LIMBARUH HIJAU JUMAAT 1 JUN 2007 - DUNIA ini tidak pernah menjadi syurga atau tempat yang selamat bagi negara kecil, seperti Negara Brunei Darussalam untuk terus wujud dengan selesanya.
Suasana yang tidak selamat dan selesa ini di keruhkan lagi dengan timbulnya persaingan antara kuasa-kuasa besar, konflik ideologi, perlumbaan mendapatkan sumber kekayaan hasil bumi dan pengganasan antarabangsa di tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua.
Sejarah telah memboktikan bagaimana negara kuat sentiasa memanipulasi negara lemah dengan menggunakan kekuatan ekonomi dan ketenteraan mereka. Sejarah dunia telah menunjukkan bagaimana negara besar yang kuat dengan mudah menelan negara kecil yang lemah.
Sejarah silam Negara Brunei Darussalam sendiri boleh di jadikan contoh bagaimana ianya (pada kurun 13 dan 14 Masehi) merupakan sebuah bangsa dan negara yang besar dengan pengaruh dan kekuasaannya meliputi hampir keseluruhan pulau Borneo higga ke kepualauan Filipina telah berjaya di manipulasi oleh kuasa yang lebih besar dan lebih berpengaruh hinggalah ianya kehilangan wilayah dan kuasa hingga menjadi negara sekubit dalam peta dunia.
Dari sejarah silam ini kita juga dapat melihat bagaimana Negara Brunei yang telah tumbang dalam percaturan kuasa-kuasa besar untuk menguasai rantau Asia Tenggara terus berjuang untuk mempertahankan wilayahnya dan kedualatan bangsa dan negara yang sekarang hanya tinggal dalam lingkungan 2,226 batu persegi sahaja.
Sebagai contoh dari tahun 1839 hingga tahun 1983, Negara Brunei telah melalui cabaran-cabaran hebat dalam pelayarannya mendapatkan kembali kedaulatannya dan hak-haknya untuk menentukan nasib sendiri yang telah dirampas oleh kuasa penjajah.
Walaupun telah berjaya mendapatkan kemabli kedaulatannya dan sudah menjadi sebuah negara yang merdeka, namun dalam senario kemajuan pesat dunia sekarang, cabaran bagi Brunei yang merupakan sebuah negara kecil untuk terus wujud sebagai sebuah bangsa yang berdaulat dan merdeka dalam suasana aman, damai dan sejahtera
lebih mencabar lagi.
Masalah 'political survival' bagi Brunei tidak terhenti pada tahun 1983. Dengan suasana kemajuan pesat yang giat di sekililing nya, di arena serantau dan antarabangsa, negara tidak ada pilihan lain selain dari terus membuka hati dan mata melihat jauh kehadapan, ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah untuk memastikan strategi untuk mempertahankan kadaulatan bangsa dan survival bangsa adalah yang terbaik.
Setentunya tidak semua negara-negara kecil di dunia ini yang semsetinya boleh di ancam atau di telan oleh negara-negara besar yang lebih berkuasa dan lebih kuat.
Memang terdapat negara-negara kecil seperti Switzerland, Sweden, Singapura dan Israel yang walaupun kecil tetapi berjaya mempertahankan kewujudan mereka di tengah-tengah negara-negara besar. Mereka kecil akan tetapi berwibawa dari sudut politik, ekonomi dan pertahanan.
Sehbungan dengan itu Aspirasi-NDP ingin mengongsikan kertas kerja yang mendalami evolusi negara-negara kecil selepas Perang Dunia Kedua dan bagai mana negara-negara kecil ini menghadapi cabaran untuk terus berjaya menjadi masyarakat dunia yang cemerlang.
Harapan kita artikel berikut boleh menyumbagkan idea-idea baru dalam kita berusaha untuk menjamin masa depan bangsa dan negara kita agar ianya beterusan menjadi negara Melayu, islam, Beraja, merdeka, berdaulat, aman, makmur dan sejahtera hingga ke akhir zaman. Amin