Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

MUKADIMAH
Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah....

MENINGKATKAN IMEJ KAMPUNG AYER

  1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar pihak-pihak berkenaan mengambil langkah segera untuk melaksanakan program pembangunan bagi meningkatkan imej dan konsep Kampung Ayer sebagai “Pusat Bandar Pertama” Brunei dengan memberikan bantuan membaik pulih dan menaiktaraf rumah-rumah penduduk yang daif; dan bahawa membangun semula Sekolah Melayu Lela Mencanai yang terbakar, iaitu sekolah pertama di Kampung Ayer yang menjadi mercu tanda pembangunan pendidikan formal di Kampung Ayer; dan bahawa membina beberapa buah dewan orang ramai di lokasi-lokasi yang sesuai untuk kemudahan penduduk setempat mengadakan majlis-majlis kemasyarakatan dan kenduri kendara; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan pembinaan rumah tumpangan dan perhotelan, pembukaan bank-bank dan premis perniagaan dan restoran-restoran makanan laut bertaraf antarabangsa; dan bahawa pihak-pihak berkenaan memperkenal dan memajukan perusahaan kotej berasaskan makanan laut, kraf tangan dan tenunan; dan menubuhkan dan membantu memajukan kedai-kedai runcit yang diusahakan oleh koperasi-koperasi yang diungkayahkan oleh suri-suri rumah di lokasi-lokasi yang sesuai; dan bahawa pihak berkenaan memberikan insentif berupa bantuan membaikpulih dan mengubahsuai rumah-rumah persedirian yang dijadikan balai-balai pameran barangan antik dan kraf dan menganjur kursus-kursus pengurusan dan pemuliharaan artifak kepada pengusaha-pengusaha balai-balai pameran berkenaan; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan dengan memberikan insentif sewajarnya kepada pengusaha-pengusaha “memburis” (membuat) perahu yang semakin pupus bagi menghidupkan semula perusahaan tradisi ini;  dan bahawa pihak berkenaan memberikan insentif untuk menghidupkan semula kegiatan perahu dagang “padian”, dan bagi menjamin keselamatan perahu-perahu padian ini, pihak berkenaan diseru agar menghadkan kuasa kuda/kelajuan motor-motor tambang dan motor-motor bot persendirian di sekitar kediaman penduduk sepanjang Sungai Brunei supaya tidak membahayakan pengguna sungai yang lainnya; dan bahawa melalui transformasi pembangunan Kampung Ayer ini, ia akan dapat menghakis imej Kampung Ayer sebagai perkampungan setinggan, tempat bagi orang tidak bertanah dan miskin; dan bahawa dengan itu ianya tidak syak lagi akan menjadi kawasan tarikan pelancong, dan melalui pembangunan Kampung Ayer yang terancang itu, ia akan dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan di samping menggalakkan penduduk-penduduk Kampung Ayer untuk terus menetap di Kampung Ayer, dengan itu akan menepati hasrat untuk menjadikannya sebagai mercu tanda keunikan Negara Brunei Darussalam.

SKIM TAP, PELABURAN DAN SKIM BERPENCEN

    1. Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar mengkaji semula sistem Tabung Amanah Pekerja (TAP) terutama sekali menimbang supaya dinaikkan kadar caruman kepada kadar yang lebih sesuai seperti yang diperkenalkan oleh kebanyakan negara seperti Malaysia dan Singapura; dan bahawa pihak berkenaan mewujudkan peluang pelaburan kepada rakyat termasuk melaburkan dana TAP yang terkumpul di dalam industri-industri penting nasional, termasuk industri minyak dan gas, dan di dalam projek-projek mega yang dikendalikan oleh Kerajaan Kebawah DYMM, termasuk yang diselenggarakan oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei; dan bahawa  mengambil tindakan undang-undang ke atas para majikan yang tidak amanah dalam soal caruman TAP untuk pekerja; dan bahawa melonggarkan syarat-syarat pengeluaran wang simpanan TAP agar wang tersebut dapat digunakan untuk tujuan menunaikan fardu Haji atau Umrah, mengubahsuai atau memperbaiki rumah, keperluan perbelanjaan majlis keraian dan kemusibahan, dan bagi kaum wanita yang telah bersara ketika berusia 50 tahun atas keperluan perbelanjaan harian; dan bahawa pihak berkenaan mempertimbangkan langkah untuk mengembalikan Skim Berpencen yang telah terbukti dapat memberikan jaminan kehidupan selesa kepada pesara di hari tua.
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.