Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Seminar Antarabangsa 'Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sempena Sambutan Jubli Perak Pusat Dakwah Islamiah bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas
pada 24 Rabiulakhir 1432 / 29 Mac 2011

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajmaeen, Waba’du.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Subahanahu Wata’ala di atas limpah rahmat-Nya kepada kita, sehingga dengannya, dapatlah kita berkumpul pada pagi ini di dalam suasana yang kudus lagi selesa.

Beta gembira dengan 'usaha besar' Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama menganjurkan seminar ‘Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah ini. Pertama kerana penyempenaannya dengan jubli perak Pusat Dakwah sendiri, dan kedua pemilihan topik ‘aqidah adalah sangat sesuai dengan keperluan semasa.

Beta masih ingat, diawal penubuhannya 25 tahun dahulu Pusat Dakwah juga telah mengadakan seminar yang sama, di mana Beta sendiri merasmikannya. Dan selepas 25 tahun berlalu, peristiwa yang sama berulang lagi, suatu sejarah yang amat bermakna bagi dakwah islamiah di Negara ini.

Topik ini penting bagi memberikan kefahaman yang betul kepada masyarakat. Kerana bukan tidak ada suara-suara yang sumbang mengenai ’aqidah pernah didengar atau dibawa ke negara ini, tetapi dengan adanya ’pegangan rasmi’ kita (’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah), maka segala yang sumbang itu dapat ditolak atau ditangani.

’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah telah dikenal pasti sebagai bersumber daripada al-Qur’an dan as-Sunnah. Ia teradun dan terbina daripada nas-nas dan dalil-dalil syara’ yang sahih. Ia juga terbukti sebagai dasar dan pegangan berugama yang berjaya, sehingga mampu menjadikan ummah dan negara benar-benar bahagia dan sejahtera.

Maka oleh itu, bagi tujuan untuk mengukuhkan lagi ‘aqidah ini di Negara Brunei Darussalam, Beta dengan amat sukacita mengumumkan penubuhan 'Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah' di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

Kerana ia amatlah penting dipelajari, difahami dan dipegang kuat-kuat, supaya masyarakat kita terus selamat.

'Aqidah ini adalah merupakan satu pohon yang besar lagi rindang. Ia membenihkan cabang-cabang yang banyak, dan dari cabang-cabang itu keluarlah buah yang berkhasiat lagi lazat. Maka oleh itu, hendaklah ia dipelihara dan dijaga dengan sebaiknya, supaya terus sihat dan subur, tidak mudah dijangkiti oleh sebarang musuh perosak.

Namun kita tidah usah lupa, bahawa dari pengalaman, Negara Brunei Darussalam juga adalah tidak terlepas dari turut berhadapan dengan usaha-usaha penyibaran ajaran atau fahaman yang bertentangan dengan ’Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah.

Maka kerana itu, Kerajaan Beta sangat-sangat mengambil berat, melalui Kementerian Hal Ehwal Ugama khasnya, dan juga agensi-agensi kerajaan yang lain, supaya sama-sama berhati-hati dan tidak terlepas pandang terhadap anasir-anasir penyeleweng ’aqidah, kerana mereka itu amatlah berpotensi untuk menggugat keharmonian serta sekaligus mengancam kestabilan negara.

Kita tidak mahu virus-virus perosak itu merosakkan fahaman yang sudah berakar umbi di negara ini.

Oleh itu Beta berharap, seminar ini akan membincangkan dengan bersungguh-sungguh, bagaimana sepatutnya langkah-langkah disiapkan untuk membentengi masyarakat dan negara daripada virus-virus tersebut.

Pada hemat Beta, benteng-benteng itu perlulah menyeluruh, meliputi sudut-sudut perundangan, pendidikan, penyeldidikan, dan tidak terkecuali juga gerakan-gerakan dakwah islamiah sendiri dikehendaki lebih berkesan dan berterusan.

Semua pihak yang berkenaan itu diminta agar bersatu padu dalam usaha murni ini. Kerana apabila kita menampakkan perpaduan, maka itulah sebenar-benarnya benteng yang kukuh, yang membuatkan anasir-anasir berundur dari mendekati kita.

Beta sangat optimis, seminar ini, berupaya untuk menjelmakan kejayaan memperkuat ’aqidah, disamping membentengi negara dari anasir-anasir perosak ’aqidah.

Maka dengan lafaz Alhamdulillah, Wassalaatu Wassalaamu ‘Alaa Rasulillah serta bertabarruk dengan kalimat suci Bismillaahir Rahmaanir Raheem, Beta rasmikan "SEMINAR ANTARABANGSA 'AQIDAH AHLI SUNNAH WALJAMA'AH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PUSAT DAKWAH ISLAMIAH".

Sekian wabillahit taufeq walhidayah wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.