulan PKS.
Tapi jangan mudah tersilap pandang oleh statistik ini! Penelitian mendalam akan jelas menunjukkan statistik yang diberikan tidak menunjukkan hakikat sebenar yang dihadapi dan juga tidak mengambarkan kepayahan dan cabaran yang dilalui oleh PKS di negara ini.
Perkara ini diakui sendiri oleh pihak kerajaan yang menyedari perkembangan sektor perindustrian dan keusahawanan agak tidak stabil dan perlahan di tahun-tahun yang lalu dalam tempoh perlaksanaan RKN8..
Sumbangan sektor bukan minyak dan gas dalam KDNK menurun dari 42.5 peratus pada tahun 2000 kepada 33.6 peratus pada tahun 2005. Sumbangan sektor pembuatan dalam KDNK juga didapati lemah dan hanya tumbuh dalam kadar 0.9 peratus dalam tempoh RKN 8 berbanding 15 peratus setahun dalam tempoh RKN 7. Dari segi sumbangan kepada KDNK, ianya menurun dari 2.5 peratus pada tahun 2000 kepada 1.8 peratus pada tahun 2006.
Antara sebab yang dikenalpasti ialah kos perniagaan yang tinggi, pergantungan sepenuhnya PKS kepada pekerja asing, persaingan yang meningkat di pasaran yang semakin terbuka dan proses birokrasi yang menghalang kemajuan PKS.
Selain itu PKS di negara ini juga masih menghadapi kesukaran mendapatkan kewanagn untuk memulakan atau mengembangmajukan perniagaan dan perusahaan mereka. Keadaan ini ditambah buruk lagi oleh suasana pertumbuhan ekonomi yang rendah iaitu sebanyak 2.1 peratus setahun dalam tempoh RKN8 jauh rendah dari sasaran 5 - 6 peratus.
Dibanding dengan purata pertumbuhan ekonomi serantau dalam Asean yang mencapai sebanyak 5 peratus setahun, ekonomi Brunei jauh kebelakang.
Justeru dalam Perencanaan Kemajuan Negara Jangka Panjang, program memajukan PKS dipertingkatkan lagi begitu juga dengan pertumbuhan ekonomi negara disasarkan sebanyak 5 - 6 peatus setahun.
Merujuk buku Perencenaan Kemajun Negara Jangka Panjang 2007-2017, jelas strategi yang sedang dilaksanakan cuba diberikan nafas baru demi untuk mempertingkatkan peluang bagi PKS tempatan serta juga memudahkan rakyat Melayu Brunei untuk menjadi pemimpin dalam perniagaan dan industri dengan membangunkan lagi daya saing mereka.
Haluan dasar strategi ini antara lain berbunyi seperti beirkut:
1- Memperkenalkan progam yang direka dengan sempurna dan lengkap dengan pembiayaan;
2- Memperkenalkan keadah kewangan yang berkesan bagi perusahaan tempatan untuk membantu PKS dan usahawan tempatan mendapatkan kemahiran perniagaan dan menjadikan mereka lebih berdaya saing;
3- Memajukan lagi pusat incubation untuk membantu dan menggalakkan PKS dan usahawan tempatan dalam bidang ICT;
4- Memaksimumkan manfaat dari pelabruan langsung asing untuk PKS dan usahwan tempatan;
5- Menggalakkan peniaga dan industri besar untuk menggunakan produk tempatan , pembekal dan pemborong tempatan;
6- Menswastakan, mengkomersilkan dan outsourcing perkhidmatan kerajaan sebagai cara menambahkan peluang perniagaan bagi PKS dan usahawan tempatan;
7- Mengurangkan kos menjalankan perniagaan bagi PKS dan usahawan tempatan dengan memudahkan prosedur kerajaan; dan
8- Mempastikan kerajaan membuat keputusan dan pembayaran kepada pemborong dan pembekal tempatan dengan cepat.
Selaras dengan haluan dasar yang disebutkan beberapa program telah dikenalpasti dan sedang dilaksanakan seperti taman ekosiber, taman teknologi dan taman bioteknologi.
Juga sedang dalam jadual perlaksanaan ialah penubuhan Pusat Inovasi dan Pusat Inkubasi bagi mendokong dasar PKS itu.
Dibidang meningkatkan keupayaan PKS, Program Perkembangan dan Latihan Keusahawanan, Skim Pernatisan Perindustrian dan Program Latihan Vokasional akan digunakan bagi memupuk budaya keushawanan.
Dalam masa sama, menurut buku Perencenaan Kemajuan Jangka Panjang Negara, Kerajaan juga akan meneruskan pembiayaan infrastruktur seperti pembinaan estet-estet industri dankemudahan lain. Kemudahan infrastruktur ini termasuk juga pembiaan bangunan pentadbiran bagi Pusat Mutu dan Akreditasi Produk tepatan, Makmal Kalibrasi Produk Tempatan dan Pusat Informasi Piawaian.
Banyak lagi program-program untuk memajukan PKS ini telah dikenalpasti dan sudah dalam jadual perlaksanaan, persoalannya sekarang apakah kita sudah mempunyai 'political will' yang kuat untuk menjayakan program-program yang disebutkan dan apakah sistem penyampaian Perkhidmatan Awam kita sudah lebih bersedia dan berkeupayaan melaksanakan propgram-program yang dirancangkan?
Sejumlah BND742 juta telah diperuntukkan bagi tempoh 2007 - 2012 bagi perlaksanaan 42 projek dibawah program kemajuan perindustrian, komersial dan keusahawanan. Apakah semua projek ini akan dapat dilaksanakan dengan baiknya?.
Kita jangan lupa dalam masa sama kita mewar-warkan rancangan dan program untuk memajukan PKS agenda paling teratas yang perlu dilaksanakan dalam kadar segera ialah memperbaiki lagi sistem delivery Perkhidmatan Awam yang masih dihinggapi elemen-elemen kurang sehat dan counterproductive.
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam hal ini pernah menyentuh mengenai pentingnya usaha memperkasa keupayaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu prasyarat perlaksanaan efsiyen dan efektif program memajukan PKS dan program-program pembangunan negara yang lain.
Dalam ucapan dasar beliau di perasmian Kongres Agong NDP ke 2 pada bulan Jun tahun lepas, beliau antara lain menyentuh perlunya dinilai semula bagi mempertingkatkan tahap keberkesanan sistem delivery Perkhidmatan Awam dan perlunya ada usaha yang serious dan komitmen yang jitu untuk membantu pertumbuhan PKS di negara ini.
Katanya lagi perlu ada kerjasama antara 'players' yang terdiri dari Sektor kerajaan selaku regulator, pemudahcara, pengawal selia, penyatu dan pembekal perkhidmatan-perkhidmatan; sektor swasta sebagai penggerak ekonomi dan organisasi siasah pula mewakili rakyat akar umbi sebagai pemantau dan “end user”.
Juga perlu dipertingkatkan, menurut pandangan Presiden NDP ialah program pensejajaran yang melibatkan setiap kementerian dan jabatan bagi memastikan kesemua usaha dan tindakan setiap Kementerian dan Jabatan selaras dengan hasrat, wawasan dan aspirasi Negara termasuklah hasrat negara untuk melihat PKS di negara ini berdaya tahan dan berdaya saing.
Walau bagai manapun, tegas Ayahnda Yasin Affandy kesemuanya ini setentunya mudah dicapai jika benar-benar wujud ‘political will’ yang sedemikian rupa, di antara ‘players penting’ terdiri dari Kerajaan, swasta dan organisasi siasah, apa lagi jika ianya dijalin dengan kesefahaman dan kerjasama yang erat dan tulus ikhlas.
Katanya kerjasama erat seumpama itu dikalangan “major players” amat mustahak sebagai daya tarikan kepada pelabur-pelabur asing.
Sektor kerajaan selaku regulator, pemudahcara, pengawal selia, penyatu dan pembekal perkhidmatan-perkhidmatan; sektor swasta sebagai penggerak ekonomi dan organisasi siasah pula mewakili rakyat akar umbi sebagai pemantau dan “end user”.
Katanya senario seumpama itu tiada cacat celanya namun sebahagian besar rakyat masih tetap melihat dan merasakan seperti terdapat pelbagai kepincangan dan kelemahan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.
"Dari perspektif siasah, keadaan seumpama ini mungkin terjadi kerana ketiadaan institusi siasah yang mewakili rakyat yang berani menegur dan mengkritik apa jua kepincangan dan kelemahan dalam konteks sekatan dan imbangan atau ‘check and balance’". tegasnya lagi .