|
|
| |
 |
|
| |
Kempen kebersihan memupuk budaya kerjasama |
|
|
| |
LIMBARUH BUNTAR SUBOK 29 JANUARI 2007: BIRO ALAM SEKITAR NDP dibawah pimpinan Awang Aji Haji Omarali kemarin menganjurkan kempen kebersihan di kawasan Limbaruh Buntar, kawasan yang indah dan nyaman untuk beristirahat di Subok akan tetapi sedihnya agak terbiar.
Kawasan atas bukit yang letaknya tidak jauh dari pusat Bandar mempunyai infrastruktur yang baik seperti jalan kecil konkrit dan sistem pembentungan dan saliran yang sempurna.
Sayangnya kawasan yang mempunyai sejarahnya tersendiri itu terbiar ditumbuhi belukar dan rumput rampai yang panjang.
|
 |
Biro Alam Sekitar NDP, atas kesedaran untuk membantu Kerajaan 'mengelinga' kawasan seperti ini, telah berganding bahu dengan NDP Perhubungan Brunei-Muara untuk 'mengungkayahkan' kempen kebersihan di kawasan tersebut.
Hampir 50 orang ahli-ahli termasuk anak-anak dan ahli-ahli keluarga yang lain turut serta dalam kempen kebersihan itu.
Malangnya cuaca kemarin tidak berapa mengizinkan lebih ramai lagi datang untuk bersama memeriahkan kegiatan itu dan keadaan cuaca yang kurang mengizinkan juga menjejaskan kesempurnaan kerja pembersihan.
|
|
Walau bagai manapun disebelah petang, semacam ada kerjasama dari Jabatan Kerja Raya dalam kempen kebersihan tersebut. Beberapa pekerja kelihatan ditugaskan berkerja 'overtime' dikawasan bawah Limbaruh Buntar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemotongan rumput ditepi-tepi jalan masuk ke Limbaruh Buntar.
|
Penyampai cendera hati kepada kana-kanak yang juga ikut serta memberishkan kawasan Limbaruh Buntar |
Kempen kebersihan kemarin dilancarkan oleh Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agong NDP selaku wakil peribadi Ayahnda Omar Tamin, Naib Presiden NDP Brunei-Muara.
Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy bersama bebrapa ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP yang lain juga turut hadir untuk sama-sama memeriahkan kegiatan tersebut.
Juga turut memberikan sokongan moral kemarin ialah Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman.
"Sebenarnya ilham menamakan markas NDP di Jerudong sebagai Limbaruh Hijau tercetus dari Limbaruh Buntar ini yang banyak menyimpan cerita mengenai pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh pemmpin-pemipin negara", jelas beliau apabila diminta memberikan sedikit kata-kata nasihat kepada peserta-peserta kempen.
|
Semacam ada kerjasama dari JKR. beberapa orang pekerja bertugas 'overtime' memotong rumput dikawasan bawah Limbaruh Buntar
|
"Limbaruh bermakna tasek kecil dan Buntar bermakna bulatan. Aliran air dari Limbauh Buntar ini masuk ke Sungai Kianggeh".
"Disini lah banyak tokoh-tokoh pemimpin negara kita yang pernah 'bergalau' semasa zaman kanak-kanak dan di zaman muda mereka".
"Antaranya H.M Saleh, A.M Azahari, Yasin Affandy, Allahyarham Professor Dato Dr Haji Saedon serta rakan seprmainan Allahyarham iaitu, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja (Retired) Major General Pengiran Haji Ibnu Basaith, bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Haji Bahrin, bekas menteri Undang-undang, YAM Pengiran Putera Negara Pengiran haji Umar, bekas Pesuruhjaya Polis, dan ramai lagi. Air dari Limbaruh Buntar an Sungai Kianggeh pernah membahasi badan-badan pemimpin-pemimpin ini".
|

Sdra Morshidi bersama ahli-ahli NDP yang leian bergambar dihadapan tanda jalan Limbaruh Buntar
|
"Dengan kata lain Limbaruh Buntar dan Sungai Kianggeh banyak mencetuskan pemimpin-pemipin dan tokoh-tokoh negara. Begitu juga harapan kita Limbaruh Hijau di Jerudong akan menjadi sumber mencetuskan pemimpin-pemimpin angkatan baru", tegas sdra Morshdi.
Dengan itu, tambahnya, usaha membersihkan kawasan Limbaruh Buntar bukan sahaja semata-mata kempen kebersihan malahan ianya penuh bermakna dalam usaha kita memelihara tempat yang unik ini dan satu cara kita mengharagi warisan yang akan terus menjadi saksi kepada jasa bakti p[emimpin-pemimpin terdahulu yang pernah dibasahi dengan air Limbaruh Buntar. |
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|