LIMABRUH HIJAU 16 OGOS 2007 - RUNDINGAN TAHUNAN MALAYSIA-BRUNEI kali ke 11 sudahpun berakhir dengan pemimpin tertinggi kedua-dua negara sepakat untuk terus meningkatkan dan mengertakan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara yang berjiran, serumpun, seagama dan sebangsa serta berkogsi banyak sejarah yang sama.
Negara Brunei Darussalam dan Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan dan mengeratkan kerjasama pelbagai bidang selain meneruskan komitmen bersama dalam semua perkara yang sudah dipersetujui sebelum ini, termasuk perkongsian pandangan berhubung isu antarabangsa.
Perkembangan yang dijangkakan ini telah dipenakan dalam kenyataan bersama Rundingan Tahunan Malaysia-Brunei ke-11 yang berakhir pada Selasa 14 Ogos baru ini.
Dalam kenyataan bersama tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan rasa amat berpuas-hati atas hubungan mesra dan persahabatan yang erat kedua-dua buah negara dan bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan itu.
Antaranya Baginda Sultan dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi menyatakan
komitmen bersama untuk meneruskan kerjasama erat dalam perdagangan, pelaburan, kewangan, pengangkutan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Turut digariskan dalam kenyataan bersama itu ialah:
- Keperluan membentuk persekitaran perniagaan lebih memberangsangkan terutama bagi Brunei, Sabah dan Sarawak
- Meneruskan kerjasama dalam sektor pengangkutan udara dan bersetuju menambah kekerapan operasi penerbangan
- Meneruskan komitmen Deklarasi Jantung Borneo yang ditandatangani di Cebu, Filipina pada 12 Januari lalu ke arah pengurusan hutan merentasi sempadan dan pemuliharaan rangkaian kawasan dilindungi serta hutan simpan
- Menerima draf akhir Piagam Asean dan pengesahannya oleh ketua negara Asean, selain mengakui kepentingannya dalam menjadikan Asean gagasan lebih berkesan
- Menyambut baik usaha masyarakat termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu menyelesaikan konflik di Darfur, Sudan
- Menyokong segala usaha membawa keamanan dan kestabilan di Asia Barat, terutama Palestin
- Menyokong kajian semula terhadap Piagam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi menjadikannya lebih relevan terhadap cabaran semasa.
- Kenyataan juga menyebut Baginda Sultan, kerajaan dan rakyat Brunei juga menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Abdullah dan seluruh rakyat Malaysia sempena ulang tahun ke-50 Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos ini.
|
Sementara itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada persidangan akhbar menyentuh mengenai isu sempadan maritim antara Brunei dan Malaysia yang menjadi pertikaian.
Datuk Seri Abdullah membayangkan kedua-dua negara semakin hampir ke arah menyelesaikan isu berkenaan yang tertangguh sejak sekian lama.
Menurutnya rundingan mengenai perkara itu berjalan dengan baik dengan pegawai kedua-dua buah negara sedang "menyelesaikan beberapa isu kecil" dan resolusi berhubungan dengan isu akan dapat dicapai tidak lama lagi.
Isu sempadan maritim merupakan salah satu isu penting yang dibincangkan dalam Rundingan Tahunan ke-11 antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Datuk Seri Abdullah.
Majlis mengadap berlangsung pada Isnin antara kedua-dua pemimpin diikuti rundingan tertutup empat mata.
Datuk Seri Abdullah berkata rundingan mengenai perkara itu dibincangkan dalam sesi berkenaan dan perkembangan "yang amat menggalakkan dicapai.
"Beberapa perkara kecil harus di selesaikan dan perkara-perkara itu diharap dapat diselesaikan secepat mungkin. Adalah amat perlu untuk menyelesaikan perkara itu dan kami bersetuju supaya pegawai-pegawai membincangkan beberapa perkara yang diperlukan yang akan ditentukan oleh Brunei dan Malaysia. Saya percaya ia tidak akan mengambil masa yang lama," katanya.
Sehubungan dengan Rundingan Tahunan Brunei - Malaysia kali ke 11 yang baru berakhir dan pencapain yang diperolehi, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan ini menjunung kasih kehdapan majlis Baginda Sultan mengucapan setinggi-tingi tahniah kepada Baginda dan juga kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kejayaan meluaskan lagi ruang dan peluang bagi kedua-dua buah negara
mempertingkatkan dan mengeratkan lagi hubungan persahabtan kedua buah negara.
NDP turut gembira dengan pencapain yang diperolehi dalam Rundingan Tahunan ke 11 terutama sekali pencapain dalam isu sempadan maritim yang merupakan salah satu isu penting yang dibincangkan dalam Rundingan Tahunan tersebut.
NDP yakin kedua-dua negara sahabat akan dapat menyelesaikan pertikaian isu sempadan maritim tersebut yaang melibatkan kekayaan hasil laut dan bumi dikawasan yang dipertikai dengan baik dan menguntungkan kedua-dua buah negara.
Begitu juga dengan isu-isu sempadan di darat. NDP juga yakin usaha berterusan sedang ditumpukkan sama kepada penyelesaian pertikain isu sempadan yang juga melibatkan Brunei dengan Sabah dan Sarawak termasuklah tuntutan Brunei keatas Limbang walaupun perkara penting ini nampaknya tidak didedahkan secara jelas sebagai salah satu isu yang tidak kurang penting dibincangkan di Rundingan Tahunan tersebut.
NDP, sebagai sebuah pelantar politik rakyat, melihat isu sempadan ini satu isu yang sensitif melibatkan lebih kepada isu maruah negara dan bangsa dibanding dengan isu kekayaan laut dan bumi di laut justeru ianya wajar ditangani dengan penuh berhemah, adil dan bijaksana.
Ketelusan dalam menagani isu sempadan yang berlarutan ini juga penting kerana perundingan dan penyelesaian yang samar-samar dan kabur hanya akan menimbulkan spekulasi yang negatif dikalangan rakyat yang akan mentafsir ianya sebagai kelemahan dan kekalahan dipihak Brunei.
Tanggapan sebegini hanya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kesungguhan negara menyelesaikan isu ini dan juga akan menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap negara jiran dan akirnya boleh menjejaskan usaha memelihara hubungan persahabatan dan persefahaman rakyat kedua buah negara.
Ini boleh sahaja berlaku kerana selama ini isu Limbang umpamanya sudah lama membuku dihati rakyat.
Dari itu NDP akan bersedia memainkan apa jua peranan yang relevan untuk membantu memudahkan penyelesaian isu tersebut dan dalam masa yang sama membantu memupuk persefahaman dan mengertakan tali persaudaraan rakyat kedua negara agar dengan adanya keakraban dan semangat setiakawan sebegini kedua negara akan dapat menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.