LIMBARUH HIJAU 13 MACH 2008 - Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kali ke 4 ditutup kelmarin setelah bersidang selama seminggu.
Antara pencapaian dibuat di MMN ke 4 ialah meluluskan Akta Perbekalan bagi jumlah hampir BND 4.8 bilion bagi perkhidmatan-perkhidmatan dalam Tahun Kewangan 2008/2009 yang akan berkuat kuasa bermula pada 1 April ini.
Dari jumlah tersebut sejumlah BND 1.05 billion telah diperuntukkan kepada pembangunan di 8 sektor yang termasuk sektor perkhidmatan sosial, pengangkutan dan perhubungan, kemudahan awam, ICT, bangunan Kerajaan, keselamatan, perkembangan sains dan teknologi dan penyeledikkan.
Aspirasi-NDP tidak jelas dan belum menemui maklumat terkini mengenai dengan pengunaan baki selebihnya peruntukkan yang diluluskan.
Namun demikian YB Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Hj Ibrahim, Menteri Kewangan II telah menjelaskan pengagihan peruntukkan seperti berikut:
1-Sektor perkhidmatan sosial (pendidikan, perkembangan usahawan, perkembangan sumber manusia dll) - BND 287.7 juta
2- Industri an perdaggangan - BND 210 juta
3- Penganguktan dan Perhubungan - BND 123 juta
4- Penggunaan Awa - BND123 juta
5- ICT - BND 97.4 juta
6- Bangunan Awam - BND 96.6 juta
7- Keselamatan - BND 81.4 juta
8- Sains dan Teknologi - BND 9.8 juta
Berpandukan Rancangan Kemajuan Negara ke 9 di bawah Perencanaan Kemajuan Negara Jangka Panjang kearah Wawasan Brunei 2035, sejumlah BND 9.5 billion telah diperuntukkan untuk pembangunan negara bagi tempoh 2007 - 2012.
Di bawah rancangan berkenaan, kerajaan merancang untuk melaksanakan kira-kira 1,062 projek dengan harga rancangan berjumlah $9.5 bilion termasuk projek yang sedang dilaksanakan dan projek baru yang diluluskan oleh kerajaan.
Tidak pasti dari jumlah 1,062 projek yang dirancang untuk dilaksanakan dibawah RKN9 bagi tempoh 2007 - 2012, berapa banyak projek dan program pembangunan telah mula dilaksanakan sejak tahun lepas, tahun bermulanya RKN9.
Juga kurang jelas ialah berapa banyak projek dan program pembangunan yang akan berupaya dilaksanakan dalam tempoh kewangan 2008 - 2009 ini dan apakah dalam tempoh terdekat ini kita akan sekali lagi menyaksikan kelembapan dalam jentera pentadbiran dan pengurusan menjadi penghalang kepada perlaksanaan rancangan kemajuan negara?.
Penyakt ini telah melanda RKN8. Dari jumlah diperuntukkan 7.3 bilion hanya 1.8 bilion atau 25 peratus telah dibelanjakan.
Ini menunjukkan jumlah shortfall (kurang belanja) yang begitu besar sebanyak 5.5 bilion.
Kadar shortfall yang begitu tinggi bermakna sebahagian besar projek-projek yang dirancang tidak mampu dilaksanakan oleh agensi-agensi pelaksana. Secara keseluruhan daripada 808 projek hanya 283 siap dilaksanakan iaitu 35 peratus sahaja.
Apa yang pasti ialah terdapat tanda-tanda menunjukkan Akta Pembekalan bagi sejumlah BND 4.8 billion bagi tempoh 2008 - 2009 yang akan mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008 ini belum bebas dari 'wabak' penyakit yang bukan sahaja telah menghambat pencapaian RKN8 malahan sejak RKN mula diperkanlakan lebih dua dekad lalu.
Contohnya isu kemajuan perumahan negara. Berdasarkan penjelasan Menteri Pembangunan di MMN4 yang baru berakhir, Jabatan Kemajuan Perumahan merancang untuk membina sejumlah 'lebih' 1,000 buah rumah setahun untuk memenuhi permintaan dan mengimbangi kadar permintaan yang semakin meningkat.
Penjelasan YB Pehin Dato Haji Abdullah ini mengambarkan keraguan terhadap kapisiti jentera perlaksana program kemajuan perumahan negara.
Dibawah RKN9 bagi tempoh 2007 - 2012 sejumlah BND 1,556 juta telah diperuntukkan untuk perlaksanaan skim perumahan negara. Sebanyak 9,300 buah rumah di 11 buah tapak perumahan telah dirancang untuk dibina dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Mengikut perkiraan ini bererti setiap tahun Kerajaan telah merancang untuk membina sejumlah 1,860 buah rumah. Jika menurut perkiraan YB Pehin pula jelas akan terdapat 'shortfall' dalam jumlah rumah yang dapat dibina pada penghujung tahun 2009 akan datang.
Begitu juga dengan sektor-sektor lain kecuali sektor pengangkutan dan perhubungan. Jika berpandukan 'track record' perlaksanaan RKN yang sudah-sudah sepanjang lebih dua dekad yang lalu, kapisiti jentera pentadbrian dan pengurusan hanya mampu melaksanakan kurang 50 peratus dari apa yang telah dirancangkan.