Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meninjau Usu-Usul Kongres-4
(Usul Pembangunan Mega Bersepadu Lembah Ukong)

Terangsang dengan Titah  Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan tahun baru Hijrah 1430, yang menyentuh kebimbangan masalah sikap pemimpin dalam agensi Kerajaan Kebawah DYMM terhadap perubahan, dan penegasan bahawa adalah tidak wajar melambat-lambatkan perubahan justeru perubahan tersebut sangat diperlukan demi kebaikan, lebih-lebih lagi jika perubahan itu bermaksud memperbetulkan kesilapan dan tidak membiarkan kesilapan terus berlarutan,

Teruja dengan Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan tahun baru Hijrah 1430 yang menyentuh isu pembangunan pertanian dan kemiskinan dan bagaimana dengan pendekatan dan strategi yang betul bidang pertanian dapat dimajukan dan disasarkan ke arah usaha menyelesaikan isu kemiskinan,

Menyahut Titah yang sama di mana Baginda menegaskan Negara perlu bergerak lebih pantas untuk meningkatkan tahap peratus sara diri yang lebih tinggi daripada yang ada pada masa ini, sejajar dengan pertumbuhan dan keperluan dan seterusnya menaruh harapan dengan adanya usaha meningkatkan taraf hidup akan tercapai matlamat tahap kemiskinan sifar,

Meyakini bahawa Rancangan Kemajuan Jangka Panjang dan Wawasan Brunei 2035 bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat melalui peningkatan taraf pendidikan, ekonomi dan sosial serta menjadikan Brunei sebuah Negara maju menjelang tahun 2035,

Optimis bahawa Kerajaan Kebawah DYMM melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang berkebolehan dan berketerampilan untuk menerajui perubahan dan memacu pembaharuan dalam pentadbiran dan pengurusan Negara,

Menyedari bahawa pada masa ini terdapat tanaman padi, rumbia, buah-buahan, ternakan serta perikanan air tawar di kawasan yang meliputi Mukim Ukong dan Mukim Lamunin yang direntasi oleh Sungai Tutong dan kawasan ini mempunyai potensi dibangunkan sebagai jelapang bekalan makanan dan lembah agro,

Menginsafi bahawa walaupun banyak perancangan yang rapi telah dibuat tetapi masih terdapat jurang-jurang pembangunan yang mengakibatkan penduduk-penduduk di sekitar kawasan Mukim Ukong, Rambai dan  Lamunin di daerah Tutong sering dilanda bencana banjir tidak kurang empat kali setahun sejak berpuluh tahun dan berulang-kali menanggung kesusahan dan ketidakselesaan hidup, bahawa masalah banjir yang dialami oleh penduduk diamati ada kaitan dengan fungsi Stesen Pam Air berdekatan Kg. Layong yang tidak mampu mengendali tekanan peningkatan paras air,

1. Mengingati usul mengenai Kemiskinan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 29 - 30 April, 2006, Kongres Agung Tahunan Ke-2 NDP pada 23-24 Jun, 2007 dan juga Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

2. Mengingati usul mengenai Keselamatan Permakanan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama NDP pada 29 - 30 April, 2006 dan Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

3. Mengingati usul mengenai IKS yang telah diterima dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan NDP Ke-2 dan Ke-3 yang mendesak Kerajaan Kebawah DYMM supaya memberi perhatian khas kepada pembangunan SME/PKS;

4. Mengambil kira usul mengenai Perumahan yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan (Penubuhan) Pertama NDP pada 29 - 30 April, 2006 dan Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

5. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan mencadangkan kepada Kerajaan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar membuat satu perancangan rapi dan menggariskan tindakan-tindakan strategik yang relevan untuk membangunkan Projek Mega Pembangunan Kawasan Bersepadu Lembah Ukong, dengan mengambilkira pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan rakyat dan sekaligus mampu mengurangkan/membasmi kemiskinan di kalangan rakyat; dan bahawa memperkenal sistem pengeluaran pertanian, ternakan dan perikanan yang inovatif dan berdaya maju bagi meningkatkan hasil bekalan makanan yang cukup, berkhasiat dan bermutu demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat dan Negara sama ada semasa aman atau darurat; dan bahawa  membangun dan mengembangkan industri-industri kecil dan sederhana terutamanya yang mampu menambah nilai sumber-sumber asli tempatan melalui pemerosesan hiliran; dan bahawa  menempatkan semula penduduk-penduduk, bila dan di mana perlu, dan menyediakan perumahan yang sesuai beserta dengan kemudahan-kemudahan asas; dan bahawa  membaik-pulih, menaik taraf dan membina infrastruktur-infrastruktur yang berupaya mengatasi masalah kebanjiran, boleh meningkat peluang dan meluaskan kepelbagaian pengeluaran pertanian, ternakan dan perikanan air tawar serta mampu memodenkan persekitaran luar bandar dan memberi keselesaan kepada kehidupan rakyat; dan bahawa  menyedia dan menyampaikan berbagai perkhidmatan sokongan ekonomi, sosial dan pendidikan yang teratur serta menggalakkan pembangunan institusi yang berupaya meningkat kesedaran dan jatidiri rakyat ke arah keperluan membangun satu budaya berdikari dan mewujudkan suatu organisasi yang berupaya mentadbir sendiri yang mampu mengkoordinasi keseluruhan sistem penyampaian yang mengimpak urusan-urusan kehidupan mereka.

Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan ke-4 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009, menerima dan mengesahkan usul di atas dengan sebulat suara.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.