$100j untuk mengemas kini infrastruktur pertanian

 
 
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Rancangan Kemajuan Negara 2007-2012 memperuntukkan $100 juta untuk mengemas kini infrastruktur pertanian termasuk kerosakan tanaman padi akibat serangga dan tikus.

Perangkaan pengeluaran beras tempatan pada 2001 hingga 2006 menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 350,000 tan metrik dihasilkan pada 2001, 372,000 tan metrik (2002), 547,000 tan metrik (2003), 620,000 tan metrik (2004), 851,000 tan metrik (2005) dan pada 2006 pula menunjukkan sebanyak 895,000 tan metrik, kata Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama (MIPR), Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad Jumat dalam mesyuarat negara hari ini.

Mengulas mengenai pertanyaan inisiatif Heart of Borneo (HoB) yang diisytiharkan pelancarannya pada 12 Feb lalu di Bali, Indonesia dan ditandatangani menteri terlibat dari Brunei, Indonesia dan Malaysia, Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad menjelaskan pada dasarnya HoB memang sudah ditandatangani kerana menjadi satu seksyen untuk menjana pelancongan ke negara ini dan juga ke Borneo.

Ketika ditanya mengenai apakah sumbangan MIPR untuk mengatasi masalah pengangguran, Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad menjawab isu itu boleh dilihat dalam pertumbuhan dan jumlah pengusaha yang menceburi bidang perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dari setahun ke setahun, jawabnya lagi MIPR menyaksikan banyak penyertaan dalam industri pertanian, pelancongan dan perhutanan sekali gus dapat mengurangkan masalah pengangguran.

"Satu agenda besar kementerian adalah melalui pengusaha untuk rakan muda menjana hidupnya supaya tidak menjana hidup dengan berladang yang man boleh menghasilkan keputusan yang baik atau tidak," jelasnya.

Moto kementerian ialah untuk mengimplementasikan kepelbagaian ekonomi dan kementerian juga melalui jabatan yang lain boleh ikut serta dalam menangani masalah pengangguran di negara ini.

Salah seorang anggota majlis mesyuarat hari ini menyentuh mengenai dengan produk tempatan di negara ini mendapat sambutan yang menggalakkan bagaimanapun pengusaha produk tempatan menghadapi masalah penjualan hasil produk yang diusahakan oleh anak tempatan.

Katanya lagi, "hasil tersebut dapat dijual oleh pengusaha kepada pihak berkenaan khususnya pihak kerajaan seperti dalam perusahaan pertanian (berpadi) di mana hasil tersebut dibeli oleh kerajaan dan diharap ia dapat dibuat kepada hasil produk tempatan yang dihasilkan oleh anak tempatan."

Sementara menurut Dato Paduka Hj Idris di majlis mesyuarat negara menyentuh mengenai dengan perjanjian negara dengan sebuah institut dari Jepun untuk membuat penyelidikan dalam mikro dan makro mekanisme untuk tujuan menubuhkan industri bio penyelidikan yang mempunyai potensi tinggi yang boleh diusahakan di negara ini.

Pehin Dato Seri Setia Dr Haji Ahmad mengulas lanjut mengenai persetujuan perundingan dibuat di antara National Institute Technical Evaluation of Japan (NITE) dengan Brunei yang sudah mempunyai pusat bio-kepelbagaian di Sungai Liang yang memperuntukkan beberapa hektar untuk kajian tersebut.

Sementara itu MoU dengan Jabatan Perhutanan dan NITE masih dalam proses undang-undang dan Jabatan Perhutanan dan diharap tahun ini MoU antara NITE dan Pusat Bio-Kepelbagaian di Sungai Liang akan ditandatangani tertakluk kepada aspek teknikal dari Jabatan Perhutanan dan aspek undang-undang dari Pejabat Peguam Negara.

Manakala salah seorang anggota majlis mesyuarat menyentuh apakah perancangan jangka panjang jabatan perhutanan terhadap perkembangan di Taman Rekreasi Sungai Liang dan Sungai Lalak yang menjadi tarikan pelancong yang pada 2006 Taman Rekreasi Sg Liang berjaya menarik lebih 20 ribu pengunjung.

Dalam perkara itu, Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama menjelaskan, Kenali Negara Kitani (KNK) melalui Jabatan Pelancongan kementerian berkenaan supaya mengenali negara kitani sekali gus menarik pelancong luar untuk berkunjung ke negara ini.

"Di samping itu juga, Brunei Shell bersetuju untuk membuat satu struktur seperti yang ada di Ulu Temburong National Park," jelasnya.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.