| |

|
Meninjau Usul-Usul Kongres-4 |
| Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah.... |
PEMBANGUNAN KOPERASI
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar mempertingkatkan keberkesanan pihak yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Kebawah DYMM, sama ada di sektor awam atau pun sektor perbankan, dalam melaksanakan peranan membantu koperasi-koperasi, perusahaan dan syarikat-syarikat kecil dan sederhana dengan mempermudah urusan pinjaman bagi memperolehi modal yang secukupnya dan tanpa sebarang cagaran, tetapi melalui kaedah perkongsian untung/rugi bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada yang telah dijamin oleh Kerajaan Kebawah DYMM; dan bahawa pihak-pihak berkenaan mengambil langkah proaktif membantu peniaga-peniaga dan pengusaha dari kalangan penduduk tempatan dari segi meningkatkan keupayaan pengurusan melalui skim-skim latihan berkesan, pemberian modal secukupnya dan penyediaan konsep mentor - mentee bagi membolehkan penduduk tempatan mengambil alih perniagaan runcit dan borong yang dimonopoli oleh orang asing; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan penubuhan koperasi-koperasi kampung yang diungkayahkan oleh suri-suri rumah dengan memberikan bantuan modal, latihan dan pengurusan kepada mereka, di samping menyediakan konsep mentor - mentee kepada mereka sebagai usaha untuk mengambil alih perniagaan-perniagaan runcit, jahitan dan dobi daripada warga asing yang memonopoli kegiatan seumpamanya di kampung-kampung bagi tujuan memberikan peluang untuk penduduk tempatan bergiat di bidang-bidang berkenaan, memberikan pekerjaan kepada warga tempatan, menambahkan pendapatan warga kampung, di samping dapat mengawal aliran keluar dolar Brunei.
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya memberikan peluang kepada koperasi-koperasi mendapatkan tender-tender perbekalan dan seumpamannya sama ada yang ditawarkan oleh pihak Kerajaan Kebawah DYMM atau swasta; dan bahawa pihak berkenaan meminjamkan pegawai pengurusan dan kewangan bertugas sepenuh masa di koperasi-koperasi yang berdaya maju bagi menjamin pengurusan cekap koperasi-koperasi berkenaan sehingga mereka boleh berdikari; dan bahawa menimbang untuk menggubal peraturan bagi mengawal kegiatan orang asing yang kemungkinannya menyalahgunakan permit masuk/kerja terutama sekali kegiatan mereka dalam perniagaan yang dilihat sewenang-wenangnya menggunakan lesen perniagaan tempatan melalui kaedah Ali Baba.
KAWALAN DI SEPANJANG SEMPADAN BRUNEI-SARAWAK
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya mengetatkan lagi sistem kawalan sempadan bagi mengatasi kegiatan penyeludupan yang berleluasa dan kemungkinan kemasukan pendatang-pendatang tanpa izin dari negara jiran; dan bahawa pihak-pihak berkenaan hendaklah mengambil segala langkah untuk melibatkan penduduk-penduduk di sepanjang sempadan Brunei - Sarawak supaya memberikan kerjasama mereka untuk mengawasi keselamatan di kawasan mereka dengan memberikan mereka galakan dan insentif tertentu seperti pemberian elaun atau imbuhan kepada sebarang maklumat yang membawa kepada tangkapan ke atas sebarang kesalahan.
KAWALAN MUTU MAKANAN YANG DIIMPORT
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar pihak-pihak yang berkenaan memeriksa secara berterusan akan kadar penggunaan racun bagi bahan-bahan makanan seperti sayur, ikan dan buah-buahan yang dibawa masuk ke Negara ini dengan apa jua cara dan mengambil tindakan tegas ke atas pengeksport/pengimport yang membawa masuk barang-barang tersebut atau apa jua jenis makanan yang mengandungi kadar kimia dan racun yang melebihi had yang dibenarkan bagi menjamin mutu barangan yang dibawa masuk ke negara ini sentiasa selamat untuk dimakan.
KAWALAN KE ATAS PENIAGA ASING
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya pihak-pihak berkenaan sentiasa memantau bagi mempastikan bangku-bangku pasar dan premis-premis perniagaan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang diberikan kepada penjaja dan peniaga tempatan di pasar-pasar borong atau pasar-pasar biasa agar diusahakan sepenuhya oleh peniaga tempatan; dan bahawa pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas pemilik bangku perniagaan yang menyewakan bangku-bangku pasar mereka kepada penjaja dan peniaga asing dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyewa yang bukan terdiri dari rakyat atau penduduk tempatan yang berniaga di pasar-pasar ikan, daging, sayur dan buah-buahan di seluruh negara tanpa permit yang sah sebagai langkah kawalan berkesan penglibatan dan persaingan yang tidak sihat di antara penjaja, peniaga dan pengusaha tempatan dengan orang asing; dan bahawa sebagai langkah kawalan berkesan, pihak-pihak berkenaan mengambil tindakan tegas dan berterusan ke atas warga asing yang menyalahgunakan permit masuk mereka ke negara ini.
- Mencadangkan kepada pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas pelawat-pelawat asing yang menyalahgunakan pas lawatan sebagai pelancong ke Negara ini dan ke atas penjamin-penjamin tempatan yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan maksiat; dan bahawa pihak berkenaan digesa mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik-pemilik premis yang terlibat sebagai langkah kawalan berkesan.
PELUANG BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar pihak-pihak yang berkenaan memberikan lesen perniagaan sementara kepada peniaga-peniga kecil dan peniaga sambilan yang tidak mempunyai lesen rampaian dan membenarkan mereka berniaga di kawasan-kawasan tanah lapang milik Kerajaan Kebawah DYMM supaya kegiatan peniaga tepi jalanan dapat dikawal dan mereka boleh meneruskan perniagaan dengan selesa tanpa gangguan oleh pihak penguatkuasa tempatan bagi menampung sara hidup mereka selagi aktiviti tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah seperti pencemaran, gangguan lalu lintas dan seumpamanya; dan bahawa menyediakan plan gerai yang standard dan memberikan bantuan subsidi untuk tujuan pembinaan gerai-gerai sementara tersebut agar struktur gerai-gerai berkenaan kelihatan lebih rapi dan kemas.
|
|
| |
Presiden NDP |

Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy
|
Timbalan Presiden |
Malai Hassan Othman
|
Setiausaha Agung |

Hj. Juned Ramlee
|
|
|
 |
 |
 |
.jpg)
|

|
 |
| |
|
|
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|