Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah....

MEMPERLUAS SKOP PERANAN PUSAT LATIHAN  KESENIAN DAN PERTUKANGAN TANGAN BRUNEI.  PEJABAT KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA.

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM memperluaskan skop tugasan dan peranan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia di dalam menyediakan skim-skim latihan kraf tangan, membantu meningkatkan kualiti hasil kraf tangan penduduk kampung dan rumah-rumah panjang, mempromosi dan memasarkan hasil kraf tangan mereka secara aggresif dalam dan di luar negera; dan bahawa pegawai-pegawai/tenaga pengajar kraf tangan supaya turun ke kampung-kampung pendalaman dan rumah-rumah panjang untuk membimbing penduduk tempatan bagi mempertingkatkan mutu hasil kraf mereka setanding dengan mutu kraf keluaran negara-negara jiran supaya lebih kompetitif; dan bahawa Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei, Jabatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui kuasa undang-undang memperketatkan larangan penglibatan orang asing di dalam pembuatan Songket Brunei bagi menjamin seni dan kemahiran pembuatan songket Brunei tidak terlepas keluar negara. .

TANAMAN PADI

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar menaikkan kadar harga pembelian padi yang lebih tinggi daripada pengusaha-pengusaha padi sebagai satu bentuk insentif memandangkan kegagalan pihak-pihak berkenaan sebelum ini menyediakan kemudahan-kemudahan infrustruktur, baja dan racun subsidi yang secukupnya untuk kegunaan pesawah-pesawah tempatan; dan bahawa menyediakan sistem Rangkaian Pembangunan dan Kemajuan Kawasan-Kawasan  sawah padi yang lengkap dengan  kemudahan asas dan disenggarakan secara berterusan bagi membolehkan  kegiatan penanaman padi dan tanaman sampingan lainnya dapat diusahakan sepanjang tahun.

ISU KENDERAAN PERSENDIRIAN/PERNIAGAAN/AWAM

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar melonggarkan aturan dan peraturan berhubung penggunaan kenderaan persendirian untuk tujuan berjaja sebagai usaha menggalakkan peniaga-peniaga kecil mempelbagaikan kaedah perniagaan mereka tertakluk kepada syarat-syarat yang munasabah; dan bahawa menimbang membenarkan had umur kenderaan perniagaan boleh digunapakai semaksimum 20 tahun bergantung kepada kelulusan pemeriksaan Jabatan-Jabatan berkenaan; dan bahawa permit penggunaan kenderaan bagi kegunaan sekolah-sekolah memandu yang kini dihadkan kepada 10 tahun dapat diperpanjang tanpa had selagi kenderaan berkenaan disahkan berada dalam keadaan baik dan selamat oleh Jabatan Pengangkutan Darat.
    • Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar perkhidmatan bas-bas awam dilaratkan ke kawsan-kawasan  pendalaman bagi kemudahan masyarakat desa, khususnya yang tidak mempunyai kenderaan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial pihak Kerajaan Kebawah DYMM ke atas mereka yang tidak mempunyai kemudahan kenderaan sendiri.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.