KURANG 12 MINGGU LAGI MENUJU KONGRES AGUNG KE 3

Belait mulakan Mesyuarat Agung Ranting-Ranting

 
 

BELAIT 31 MACH 2008 - BADAN Perhubungan NDP Daerah Belait memulakan program mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan peringkat ranting sebagai persediaan menghadapi Kongres Agung NDP kali ke 3 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun akan datang ini iaitu kurang dari 12 minggu dari sekarang.

Mesyuarat Agung Tahunan peringkat ranting pertama di Belait di adakan di Ranting Belait I kelmarin.

Awang Sulaiman Metarshad, Naib Presiden NDP Daerah Belait telah dijemput selaku tetamu kehormat di majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Belait I itu.

Majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Belait I dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Awang Yahya JanaI selaku Ketua Ranting Belait I.

Beliau antara lain menyentuh mengenai objektif Mesyuarat Agung Tahunan untuk memilih perwakilan seramai 6 orang dari kalangan Ahli Majlis Eksekutif Ranting (MER) Belait I untuk ke Kongres Agung NDP kali ke 3 nanti dan juga untuk membincangkan usul-usul dari ranting beliau yang akan dibawa ke Kongres Agung tersebut.

Lebih 30 orang ahli-ahli NDP Ranting Belait I hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting Belait I yang telah diadakan di rumah Awang Yahya Janai di Jalan Singa Menteri Kuala Belait.

Sementara itu ranting-ranting NDP Daerah Belait yang lain telah dijadualkan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing di minggu-minggu akan datang ini sebagai persediaan menghadapi Kongres Agung NDP kali ke 3 pada bulan Jun akan datang ini.

Begitu juga di Daerah Brunei-Muara, Tutong dan Temburong, ranting-ranting yang telah dilulusakn dijangka akan sibuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan masing-masing untuk memilih perwakilan-perwakilan dan membincangkan usul-usul untuk dibawa ke Kongres Agug ke 3 itu nanti.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.