|
|
| |
 |
|
| |
Kongres peluang bentangkan usul |
|
|
| |
SUNGAI PANDAN KB 14 DISEMBER 2006: KONGRES AGONG TAHUNAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) merupakan plataform bagi rakyat dan masyarakat akar umbi membentangkan apa jua usul-usul yang relevan yang meliputi segala aspek pembangunan negara, pembangunan insan, politik, sosial, ekonomi dan budaya.
|
|
Melalui platform ini semua cadangan dan usul dapat disalurkan kepada pihak-pihak tertentu dengan lebih sempurna dan teratur. Dalam erti kata lain suara rakyat dapat disalurkan dengan baik dan diangkat untuk perhatian dan tindakan pihak berkuasa mengikut saluran-saluran yang tertentu.
"Metod perbincangan politik dan membentangkan usul atau cakap-cakap politik kedai kopi sudah lapok dan hanya membuang masa. Cara ini tidak dapat mengambarkan kematangan rakyat dan isu-isu yang dibincangkan di 'parlimen kedai kopi' walaupun relevan namun tidak meyakinkan dan kurang mendapat perhatian", jelas sdra Mahmud Morshidi Othman dalam satu sesi perjumpaan dengan ahli-ahli eksekutif ranting-ranting dan ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan NDP Daerah Belait..
Perjumpaan berlangsung di markas NDP Belait di Jalan Sungai Pandan pada hari Selasa baru ini. Turut hadir disesi perjumpaan itu ialah Tuan Haji Abdul Rahman Yusuf, Pemangku Pengerusi Tetap NDP serta Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan beberapa orang pegawai dari markas NDP pusat. |
 |
Perjumpaan di adakan bertujuan untuk memastikan semua ahli-ahli eksekutif ranting-ranting dan juga AJK Perhubungan NDP Daerah Belait memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing agar dapat memberikan komitmen yang mendalam memajukan parti, terutama sekali di saat-saat ini dimana NDP akan mengadakan Kongres Agong nya bagi kali ke dua pada tahun hadapan.
|
Sdra. Morshidi dalam perjumpaan tersebut menekankan pentingnya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menjadikan NDP sebagai pelantar politik yang berwibawa dimana rakyat dapat memainkan peranan yang lebih aktif dengan menyalurkan sumbangan buah fikiran dan khidmat bakti kepada usaha sama membangun bangsa dan negara.
Katanya sebagai contoh dalam Kongres Agong kali ke dua yang akan datang nanti, ranting-ranting NDP akan berpeluang menghantar enam perwakilan untuk menghadiri kongres tersebut. Perwakilan-perwakilan akan diberikan peluang untuk membentangkan usul-usul yang tidak dibahaskan dan juga usul-usul yang akan dibahaskan.
"Dari itu adalah penting bagi ranting-ranting mengorak langkah dari sekarang memilih perwakilan yang akan dihantar ke Kongres dan memikirkan dari sekarang usul-usul yang akan diketengahkan. Inilah peluang kita menyuarakan harapan dan cadangan kita berhubung apa jua aspek pembangunan sosial, politik dan ekonomi kepada pihak-pihak tertentu", jelasnya.
Sementara itu ayahnda Yasin Affandy dalam sesi perjumpaan itu juga turut berucap mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP Daerah Belait agar sentiasa bijaksana dalam mengharungi segala cabaran dan rintangan dalam usaha memajukan parti.
"Kita setentunya tidak boleh mengubah laluan angin yang kencang akan tetapi kita boleh mengubah kedudukan layar bahtera kita dan terus maju kehadapan", nasihat ayahnda Yasin Affandy.
Juga turut berucap ialah Tuan Haji Abdul Rahman Yusuf, Pemangku Pengerusi tetap NDP.
Dalam ucapannya beliau menyentuh pentingnya NDP seagai pelantar politik rakyat digunakan dengan sebaiknya agar suara rakyat yang datang dari pelantar NDP akan diambil kira dengan serius.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|