Ahli-ahli Persekutuan Parlimen Jerman yang telah membuat lawatan ke NDP baru-baru ini telah mendapat banyak gambaran baik dari parti dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi atas usaha mengaturkan lawatan dan perjumpaan yang mengkagumkan, penuh warna warni dan penuh kemesraan pada 10 Februari 2007 yang lalu itu, jelas TYT Conrad Cappel dalam sepucuk surat penghargaan kepada NDP.
"Mamklumat-maklumat yang kami terima sangat-sangat berharga bagi kami. Malangnya kami terpaksa memendekkan lawatan hingga jam 7 malam disebabkan
jadual lawatan kami yang ketat.
"Kami berharap akan dapat membuat banyak lagi perbincangan-perbincangan yang bermenafaat di masa-masa akan datang", ujar Duta Besar Jerman itu.
|
|