Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meninjau Usu-Usul Kongres-4
(Usul Mengenai Memartabatkan Kaum Wanita)

Menginsafi bahawa Kaum Wanita telah banyak memberikan sumbangan yang besar dalam  semua aspek pembangunan negara dengan  menunjukkan keupayaan dan prestasi cemerlang dan dalam masa yang sama masih mampu memelihara dan membangunkan institusi kekeluargaan yang tidak mampu dilakukan oleh kaum lelaki,

Menginsafi  bahawa  berlaku diskriminasi terhadap kaum wanita di negara ini yang bekerja dengan syarikat-syarikat swasta dengan tidak dibayar gaji semasa cuti bersalin selama dua bulan, tidak diberikan peluang untuk mengikuti skim latihan selayaknya dalam perkhidmatan, dan tidak disediakan kemudahan perumahan dan imbuhan-imbuhan lain yang sewajarnya,

Menginsafi bahawa sungguhpun kaum wanita berpeluang mendapat pendidikan ke peringkat yang tinggi dan berpeluang bekerja di pelbagai bidang dan sektor dengan beban tugas dan tanggungjawab yang sama dengan kaum lelaki, namun terdapat perbezaan yang ketara di dalam syarat-syarat tawaran lantikan dan kemudahan-kemudahan dalam skim perkhidmatan yang diberikan kepada pegawai/kakitangan wanita berbanding dengan pegawai/kakitangan lelaki, umpamanya pegawaiwanita yang tidak berijazah dilantik secara bulan ke bulan (month to month basis) sedangkan tugas dan tanggungjawab mereka adalah setara dengan pegawai/kakitangan lelaki,

Menyedari  bahawa penglibatan wanita dalam tenaga kerja di Negara ini telah meningkat dengan pesatnya dari kadar 20 peratus pada tahun 1971 kepada 68.8 peratus pada tahun 2007. Menurut rekod Jabatan Pembangunan Kemajuan Ekonomi, lebih 40 peratus tenaga kerja di Negara ini adalah terdiri daripada kalangan kaum wanita,

Mengingati akan penafian hak wanita yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam yang sudah berkahwin tetapi tidak berstatus jawatan tetap dan dilantik secara bulan ke bulan (month to month basis) melalui surat keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 17/1992, dan surat keliling Jabatan Perdana Menteri Bilangan 19/1995 yang menetapkan bahawa seorang wanita yang berjawatan tetap tidak berhak diberikan elaun cuti dan elaun tambang sepuluh tahun untuk suami dan anak-anaknya,

Mengingati bahawaNegara Brunei Darussalam pada 24hb Mei 2006 telah menganggotai sebagai ahli Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di mana konvensyen CEDAW telah memberikan perhatian serius terhadap beberapa isu fundamental, termasuk hak asasi wanita untuk bekerja, mendapatkan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan yang sama dengan kaum lelaki, turut juga menyuarakan bahawa para majikan hendaklah memastikan pemberian hak pembayaran dan layanan yang sama bagi pekerjaan yang mempunyai nilai faedah yang sama, jaminan sosial dan cuti bergaji,

Mengingati pada Majlis Persidangan “Wanita Dan Kerjaya” bersempena Hari Wanita Antarabangsa yang diadakan di Dewan Persidangan Antarabangsa pada bulan Mac 2008 dan melalui sabda perasmian Duli Yang Teramat Mulia Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah yang turut menyabdakan agar konvensyen CEDAW dinilai dengan sebaik-baiknya supaya ianya relevan dengan pembangunan dan kemajuan wanita sesuai dalam konteks sosioekonomi dan sosio budaya bangsa dan Negara,

Mengingati isu hak wanita juga turut mendapat perhatian di Musim Permesyuaratan Keempat Majlis Mesyuarat Negara,

Menginsafi bahawa terdapat hak-hak wanita yang masih tidak ditunaikan dengan seadilnya mengikut tuntutan Islam mahupun undang-undang,

Menginsafi bahawa dalam menuju Wawasan 2035, soal diskriminasi gender sewajarnya ditangani dengan penuh bijaksana supaya kedudukan Brunei sebagai sebuah negara Islam dan maju tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak,

1. Mengingati akan usul mengenai Memartabatkan Kaum Wanita yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008;

2. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil maklum dan memperakui semula usul mengenai memartabatkan Kaum Wanita yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang pada 20 - 22 Jun 2008 yang mengambil persetujuan dan ketetapan menggesa Jabatan Perdana Menteri menarik balik dan seterusnya memansuhkan mana-mana peraturan dan surat keliling yang mengandungi unsur-unsur diskriminasi terhadap kaum wanita yang membezakan syarat-syarat perkhidmatan dan penggajian mereka dengan pekerja lelaki di dalam perkidmatan awam, dan mengeluarkan satu surat keliling yang baru dengan syarat-syarat perkhidmatan dan penggajian yang adil yang meletakkan kedudukan pekerja wanita sama taraf dan haknya dengan pekerja lelaki selaras dengan prinsip keadilan dan kesaksamaan Islam dan Konvensyen CEDAW; dan bahawa Kongres pada hari  ini juga mengambil persetujuan dan ketetapan, mencadangkan agar Kerajaan Kebawah DYMM mewujudkan sebuah kementerian iaitu, Kementerian Hal Ehwal Wanita Dan Keluarga yang diterajui oleh seorang Menteri wanita yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal dan kebajikan wanita dan keluarga, dan seterusnya menangani isu-isu ketidakadilan dan diskriminasi terhadap wanita di dalam perkidmatan awam, sektor swasta, dan masyarakat amnya, mengkaji mana-mana akta dan peraturan yang berkaitan dan mengesyorkan pindaan ke atas mana-mana peruntukan yang mempunyai unsur-unsur diskriminasi terhadap wanita; dan bahawa mewujudkan Biro Bantuan Guaman Awam untuk memberi khidmat nasihat undang-undang percuma kepada wanita yang teraniaya, tidak berkemampuan dan tidak arif akan hak-hak mereka di sisi undang-undang; dan bahawa membuat kajian menyeluruh ke atas masalah ibu tunggal dan menggubal program khusus untuk membantu mereka dan seterusnya memastikan kebajikan dan tanggungan mereka terbela; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini mengambil persetujuan dan ketetapan menggesa Kerajaan Kebawah DYMM supaya mengambil langkah-langkah berterusan dan konkrit dari segi perundangan, pentadbiran dan sebagainya untuk memastikan pembelaan hak wanita dengan seadilnya dan menghapuskan segala bentuk diskriminasi yang masih wujud.

Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan ke-4 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009, menerima dan mengesahkan usul di atas dengan sebulat suara.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.