Ketua HAWA adakan majlis kesyukuran sempena meluaran

 
 
BELAIT 13 MEI 2007: KAWASAN RKPN PANDAN DI KUALA BELAIT bergema lagi dengan majlis kesyukuran kemarin apabila ahli-ahli NDP bersama-sama ahli-ahli keluarga dan jiran-jiran mereka berkumpul bagi mengadakan majlis kesyukuran sempena meluaran YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim ibnu DYTM Pengiran Mahkota Pengiran Muda Al-Muhtade Billah, cucunda KDYMM Paduka Seri Beginad Sulatan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Majlis kesyukuran diadakan di rumah Dayang Hajjah Saemah Zulkefli, Ketua Himpunan Wanita NDP (HAWA).

Di majlis tersebut, kumpulan dikir yang terdiri dari ahli-ahli wanita NDP telah dijemput sama untuk memeriahkan majis kesyukuran tersebut.
Turut hadir untuk sama-sama menjayakan majlis yang berkebajikan tersebut ialah Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait, Awang Haji Ali, ahli Majlis Tertinggi NDP dan Haji Wan Mohd Zin Tunku Ali, Ketua Biro Sains dan Sumber Manusia.

Juga tidak ketinggalan untuk bersama menunjukkan rasa kesyukuran dan kegembiraan atas meluaran YTM Pengiran Muda Al-Muntaqim itu ialah bebarapa orang ahli-ahli ranting Zon 3 C di RKPN 7/8.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.