Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Meninjau usul-usul Kongres ke-4

DUA usul khas menyentuh isu kehadiran tentera Singapura dan British di Negara Brunei Darussalam telah dibentangkan di Kongres Agung Tahunan NDP ke-4 tahun lepas. Usul-usul tersebut menyentuh usul-usul berkaitan isu yang sama yang pernah dibawa ke Kongres ke-3 pada tahun 2008 tetapi tidak ada respon dari pihak-pihak berkenaan. Berikut ialah usul-usul tersebut. Sila juga rujuk usul-usul awal yang dibawa di Kongres ke-3 dipautan ini - Usul-Usul Kongres Ke-3

Usul Mengenai Isu Kehadiran Tentera Singapura Di Negara Brunei Darussalam

1. Mengingati akan Usul Khas memohon pihak-pihak berkenaan memberikan penjelasan terhadap status semasa dan pendirian Kerajaan Kebawah DYMM mengenai isu Kehadiran Tentera Singapura di Negara Brunei Darussalam yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

2. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan mengulangi permohonan agar pihak-pihak berkenaan memberikan penjelasan terhadap status semasa dan pendirian Kerajaan Kebawah DYMM mengenai isu Kehadiran Tentera Singapura di Negara Brunei Darussalam yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008; dan bahawa menzahirkan rasa terkilan  di atas ketiadaan respon yang sewajarnya daripada pihak berkenaan terhadap tuntutan penjelasan mengenai isu Kehadiran Tentera Singapura di Negara Brunei Darussalam  seperti yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3; dan bahawa menggesa pihak berkenaan supaya bersikap lebih telus dalam persoalan berkenaan lebih-lebih lagi isu ini dilihat turut menyentuh soal keselamatan negara.

3. Usul Mengenai Isu Kehadiran Tentera British Di Negara Brunei Darussalam

1. Mengingati akan Usul Khas memohon pihak-pihak berkenaan memberikan penjelasan terhadap status semasa dan pendirian Kerajaan Kebawah DYMM mengenai isu Kehadiran Tentera British di Negara Brunei Darussalam yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008;

2. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ke-4 yang bersidang  pada hari ini 21 Jun 2009 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan memohon agar pihak-pihak berkenaan memberikan penjelasan terhadap status semasa dan pendirian Kerajaan Kebawah DYMM mengenai isu Kehadiran Tentera British di Negara Brunei Darussalam yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3 NDP pada 20 - 22 Jun, 2008; dan bahawa menyatakan rasa terkilan di atas ketiadaan respon yang sewajarnya daripada pihak berkenaan terhadap tuntutan penjelasan mengenai isu Kehadiran Tentera British di Negara Brunei Darussalam  seperti yang telah dilulus dan disahkan oleh Kongres Agung Tahunan Ke-3; dan bahawa menggesa pihak berkenaan supaya bersikap lebih telus dalam persoalan berkenaan lebih-lebih lagi isu ini dilihat turut menyentuh soal keselamatan negara.

Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan ke-4 Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang bersidang di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, pada 25-27 Jamadil Akhir 1430 bersamaan 19-21 Jun 2009, menerima dan mengesahkan usul di atas dengan sebulat suara.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.