18 MACH 2008 - Bersempena Sambutan Maulidul Rasul tahun 2008 Himpunan Wanita Pusat tidak ketinggalan menyemarakkannya dengan mengadakan Majlis Berdikir di adakan di rumah Ketua Biro Agama Parti Pembangunan Bangsa Awang Haji Mohd Yunus bin Haji Suhaili kelmarin Ahad 16hb Mac 2008 bersamaan dengan 08Rabiulawal 1429.
Majlis berdikir itu adalah sebagai salah satu projek keagamaan HAWA Pusat antara lain turut bertujuan untuk terus meningkatkan semangat di kalangan anggota wanita NDP dalam mencintai acara-acara yang bercorak keagamaan.
Di samping itu ianya juga adalah bagi mengeratkan lagi ikatan siratulrahim di kalangan anggota wanita dengan anggota-anggota NDP yang lainnya di seluruh negara.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib Presiden NDP Daerah Belait Awang Sulaiman bin Metarshad serta beberapa ahli lainnya di daerah Belait.
Mengetuai persembahan dikir Maulidul Rasul pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua HAWA Pusat Dayang Halimah binti Janai.
Sementara itu Perarakkan Sempena Maulidul Rasul juga akan disertai oleh pasukan anggota lelaki NDP Daerah Belait pada 20hb Mac ini bertempat di Padang Bandaran Kuala Belait yang diujangka akan diketuai oleh Ketua Biro Agama NDP Awang Haji Mohd Yunus bin Haji Suhaili dan Awang Haji Sulaiman bin Duraman.
Manakala anggota wanita NDP Daerah Belait pula akan turut sama menyertai Majlis Himpunan Wanita Daerah Belait bersempena Sambutan Maulidul Rasul yang juga akan diadakan di kawasan padang yang sama.
Di samping itu untuk menambah ceriakan lagi pasukan perarakkan NDP itu nanti, Hawa juga telah menyumbangkan hiasan Bunga Manggar untuk di bawa bersama dalam perarakkan itu nanti di samping sebuah sepanduk yang telah disediakan oleh Biro Agama Daerah Belait bagi memenuhi syarat penyertaan yang diberikan oleh jawatankuasa kerja Sambutan Maulud Nabi 2008 bagi Daerah Belait.
Dalam perkembangan yang lain Himpunan Wanita NDP Pusat juga akan turut mengadakan Majlis Berdikir di Markas Hawa Pusat di Jalan Jerudong pada 19hb Mac 2008 pada pukul 2:00 petang dan dijangka akan dihadiri sama oleh Presiden dan Timbalan Presiden NDP serta Naib-Naib Presiden dan juga ahli-ahli keluarga JASA serta Perhubungan Daerah Brunei Muara, tidak ketinggalan Majlis-Majlis Tertinggi HAWA.
Persembahan dikir pada majlis itu akan mengetengahkan pasukan dikir HAWA Pusat yang baru ditubuhkan bulan lalu yang dikenali sebagai Pasukan Usrah Muslimah, dan telah giat mengadakan latihan pada setiap hari Ahad bertempat di Markas Hawa Pusat di Jalan Jerudong.
Pasukan itu kini mempunyai keramaian lebih 20 orang turut giat mengadakan kelas-kelas belajar mengaji pada hari yang sama di bawah bimbingan Biro Agama NDP.
Majlis Dikir itu nanti akan diselajurkan dengan mengadakan majlis meraikan saudara baru kepada Penasihat Parti Pembangunan Bangsa Awang Bajau Abdullah bersama isterinya.
Majlis itu nanti dihasratkan untuk menambah eratkan lagi perpaduan di antara satu sama lain di kalangan anggota-anggota parti sebagai sebuah keluarga besar yang dalam keadaan harmoni dan bahagian dari masa ke semasa dengan mendapat keampunan daripada Allah SWT.