LIMBARUH HIJAU 2 OKTOBER 2007 - Langkah bijak kerajaan memantapkan lagi Lembaga Perancang dan Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) dengan melantik seorang lagi anak Brunei berkelulusan tinggi untuk duduk dibarisan hadapan pasukan penggerak badan koporat tersebut mengambarkan negara sebenarnya tidak ketandusan pakar tempatan dalam merancang dan memajukan ekonomi bangsa dan negara.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada BEDB atas langkah bijak tersebut dan tahniah juga kepada Dr Awang Haji Manaf bin Haji Metusin atas lantikan beliau untuk mengandingi pakar-pakar luar yang telah diberikan kepercayaan untuk menerajui BEDB dalam usaha memajukan ekonomi negara melalui program mempelbagai ekonomi dan pelaburan", jelas sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Preisden NDP ketika diminta pandangan beliau berhubung langkah BEDB baru-baru ini ntuk memantapkan lagi badan koporat tersebut.
Katanya perlantikan Dr Awang Haji Manaf yang berkelulusan Phd di bidang pengurusan dari Universiti Kent United Kingdom jelas menunjukkan negara mempunyai sumber modal intelektual tempatan yang boleh dimenafaatkan dengan seoptima mungkin.
"Kita yakin lebih ramai lagi anak-anak tempatan yang berkelulusan tinggi dan berpengelaman yang boleh dimenafaatkan untuk pembangunan bangsa dan negara. Apa yang penting kita mestilah menaruh kepecayaan penuh dan keyakinan kepada mereka dengan memberikan sokongan yang padu untuk memudahkan mereka memberikan sumbangan yang bermutu tinggi kepada bangsa dan negara. Kebolehan mereka perlu terus dihargai dan tidak dibazirkan begitu sahaja", tambah beliau lagi.
Katanya NDP sentiasa memberikan perhatian kepada perjalanan pembangunan bangsa dan negara di semua bidang termasuk dibidang ekonomi dengan penuh kesedaran apa jua perancangan kemajuan yang diungkayahkan mestilah tidak tersasar dari matlamat akhir untuk memastikan negara terus menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang sejahtera, aman dan makmur dan sentiasa mendapat keampunan Allah.
Sdr Morshidi berpendapat antara strategi yang perlu diberikan perhatian ialah dengan meletakkan golongan intelektual tempatan yang bersemangat nasionalisme dan patrotisme yang tinggi serta mempunyai jati diri orang Brunei yang mantap dibarisan hadapan pembangunan bangsa dan negara.
Dengan berbekalkan semangat jati diri orang Brunei yang mantap dan kesedaran bebangsa dan bernegara yang tinggi, mereka ini pasti akan dapat memberikan sumbangan yang lebih seimbang dan holistic, ujar sdr Morshidi lagi.
Beliau juga meluahkan kebimbangan
terhadap masa depan bangsa dan negara jika ianya tidak dirancang dan dibina dengan sebaiknya atas landasan konsep Melayu, Islam, Beraja yang lebih luas dari skopnya yang disempitkan kepada konsep adat budaya orang Melayu, Isam sebagai ugama rasmi dan sistem pemerintahan beraja sebagai sistem pemerintahan negara sahaja.
"Justeru kita perlu kepada sumbangan-sumbangan para intelektual tempatan yang berupaya melihat konsep MIB itu dalam skopnya yang lebih luas dan dengan penuh keyakinan sebagai satu konsep yang berdayamaju bukannya satu konsep yang dilihat sebagai penghalang kepada kemajuan".
"Makanya akan timbul kerisauan dikalangan rakyat jika kita terus bergantung kepada pakar-pakar luar untuk mencerna masa depan kemajuan ekonomi negara. Akan bermain di kepala mereka apakah pakar luar ini dapat memberikan sumbangan ikhlas kepada masa depan bangsa dan negara, umpamanya dalam usaha mengurangkan tahap kemiskinan yang mencecah hampir 20,000 orang, isu perumahan dan isu-isu sosial yang lain yang terus membayangi kemajuan negara", ujar sdr Morshidi.
Dalam era globalisasi yang penuh mencabar ini, tambahnya, kita juga berhadapan dengan cabaran untuk terus memberikan keyakinan kepada rakyat
bahawa masa depan bangsa dan negara terjamin cerah.
Kegagalan kita menani keyakinan rakyat ini akan boleh menimbulkan krisis keyakinan kepada kewibawaan kerajaan yang juga akan boleh menimbulkan kegelisahan dan akhirnya boleh menguggat kestabilan dan keselamatan negara, ujar sdr Morshidi.
Dalam konteks inilah NDP akan terus memberikan sokongan dan dokongan kepada segala usaha KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda untuk membawa bangsa dan negara kearah kecemerlangan dengan menyumbangkan idea-idea dan buah fikiran yang membangun selaras dengan aspirasi rakyat akar umbi yang diwakilinya, kata sdr Morshidi.
Laporan awal
NDP alu-alukan langkah BEDB
Ahli baru untuk mencerna Kemajuan Ekonomi Brunei
Meninjau badan koporat mencerna kemajuan ekonomi
Jangan terlalu mengharap kepada kerajaan