MARKAS HAWA PUSAT JERUDONG- Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa Pusat (HAWA) sekali lagi telah menganjurkan program kemahiran untuk ahli-ahli wanita NDP dan orang ramai.
 |
Program kemahiran tersebut yang merupakan aktiviti berterusan untuk mengetengahkan wanita-wanita kearah berfiikiran terbuka dan sentiasa bersikap suka berdikari di adakan selama empat hari bermula pada 24hb hingga 27hb Mac lalu di tiga daerah.
Program tersebut yang dinamakan Bengkel Membuat Bunga dan Gubahan Hantaran Perkahwinan dan Pertunangan Terkini telah mendatangkan dua orang tenaga pengajar daripada Kuala Lumpur, Puan Normah binti Haji Yusof dan Puan Fadilah Haji Yusof daripada Syarikat D’Unique Wedding Craft and Beauty Malaysia.
|
Seramai hampir 50 orang telah menyertai bengkel tersebut yang telah diadakan di Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Brunei Muara. Enam orang ahli-ahli wanita NDP daripada Daerah Temburong juga tidak ketinggalan untuk menyertai bengkel tersebut.
 |
Bengkel yang diadakan sebanyak empat sesi itu telah memberikan peluang yang bernilai kepada kaum wanita untuk mempelajari seni gubahan dan kraftangan yang mempunyai kaedah yang tinggi jika ianya terus di menafaatkan oleh para peserta.
Turut memberikan kerjasama mendatangkan kedua tenaga pengajar itu ialah Timbalan Presiden NDP Saudara Mahmud Morshidi Othman dengan hasrat supaya wanita di negara ini terutama anggota NDP sentiasa bersikap ingin maju, bijak menggunakan waktu-waktu yang terluang dengan membuat sesuatu yang boleh menghasilkan produk untuk di pasarkan seterusnya berhasrat untuk meningkatkan taraf wanita tempatan yang maju
|
 |
dalam bidang ekonomi sebanding dengan wanita luar negara.
“Di Semenanjung Malaysia wanita-wanita yang berkarier juga turut meluangkan masa mereka biarpun sedikit untuk menghasilkan produk-produk tidak kiralah makanan kering ataupun gubahan-gubahan kraftangan untuk mendapatkan pendapatan sampingan kerana minat berniaga sentiasa ada pada diri mereka” kata Puan Normah.
Selain itu tambahnya, wanita-wanita di Malaysia juga sentiasa ingin menambahkan ilmu
|
mereka dalam bidang yang mereka minati untuk perniagaan, dengan mencari tenaga pengajar, bukannya tenaga pengajar mencari mereka.
“Mereka sanggup membayar walaupun kos pembelajarannya agak tinggi, tetapi semangat ingin terus menimba ilmu tidak pernah menghalang mereka untuk hanya sekadar menilai daripada harga yang perlu di bayar” ujarnya.
Beliau juga menesihatkan supaya wanita NDP yang menyertai bengkel tersebut untuk meneruskan kemahiran yang sudah diajarkan itu untuk dijadikan satu projek penghasilan produk beramai-ramai untuk pendapatan bersama terutama untuk mengisikan tabung HAWA.
Puan Normah yang merupakan seorang wanita berkarier dahulu telah meninggalkan jawatannya untuk menumpukan sepenuh masanya dalam perniagaan gubahan bunga dan kraftangan dan kini sudah terkenal di kalangan berbagai golongan pelanggan termasuk VIP di negaranya, biarpun demikian beliau masih terus mencari ilmu dalam bidang tersebut untuk lebih memantapkan seninya.(HSZ)