Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Himpunan Non Muslim NDP bersiap-siap hadapi Kongres -5

LIMBARUH HIJAU 09 MAC 2010 - JAWATANKUASA Tertinggi Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengadakan mesyuarat pertama sebagai mempersiapkan Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim menghadapi Kongres Agung Tahunan kali ke-5 yang dijangka berlangsung dalam bulan Jun akan datang.

Mesyuarat berlangsung di Anjung Syura Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Himpunan Non-Muslim, sdr Serudin Punggut. Turut hadir sama Ketua Biro Hubungan Antara Kaum, Sdr Mantar Perayam dan Timbalan Ketua Himpunan Non-Muslim, sdra Sibuang Igol.

Dalam ucapannya sdra Serudin menekankan tujuan mesyuarat untuk merencanakan persiapan menempuh Kongres Agung Tahunan Himpunan seterusnya Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa yang ke 5 yang akan diadaka bulan June nanti.

Sdr Serudin menyeru supaya setiap ahli jawatankuasa akan bertanggungjawab serta memainkan peranan masing-masing sebagai penggerak jentera kepada pucuk kepimpinan parti.

Dalam mesyuarat itu juga Timbalan Ketua Himpunan Non-Muslim, Sdr Buang telah juga menyarankan agar kerjasama terus diperkukuhkan dalam melaksanakan serta menggerakan ahli-ahli akar umbi didalam Hal Ehwal Himpunan Non-Muslim seluruh negara.

Beliau percaya dengan adanya jawatan-jawatan yang telah diisikan didalam Hal Ehwal Himpunan Non-Muslim Pusat akan dapat mengukuhkan lagi dasar kepimpinan Ketua Himpunan Non-Muslim Pusat dan juga kepada pucuk kepimpinan NDP, yang diterajui oleh Ayahanda Presiden sdr Yasin Affendy serta Timbalan Presiden sdr Malai Hassan Malai Othman.

Selaku Naib Ketua Himpunan Non-Muslim Pusat, sdr Erin dalam ucapan pertama beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Ketua dan Timbalan Ketua Himpunan Non-Muslim Pusat kerana menaruh kepercayaan kepada beliau yang telah dilantik sebagai Naib Ketua didalam penggerakan parti Himpunan Non-Muslim Pusat.

Seterusnya beliau menyaranan agar ahli-ahli jawatankuasa yang telah lama didalam parti tidak mengabai-abaikan tugas dan peranan sebagai salah seorang pemimpin atau ketua, bukan saja didalam Himpunan Non-Muslim bahkan seluruh pemimpin-pemimpin yang ada dalam Parti Pembangunan Bangsa demi memartabatkan dan mengukuhkan lagi parti politik itu.

Beliau seterusnya menekankan pentingnya setiap ahli Majlis tertinggi memamahi akan tugas dan tanggunjawab mereka sepertimana yang terkandung didalam buku perlembagaan parti, Artikel 18 klausa 7 (a hingga g)

Diakhir mesyuarat Himpunan Non-Muslim tersebut, Sdr Mantar Ketua Biro Antara Kaum juga diberi peluang untuk memberikan pandangan dan buah fikiran. Beliau menyeru agar barisan kepimpinan yang ada sekarang diberikan kerjasama yang padu demi perpaduan kaum dan masyarakat sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan Negara Brunei Darussalam dan demi kesejahteraan dan keamanan negara.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.