Menurut sabda DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Pengerusi Jabatan Adat Istiadat dan juga Majlis tersebut, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat pada bulan Mei lepas telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan majlis tersebut.
Baginda Sultan dalam titah Baginda menekankan mereka yang dikurniakan gelaran mempunyai tanggungjawab istemewa untuk menanai kedaulatan raja dan membantu raja dalam usaha memastikan keamanan dan kemakmuran rakyat dan negara sentiasa terjamin.
Orang-orang Bergelar tidak dapat lari dari tanggunjawab ini dan kegaggalan menjalankan tanggungjawab ini, tambah Baginda Sultan, sama lah seperti gagal menunjukkan ketaat setiaan kepada raja.
Baginda Sultan meluahkan rasa yakin Baginda bahwah semua orang-orang yang di kurniakan gelaran itu memahami peri mustahaknya perkara ini.
Baginda Sultan juga menyeru semua Orang-Orang Bergelar agar dapat membetulkan persepsi dan pemahaman mereka keatas ideologi Melayu Islam Beraja yang mana tegas Baginda Sultan ada sesetengah orang mempersoalkannya.
Mempersoalkan konsep bernegara Melayu Islam Beraja sama lah juga mempersoalkan diri kita sendiri dan asa usul kita, kata Baginda Sultan.
Tegas Baginda konsep Melayu Islam Beraja bukan sahaja cantik disebut akan tetapi cantik dalam erti katanya yang sebenar dan semua orang yang menanai konsep ini akan selamat dan sejahtera.
|