Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meninjau Usul-Usul Kongres-4

Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah....

SKIM PERKHIDMATAN SEKTOR SWASTA

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM mewujudkan skim keselamatan sosial bagi pekerja, merangka undang-undang buruh yang berteraskan keadilan sosial sebenar seperti mewajibkan para majikan di sektor swasta untuk menyediakan skim perkhidmatan yang lebih adil dan menarik minat pekerja tempatan seperti menentukan gaji minima bagi pekerja tempatan yang lebih munasabah, caruman TAP, menyediakan kediaman pekerja yang selesa, jaminan keselamatan dan kesihatan pekerja, perlindungan takaful dan lain-lain; dan bahawa pihak berkenaan mewajibkan pekerja asing dan majikan mereka menyumbang kepada TAP; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan dan menjamin hak berpersatuan dan berkesatuan kepada kaum pekerja di semua sektor dan peringkat termasuk peringkat buruh dan pengurusan bagi menjamin hak-hak mereka terbela dengan sewajarnya.

ELAUN KURNIA

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya penerima gaji dari kalangan kakitangan sektor awam  yang berpendapatan rendah dapat dibantu oleh Kerajaan Kebawah DYMM dengan menambah pemberian kadar elaun kurnia yang lebih munasabah berbanding kos sara diri yang meningkat; dan bahawa melaratkan elaun kurnia ini kepada kakitangan sektor swasta yang berpendapatan rendah tanpa diskriminasi bagi menampung keperluan kehidupan mereka dan tanggungan mereka sebagai galakan kepada pengganggur-penggangur untuk bekerja di sektor swasta dan syarikat-syarikat persendirian; dan bahawa menimbangkan pemberian elaun kurnia ini kepada pengganggur yang terdiri dari rakyat tempatan dan penduduk tetap melalui program jaringan keselamatan sosial (social safety net), di bawah skim pemberian elaun sara hidup atau “unemployment benefit” seperti yang diberikan oleh kebanyakan negara maju bagi menampung keperluan asas rakyat dan penduduk yang menganggur sebagai menunaikan tanggungjawab sosial negara.

MENAIKKAN KADAR PENCEN WARGA MAS

    1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya anugerah kurnia pencen orang tua (warga mas) dinaikkan daripada BND250.00 kepada BND500.00 sebulan; dan bahawa dipertimbangkan pemberian elaun pencen tua kepada warga emas berstatus penduduk tetap yang memegang kad pengenalan ungu (merah); dan bahawa tidak memansuhkan bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada para penerima sebaik sahaja mereka mencapai usia 60 tahun dan layak menerima elaun pencen tua memandangkan kos sara diri warga mas adalah tinggi seperti kos makanan kesihatan dan penjagaan.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.