Kesibukkan menghadapi kongres

 
 
lLIMBARUH HIJAU 16 JUN 2007 - DENGAN HANYA tinggal beberapa hari lagi Kongres Agong NDP kali ke 2 akan berlangsung, Markas pusat NDP di Limbaruh Hijau JerudoNg pun semakin sibuk yang agak luar biasa dari biasa.

Setiap hari ahli-ahli Jawatankuasa Panitia Kongres bertungkus lumus mengejar waktu untuk menyelesaikan kerja-kerja persediaan untuk menghadapai hari penting itu yang telah dijadualkan pada 23 - 24 Jun ini.


Lebih 20 jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengendalikan kerja-kerja persediaan untuk menghadapi kongres dan juga untuk memastikan kongres akan berlangsung dengan jayanya.

Kongres Agong ke 2 ini merupakan pengalaman pertama bagi ramai ahli-ahli NDP UNTUK mengadakan perhimpunan tahunan perwakilan sejak ianya ditubuhkan pada Ogos 2005. Dari itu ianya merupakan satu sejarah baru lagi bagi NDP dan juga bagi perkembangan politik di negara yang sejak 40 tahun yang lalu telah tidak melihat kehadiran aktiviti politik rakyat yang aktif dan terserlah.
Tahun lepas NDP mencatat satu sejarah dengan mengadakan Kongres Agong Pertama dimana ahli-ahli NDP berpeluang ikut serta berkempen dan mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP.

Kongres Agong pertama telah berlangsung di Dewan Utama Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB). Kongres Agong ke 2 ini juga akan diadakan ditempat yang sama.

Seramai lebih 1000 ahli-ahli NDP dijangkakan akan hadir di majlis perasmian Kongres Agong ke 2 ini.

Kongres Agong NDP ke 2 ini juga dijangka akan menyaksikan pembentangan sebanyak lebih 20 usul-usul yang akan dibahaskan dan tanpa bahas.

Kongres Agong ke 2 akan bermula dengan perasmian himpunan tahunan Non-Muslim, Himpunan Pemuda dan Himpunan Wanita pada 23 Jun bermula 7.30 pagi dan akan diikutidengan perasmian Kongres Agong NDP ke-2 pada jam 2 petang di tempat yang sama.

Jamuan makan malam perdana untuk meraikan perwakilan akan diadakan pada malam 24 Jun 2007 di tempat yang sama.

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.