Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Titah Perasmian MMN ke-6

BANDAR SERI BEGAWAN,Khamis, 11 Mac. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah agar setiap perkara yang dibincang dalam Sidang Majlis Mesyuarat Negara (MMN) hendaklah benar-benar mengambil kira kemaslahatan rakyat dan negara, bukannya perkara-perkara tidak penting, di samping dilihat secara serius bukan dengan sikap sambil lewa.

Gambar ehsan Pelita Brunei

Ketika mengurniakan titah di Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Keenam MMN berlangsung di Dewan Persidangan MMN , Dewan Majlis, Jalan Kebangsaan di sini, baginda menegaskan sebarang kenyataan atau pandangan perlulah disokong dan kajian dengan fakta supaya perbincangan mampu terarah dengan baik tidak kucar-kacir atau tersasar dari tujuan.

"Sebagai misal kita kadang-kadang mendapati ada projek-projek yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh tertentu yang ditetapkan, apa alasannya maka berlaku yang demikian itu. Inilah yang perlu kita kaji dan dalami sebab-sebabnya sama ada dari pihak kerajaan mahupun pihak pengusaha," tegas baginda.

Baginda bertitah lagi, mengapakah kegagalan itu boleh berlaku dan apa puncanya, mustahak dibutirkan selengkapnya faktor-faktor kegagalan tersebut, kerana ini sangat besar kegunaannya, di antaranya kita dapat belajar dari kesilapan dan juga dengan mengetahui kesilapan dan punca-punca kegagalan itu agar di masa-masa akan datang tidak lagi akan berulang.

Ke arah ini baginda berharap kita semua perlu mengorak langkah lebih pantas untuk mengatasi jika ada sebarang kelambatan atau kegagalan bagi mencapai sasaran, kerana sebarang kelambatan atau kegagalan itu sangat buruk akibatnya kepada negara.

Baginda juga berbangga dengan negara kita sedang rancak dengan pembangunan ekonominya setelah menyaksikan kesan-kesan krisis ekonomi dunia yang parah.

"Alhamdulillah berkat dasar kita yang mantap dan sikap sihat dalam berbelanja tanpa bergantung dengan hutang maka sosioekonomi kita terus kukuh dan stabil. Ditambah lagi dengan adanya peningkatan tahap keyakinan di pasaran kewangan dunia dan peningkatan dalam bentuk permintaan bagi produk minyak mentah. Ini sedikit sebanyak dapat memastikan bahawa hasil pendapatan negara, insya-Allah akan terus mampu untuk menampung perbelanjaan-perbelanjaan kerajaan," titah baginda.

Menyentuh mengenai persidangan ini seperti lazimnya akan dijadikan saluran bagi menyampai dan membahaskan pandangan-pandangan ahli yang dlihat sebagai cara untuk menjana perkembangan-perkembangan dan kemajuan. Dari sinilah suara akan didengar dan sampai kepada pihak-pihak dalam kerajaan. Semuanya itu akan dinilai dan diteliti jika didapati bersesuaian ia akan menjadi asas kepada perancangan-perancangan negara.

Baginda juga menyeru pihak-piha dalam kerajaan pula sentiasa berkewajipan untuk mendekati rakyat dan penduduk dengan maklumat-maklumat yang berguna supaya mereka dapat sama-sama merasakan betapa mustahaknya negara merancang dan membangun untuk kemajuan.

BND626.8 juta peruntukan tambahan diluluskan

Dalam titah sama baginda juga menyentuh mengenai langkah Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak BND626.8 juta pada 2009/2010 dengan hasrat supaya operasi perkhidmatan kerajaan dan pelaksanaannya projek-projek pembangunan tidak terjejas.

Dengan peruntukan tambahan ini ianya juga dapat merangsang aktiviti-aktiviti perekonomian yang berdaya saing, titah baginda.

"Ini semua tentu sahaja memerlukan mekanisme yang ligat, cekap dan tidak ketinggalan zaman, kerana pengurusan ekonomi itu bukanlah berundur kebelakang walau setapak," titah baginda lagi.

Menurut baginda lagi ekonomi negara kita juga sedang bergerak kepada kepelbagaian ekonomi serta tidak lagi terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas yang kita lihat sebagai antara objektif asas wawasan negara.

Namun dalam perkara pembangunan ini tegas baginda lagi, kita perlu memahami bahawa pembangunan yang lengkap itu bukan semata-mata difokus kepada infrastruktur fizikal tetapi juga mesti memberikan penekanannya kepada bidang rohani.

"Kedua-duanya fizikal dan rohani mestilah seimbang dibangun. Sudah tidak rahsia lagi semua negara di dunia ini rata-rata membangun tetapi pembangunan itu kelihatannya melebih fizikal. Betul mereka itu mungkin maju tetapi dalam maju itu ada yang tidak senang duduk, tidak merasa nikmat tidur kerana negara asyik bergelut dengan huru-hara dan peperangan dengan pergaduhan-pergaduhan sesama sendiri dengan jenayah, dengan dadah, dengan rasuah dan lain-lain," titah baginda lagi.

PENDIDIKAN UGAMA ADALAH WAJIB

Juga turut disentuh dalam titah ialah isu pendidikan ugama. Tegas baginda pendidikan ugama daripada bawah lagi sewajarnya wajib bukan 50 tahun sebagai pilihan.

Baginda menegaskan bahawa pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat yang tidak boleh diabai-abaikan.

"Dasarnya mesti sihat dan sistemnya mesti betul. Dasar dan sistem yang baik ialah dasar dan sistem yang mampu untuk membangunkan rohani bukan yang melemahkannya," titah baginda.

Ini tambah baginda lagi, kemajuan yang dicapai tidak bermakna kerana dalam perkara pembangunan ini kita perlu memahami bahawa pembangunan yang lengkap itu bukan semata-mata difokus kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga mesti memberikan penekanannya kepada bidang rohani. Kedua-duanya fizikal dan rohani mestilah seimbang dibangun. Sudah tidak rahsia lagi semua negara di dunia ini rata-rata membangun, tetapi pembangunan itu kelihatannya melebihi fizikal.

"Kerana itu beta tidak bosan-bosan menyebut mengenai pendidikan. Pendidikan adalah pelaburan sepanjang hayat yang tidak boleh diabai-abaikan. Dasarnya mesti sihat dan sistemnya mesti betul. Dasar dan sistem yang baik ialah dasar dan sistem yang mampu untuk membangunkan rohani bukan yang melemahkannya," titah baginda. (Dipetik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.