| |

|
Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan. Berikut usul-usul dari Badan Perhubungan Daerah.... |
MEMOTONG IMBUHAN MENTERI
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya gaji dan elaun para menteri kabinet dan Timbalan Menteri dipotong sebanyak 30 peratus sebagai langkah berjimat cermat Kerajaan Kebawah DYMM dan bagi menampung defisit bajet yang bakal dialami pada tahun-tahun mendatang; dan bahawa rakyat turut tidak berpuas hati di atas prestasi dan pencapaian menteri-menteri yang gagal mempastikan jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka melaksanakan projek-projek yang dirancang mengikut masa dan membelanjakan sepenuhnya bajet yang diperuntukkan.
ISU PEMBANGUNAN DI SEMPADAN
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya meminta Kerajaan Kebawah DYMM Sarawak segera menghentikan projek-projek pembangunan di kawasan-kawasan yang masih dipertikaikan; dan bahawa pembangunan berterusan di kawsan yang masih dipertikaikan adalah dianggap sebagai tindakan tidak mesra kepada Negara Brunei.
ISU TENAGA PENGAJAR
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar meneliti semula langkah-langkah yang perlu dan segera diambil bagi menarik minat mahasisawa untuk menceburkan diri di dalam bidang akademik termasuk tambahan elaun khas dan lain-lain insentif, dan mengangkat apa jua halangan yang boleh menjejaskan usaha menghasilkan tenaga-tenaga pengajar tempatan yang berkelulusan tinggi di negara ini.
ISU AKAUN “HALAL” DAN “TIDAK HALAL”
- Mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM agar mempertimbangkan pembentukan dua akaun pendapatan negara, di mana akaun pertama ialah dari sumber hasil pendapatan negara “yang halal” dan akaun kedua ialah dari sumber pendapatan “tidak halal” seperti hasil cukai minuman keras, rokok, lesen anjing, faedah simpanan yang diperolehi dan sebagainya; dan bahawa dana yang terkumpul di dalam akaun kedua ini dibelanjakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur; dan bahawa pihak berkenaan menggalakkan orang-orang Islam yang memperolehi sumber pendapatan tidak halal seperti riba untuk mendermakan dan memasukkan pendapatan itu ke dalam akaun kedua ini (akaun “tidak halal”).
|
|
| |
Presiden NDP |

Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy
|
Timbalan Presiden |
Malai Hassan Othman
|
Setiausaha Agung |

Hj. Juned Ramlee
|
|
|
 |
 |
 |
.jpg)
|

|
 |
| |
|
|
|
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
| |
|