LIMBARUH HIJAU 30 JULAI 2007 - SEKUMPULAN PELANCONG dari Korea, Eropah dan Jepun sedang santai-santai menikmati sarapan pagi di salah sebuah gerai makan yang terletak di dataran persiaran indah yang menghijau dengan pohon-pohon rimbun berhadapan Sungai Brunei.
Udara nyaman yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi keseronokkan pelancung-pelancung tersebut yang sudah berada di dataran indah itu sejak awal pagi lagi.
Sebentar lagi mereka akan berangkat untuk melawat ke bebrapa tempat menarik di Kampong Ayer yang moden dan indah yang terkenal sebagai 'Venice of the East" di seluruh dunia sebagai satu-satunya pusat perdaggangan yang unik di rantau Tenggara Asia. |
|
Sepertinya mereka tidak sabar-sabar lagi untuk berkunjung ke Kampung Saba yang terkenal sebagai sebuah kampong pengeluar bahan makanan laut, juga ke Kampung Lorong Sikuna yang terkenal sebagai sebuah kampong pengeluar tenunan songket yang popular dan ke Kampung Pandai Besi untuk melihat pembuatan produk dari bahan logam seperti parang dan pisau.
Program lawatan mereka juga akan membawa mereka ke Kampong Burong Pinggai Ayer dimana mereka akan berpeluang meninjau secara lebih dekat cara pembuatan makanan kuih-muih tradisional dan juga ke Kampong Sungai Kedayan iaitu pusat pengeluar produk perak dan emas.
Sementara menunggu bot penumpang yang akan membawa mereka ke Kampong Ayer, sebilangan mereka mengambil kesempatan menikmati sajian kuih-muih tempatan dan sebilangan lain pula ada yang sibuk merakamkan keindahan suasana di dataran tersebut dengan kamera video mereka.
Ada pula yang hanya bersiar-siar melayani keasyikan mereka dengan keindahan suasana pagi dataran indah tersebut dimana sekumpulan warga emas kelihatan sedang melakukan senaman Tai Chi dan ada pula sekumpulan belia-belia bersama warga emas melakukan senam silat tradisi Brunei.
Sementara itu teman-teman mereka yang lain hanya bersiar-siar menikmati suasana pagi yang nyaman di pusat Bandar Raya Seri Begawan, pusat bandar lama Negara Brunei Darussalam yang sekarang terkenal sebagai kota warga emas yang moden dan berdaya maju.
Dulunya bandar lama ini merupakan bandar kecil pusat bandar Seri Begawan. Sekerang pada 2016 ini ianya telah bertukar wajah menjadi Kota Warga Emas. Transformasi wajah Bandar Seri Begawan yang lemah longlai kepada wajah ceria, santai dan sejahtera ini berlaku sejak kawasan Bandar Seri Begawan yang asal diperluaskan. Kawasan Gadong, Kiulap, Serusop dan kawasan-kawasan komresial yang lain sudah dijadikan kawasan Bandar Raya dan pusat Bandar Raya masih dikekalkan di bandar lama dengan wajah yang baru.
Itulah antara gambaran-gambaran Bandar Seri Begawan dalam masa 10 tahun akan datang yang boleh kita bayangkan sekiranya dari sekarang dilaksanakan perojek-projek memajukan Bandar Seri Begawan yang lebih fokus kearah menjadikan pusat Bandar sekarang sebagai sebuah ibu kota berdaya maju yang moden dan sejahtera, mesra warga emas serta disukai pula oleh pelancong-pelancong kerana kehijauan pokok-pokok dan tanaman-tanaman yang menghiasi kawasan pusat bandar menambhahkan lagi ketenteraman suasana sekeliling.
Membangunkan Bandar Seri Begawan lama kearah menjadi sebuah pusat bandar yang moden, berdaya maju dengan keindahan lanskap yang mesra alam, bangunan-bangunan dan infrastruktur yang mesra pengguna untuk kegunaan warga emas dan orang kurang upaya sebenarnya adalah menjadi harapan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juetsru dalam manifesto politik NDP 2006 - 2016 telah dicadangkan agar usaha kearah ini dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Makanya apabila diumumkan titah berkenaan KDYMM Paduka Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah untuk merestui pengluasan kawasan Bandar Seri Begawan, NDP sangat-sangat tersentuh dan turut sama-sama berbangga dengan langkah tersebut.
NDP melihat langkah untuk memperluaskan kawasan Bandar Seri Begawan dari 12.87 kilometer persegi kepada 100.36 kilometer persegi sangat bertepatan dan sememangnya sudah tiba masanya langkah kemajuan sedemikian diambil.
Dengan langkah memperluaskan kawasan Bandar Sei Begawan itu sekarang Mukim Kianggeh termasuk Kg Kianggeh, Berangan, Jalan Tasek Lama, Mabohai, Tungku, Melabau, Kumbang Pasang, Padang Baru, Pusar Ulak dan Tumasek; Mukim Gadong termasuk Kiulap, Kiarong, Menglait, Batu Bersurat Pengkalan Gadong Mata Mata tidak termasuk Perpindahan Mata-Mata dan Beribi; Mukim Kilanas termasuk Medewa, Tasek Meradun, Bunut and Perpindahan Bunut; Mukim Berakas 'A' termasuk Pulaie, Anggerek Desa, Pancha Delima, Orang Kaya Besar Imas, Delima Satu. Serusop, Jaya Setia, Java Bakti and Burong Pinggai Berakas; Mukim Berakas `B' termasuk Manggis I, Manggis II, Madang, Sungai Akar dan kawasan Berakas Lapangan Antarabangsa; Mukim Kota Batu termasuk Sungai Lampai/Pintu Malim, Kota Batu, Pelambayan, Subok and Belimbing sekarang dijadikan kawasan Bandar Seri Begawan.
Juga termasuk dalam kawasan Bandar Seri Begawan ialah kawasan Kg Ayer iaitu Mukim Sungai Kedayan termasuk Bukit Salat, Sumbiling Lama, Sungai Kedayan 'A', Sungai Kedayan 'B', Ujong Tanjong and Kuala Peminyak; Mukim Tamoi termasuk Tamoi Ujong, Tamoi Tengah, Pengiran Kerma lndera Lama, Pengiran Tajuddin Hitam, Ujong Bukit/Limbongan, Pengiran Bendahara Lama; Mukim Burong Pingai Ayer termasuk Burong Pingai Ayer, Lurong Dalam, Pandai Besi 'A', Pandai Besi 'B', Sungai Pandan `A'. Sungai Pandan `B', dan Pengiran Setia Negara, Pekan Lama; Mukim Peramu termasuk Peramu, Pekilong Muara, Bakut Pengiran Siraja Muda ' A', Bakut Pengiran Siraja Muda 'B', Bakut Berumput dan Lurong Sikuna: Mukim Saba termasuk Saba Tengah, Saba Ujong. Saba Laut, Saba Darat 'A' dan Saba Darat 'B'. Mukim Sungai Kebun termasuk Setia 'A', Sungai Siamas/Ujong Klinik, Setia `B' Sungai Kebun, Bolkiah 'A' dan Bolkiah `B'.
Lembaran sejarah baru Bandar Seri Begawan sebagai sebuah kota besar akan bermula esok 1 Ogos 2007.
Presiden dan seluruh anggota-anggota parti dengan ini menghadap kehadapan majlis Baginda Sultan untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syukur atas langkah bijaksana memperkenankan inisiatif untuk membawa Bandar Seri Begawan dari sebuah Bandar yang kecil kearah sebuah bandar raya moden dan berdaya maju.
NDP menaruh harapan
agensi-agensi Kerajaan yang terlibat dengan misi kearah membentuk Bandaraya Seri Begawan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltzam, ketelusan dan keikhlasan demi untuk bangsa dan negara.
Apa yang juga penting ialah halatuju yang jelas dan berwawasan agar semua perancangan kemajuan yang dilaksanakan tersusun dan teratur hingga semua lapisan rakyat dapat memahaminya dan mengharagainya serta dapat memberikan kerjasama untuk sama-sama menjayakan hasrat membentuk Bandar Seri Begawan sekarang menjadi Bandar Raya yang moden dan berdaya maju.
Sehubungan dengan ini NDP dalam manifesto politikya telah mencadang dan akan bersedia menyokong dan membantu Kerajaan Kebawah DYMM dalam sebarang usaha untuk merancang dan melaksanakan dasar pembangunan bandar yang menjurus kearah hasrat tersebut.
Di dalam kerangka ini, NDP telah mencadangkan antara wawasan yang diharap dapat dipertimbangkan ialah meningkatkan imej dan konsep Kampung Ayer dengan kemudahan rumah tumpangan dan perhotelan, bank dan premis perniagaan.
Kita meihat perlunya usaha ini dibuat demi untuk mengikis imej orang tidak bertanah dan miskin yang digambarkan oleh Kampong Ayer ini sejak dahulu lagi.
Dengan memodenkan lagi kawasan Kampong Ayer sebagai sebuah pusat perdaggangan akan dapat benar-benar menjadikannya kawasan tarikan pelancong dan peniaga sebagai mercu tanda keunikan Negara Brunei Darussalam.
Sudah ratusan tahun konsep satu kampung satu produk diamalkan di Kampung Ayer.
Umpamanya Kampung Saba adalah pengeluar bahan makanan laut, Kampung Lorong Sikuna adalah pengeluar tenunan songket yang popular. Kampung Pandai Besi adalah pengeluar produk dari bahan logam seperti parang dan pisau. Kampung Burong Pingai sebagai pengeluar makanan kuih-muih tradisional dan Kampung Sungai Kedayan sebagai pengeluar produk perak dan emas.
Justeru itu, Parti Pembangunan menyeru supaya dikaji kemungkinan konsep ini dapat dihidupkan semula dan diberi nafas baru.
Ia bukan saja mampu menjana ekonomi pengusaha tempatan tetapi juga boleh menjadi tarikan pelancong yang unik di dunia.
NDP juga melihat wawasan untuk menjadikan Pusat Bandar, Bandar Seri Begawan sebagai Kota Warga Emas sebagai satu wawasan yang baik untuk dipertimbangkan.
Untuk merealsisaikan wawasan ini bangunan-bangunan dan infrastruktur yang lain hendaklah mesra pengguna untuk kegunaan warga emas dan orang kurang upaya dengan menjamin kemudahan seperti laluan untuk kerusi roda dan sebagainya.
Warga emas memerlukan ketenangan dan tempat istirehat yang sesuai bagi mereka.
Pusat Bandar Seri Begawan boleh ditransformasi dengan mengubahsuai rumah-rumah kedai kepada ‘budget hotel’, membina surau-surau di setiap sudut yang sesuai yang diimarahkan dengan kuliah-kuliah agama dan majlis ilmu dan menghidupkan kota ini dengan laungan azan yang bersahut-sahutan setiap kali masuk waktu solat.
Klinik-klinik pakar dan klinik-klinik perubatan alternatif seperti berbagai jenis klinik terapi juga perlu diperbanyakkan dikawasan pusat bandar ini.
Ianya akan menajdi lebih indah lagi jika kita dapat menyediakan dataran-dataran untuk riadah termasuk menyediakan prasarana riadah silat Brunei asli dan ‘tai chi’ pada waktu pagi dan petang dan seumpamanya.
Untuk menambahakan lagi suasana aman dan santai di kawasan pusat Bandar Raya Seri Begawan langkah-langkah berpatutan bolehlah diambil untuk menyekat kemasukan kenderaan berenjin dan menggantikannya dengan sistem pengangkutan alternatif.
Kita juga melihat perlunya memperbanyakkan tanaman-tanaman hijau dan taman-taman bunga, menjadikan dataran pelabuhan lama yang menghadap Kampung Ayer sebagai dataran istirahat dengan gerai-gerai makanan yang menyediakan berbagai jenis makanan dan juadah dari bahan yang berkualiti dan sihat.
Usha
menggembirakan warga emas ini pasti akan membawa keberkahan kepada negara, Insya Allah. |