Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meninjau Usul-Usul Kongres-4

Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah....

BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA IBU TUNGGAL

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM memberikan perhatian khusus ke atas masalah perumahan yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal yang berpendapatan rendah dengan mempercepat dan mempermudahkan permohonan mereka untuk mendapatkan rumah melalui skim perumahan Kerajaan Kebawah DYMM; dan bahawa pihak berkenaan menimbang pemberian elaun rumah, pemberian kadar subsidi bayaran air dan elektrik kepada semua golongan faqir dan miskin, mualaf dan ibu-ibu tunggal sebagai tambahan kepada bantuan minima yang mereka terima sama ada dari Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meringankan beban tanggungan mereka; dan bahawa menimbang agar elaun yang diberikan kepada balu-balu berjumlah BND200 sebulan tidak dimansuhkan sebaik balu tersebut mencapai umur 60 tahun dan layak menerima elaun pencen tua memandangkan kos saradiri yang semakin meningkat.

  2. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM menaikkan had umur penerima bantuan wang kebajikan anak yatim dari 18 tahun ke 21 tahun atau sehingga si penerima memperolehi pendapatan yang boleh menyara diri tanpa bantuan wang kebajikan.

AGIHAN ZAKAT

  1. Mencadangkan kepada Majlis Ugama Islam agar dapat mempertimbangkan menaikkan bantuan wang zakat kepada asnaf faqir dan miskin kepada kadar yang lebih munasabah memandangkan kos saradiri yang semakin meningkat di negara ini; dan bahawa Majlis Ugama Islam mempertimbangkan pemberian unit-unit saham yang berdaya maju kepada setiap rakyat miskin dengan menggunakan wang Baitulmal di bawah asnaf faqir dan miskin bagi mempastikan masa hadapan dan tanggungan mereka akan lebih terjamin; dan bahawa pihak-pihak berkenaan menggerakkan institusi penghulu dan ketua kampung agar mereka memainkan peranan proaktif dalam membantu pihak Baitulmal menyebarluaskan maklumat mengenai kelayakan penerima zakat di kawasan masing-masing, membantu pihak Baitulmal mengedar dan mengisikan borang-borang permohonan zakat kepada penduduk-penduduk yang memerlukannya;  dan bahawa menyediakan data pemohon yang disemak dari masa ke semasa dan dengan setelusnya; dan bahawa setiap ketua keluarga yang dibebani dengan hutang terbela dengan mendapat semua bantuan selayaknya di bawah asnaf “al gharimin”, termasuk memberikan  kemudahan asas iaitu rumah kediaman yang selesa.

BANTUAN KEBAJIKAN UNTUK KANAK-KANAK (CHILD BENEFIT)

    • Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM kiranya dapat mempastikan perlindungan keselamatan, makanan dan kesihatan yang seimbang bagi kanak-kanak; dan bahawa pihak yang berwajib hendaklah mempertimbangkan pemberian elaun perrmakanan bulanan sebanyak BND200 untuk kanak-kanak yang baru lahir hingga mencecah umur persekolahan formal seperti yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara maju di bawah skima child benefit, dan kanak-kanak yang belajar di sekolah formal pula hendaklah diberikan elaun permakanan bulanan sebanyak BND300 sehingga mereka tamat persekolahan di peringkat menengah; dan bahawa pihak berkenaan menanggung kos yuran peperiksaan pelajar-pelajar yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah atau tiada pendapatan langsung.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.