Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah....

ISU PENGANGGURAN/MODAL INSAN

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM memberikan perhatian khusus dan secara serius kepada kemaslahatan dan nasib masa depan penggangur-penggangur berdaftar dan tidak berdaftar terutamanya yang terdiri dari kalangan remaja perempuan dengan merangka strategi berkesan untuk mengangkat mereka dari kepompong kemisikinan yang sekiranya tidak dibendung, berkemungkinan akan menjerumuskan mereka ke dalam kegiatan yang tidak sihat dan tidak bermoral; dan bahawa pihak berkenaan menerokai kemahiran dan kebolehan mereka yang boleh dijana bagi menyumbang kepada pembangunan modal insan.
  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM mengambil langkah-langkah yang lebih berkesan untuk mempersiapkan para penganggur memasuki alam pekerjaan yang semakin kompetitif dengan menyediakan kemudahan-kemudahan kursus dan latihan yang lebih meluas dan mudah dicapai oleh semua peringkat bagi meningkatkan kemahiran mereka di bidang-bidang yang diperlukan; dan bahawasupaya pihak-pihak berkenaan menyediakan bantuan yang sewajarnya kepada belia-belia yang berminat  untuk membuka perniagaan sendiri, termasuklah menyediakan bantuan modal,  pelbagai kursus dan laithan kemahiran tanpa mengambil kira pencapaian akademik mereka dan memperkenalkan konsep mentor – mentee berterusan sehingga mereka berjaya atau boleh berdikari.
  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM memulihkan program peladang muda dengan memberikan pendekatan baru yang lebih praktikal dan menjamin keberhasilannya seperti memperkenalkan kaedah tanaman melalui ‘sistem fertigasi’, pemeliharaan ternakan mengikut kaedah terkini; dan pihak-pihak berkenaan menyediakan skim pembelian dan pemasaran komoditi mereka; dan bahawa pihak-pihak berkenaan menyediakan bantuan secukupnya dari segi kursus dan latihan, modal kewangan dan memperkenalkan konsep mentor - mentee sehingga pengusaha tersebut berjaya.

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar mengambil langkah-langkah awal bagi menangani dan mengawal isu-isu sosial di kalangan remaja dengan lebih berkesan demi mengelakkan kerugian kepada Negara; dan bahawa pihak-pihak berkenaan dicadangkan mengadakan Program Khidmat Negara ala tentera untuk para belia yang berumur 17 hingga 21 tahun untuk membentuk disiplin dan menanamkan semangat patriotik dan jatidiri terhadap bangsa, agama, raja dan negara.
  1. Mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya memberikan didikan agama yang lebih berkesan kepada para belia khususnya mereka yang tidak berkesempatan mengikuti kelas-kelas pendidikan agama secara formal di samping mengadakan ceramah-ceramah motivasi dan program ketatanegaraan untuk golongan belia dan golongan remaja sebagai langkah awal menghindari mereka daripada terjebak ke dalam masalah sosial yang dihadapi kini; dan bahawa persatuan-persatuan belia, institusi Ketua Kampung, badan-badan bukan Kerajaan Kebawah DYMM hendaklah secara bersepadu mengusahakan kejayaan program ini .

ISU PEMILIKAN TANAH

  1. Mencadangkan dan merayu kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya status Tanah pajakan 50/55 tahun diubah statusnya kepada Tanah Kekal atau sekurang-kurangnya dapat disambung semula pemilikannya tanpa pembayaran premium yang tinggi dan syarat-syarat yang membebankan kepada para pemilik; dan bahawa isu ini adalah menjadi kebimbangan dan tekanan kepada mereka yang bersangkutan, justeru memerlukan perhatian dan pertimbangan yang lebih saksama, bertimbang rasa dan segera daripada pihak berkenaan.
  1. Mencadangkan dan merayu kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar melonggarkan peraturan permohonan kepada pemohon Tanah Tumpang Sementara (TOL) untuk pertanian yang menunjukkan minat untuk mengusahakan sendiri bidang pertanian; dan bahawa bertindak tegas merngambil semula tanah-tanah TOL yang telah diberikan kepada pemohon tetapi tidak diusahakan bersunggung-sungguh atau dilepaskan ke tangan orang lain/warga asing untuk mengusahakannya; dan bahawa membina jalan-jalan penghubung ke tapak-tapak pertanian sama ada yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian melalui koperasi, ke tapak-tapak pertanian yang disediakan oleh pihak Kerajaan Kebawah DYMM atau ke tapak-tapak pertanian peresendirian yang berdaya maju; dan bahawa jalan-jalan ke tapak-tapak pertanian sedia ada  hendaklah dibaikpulih dan sentiasa disenggara.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.