Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Perjalanan menuju Kongres - Mengimbas Usul-Usul Kongres ke-4

LIMBARUH HIJAU 05 MAC 2010 - DALAM masa beberapa bulan lagi Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan sekali lagi bersidang di Kongres Agung tahunan parti. Tahun ini merupakan kali ke-5 NDP akan mengadakan Kongres Agung Tahunan sejak kongres pertama pada 2006.

Insya Allah Kongres Agung ke-5 akan diadakan dalam bulan Jun akan datang ini.

Seperti di tahun-tahun yang lalu, persidangan perwakilan-perwakilan dari seluruh negara di Kongres Agung Tahunan ke-5 ini akan sekali lagi membentangkan usul-usul untuk di luluskan dan disahkan oleh kongres.

Di Kongres Agung ke-4 yang lalu yang berlangsung pada pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009 di ICC, Berakas, kongres telah menerima dan mengesahkan sebanyak 3 usul-usul khas, 10 usul-usul di bentang dan di bahas, 6 usul-usul tanpa bahas dan 42 usul-usul dari Badan-Badan Perhubungan Daerah. Dalam masa sama persidangan Kongres Agung Ke-4 juga bersetuju mengangkat semula mana-mana usul yang telah di luluskan di Kongres Agung ke-3 pada 2008 tetapi belum diambil sebarang tindakan oleh pihak-pihak berkenaan.

Laporan penuh usul-usul ini yang merangkumi isu-isu seperti isu persempadanan Brunei - Sarawak    dan tuntutan Brunei ke atas Wilayah Limbang, kehadiran tentera Singapura di Negara Brunei Darussalam, kehadiran tentera British di Negara Brunei Darussalam, Dasar Pembruneian Brunei Shell, kemiskinan, Keselamatan Permakanan (Food Security), isu memartabatkan kaum wanita, Negara Zikir dan pembaharuan politik telah pun dihadapkan ke hadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 12 Disember 2009 tahun lepas.

Aspirasi-NDP mulai hari ini akan mengongsikan usul-usul tersebut di laman web ini untuk perhatian ahli-ahli parti terutama sekali perwakilan-perwakilan yang akan berkongres pada bulan Jun akan datang. NDP juga berharap inisiatif ini dapat memberikan menafaat kepada pihak-pihak berkenaan yang belum menerima laporan lengkap usul-usul yang diangkat dan disahkan di kongres lepas.

Berikut diperturunkan usul khas mengeni 'Isu Persempadanan Brunei - Sarawak    dan Tuntutan Ke atas Wilayah Limbang'

Mengambil maklum akan perkembangan semasa yang menyentuh isu persempadanan Brunei - Sarawak dan tuntutan Brunei ke atas Wilayah Limbang,

Menjunjung kasih di atas keputusan dan komitmen Kerajaan Kebawah DYMM dalam mengambil perhatian di atas dua isu berkenaan,

1. Mengingati akan Usul Khas memohon pihak-pihak berkenaan memberikan penjelasan terhadap status semasa dan pendirian Kerajaan Kebawah DYMM  mengenai isu berkaitan Tuntutan Brunei ke atas Wilayah Limbang dan isu Persempadanan Brunei – Sarawak lainnya yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

2. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan menyokong sepenuhnya keputusan Kerajaan Kebawah DYMM yang mengambil pendirian mengenai isu persempadanan Brunei – Sarawak, berlandaskan kepada 5 perjanjian asal yang ditandatangani antara 1920 – 1939 dan prinsip watershed; dan bahawa Kongres Agung Tahunan Ke-4 ini mengambil pendirian bahawa, tuntutan ke atas Wilayah Limbang adalah isu yang berasingan dari isu persempadanan Brunei – Sarawak seperti yang disebutkan, justeru mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM supaya membawa serta perwakilan rakyat yang termasuk juga perwakilan NDP di dalam sebarang rundingan sama ada untuk meneruskan atau mengugurkan tuntutan Brunei ke atas Wilayah Limbang, dan menggesa supaya Kerajaan Kebawah DYMM bersikap lebih telus mengenai sebarang perkembangan kedua-dua isu berkenaan; dan bahawa Kongres pada hari ini menyeru kedua negara Brunei dan Malaysia agar menyegerakan penyelesaian kedua-dua isu berkaitan dan apa-apa jua isu yang masih tertunggak di antara kedua buah negara.

Bersambung....

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.