Kemerdekaan Negara Hak Milik Bersama

 
 
LIMBARUH HIJAU 25 FEBRUARI 2007: Kemerdekaan yang sedang dinikmati negara selama 23 tahun ini adalah hasil perjuangan istana dan rakyat menuntut kemerdekaan tersebut dari pihak berkuasa penjajah.

"Kemerdekaan ini tidak pernah dan bukannya dihidangkan atas dulang emas kepada kita akan tetapi ianya kita perjuangkan dan tuntut dari pihak berkuasa penjajah", tegas Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan lebih 300 ahli-ahli NDP yang hadir dimajlis doa kesyukuran selepas ikut serta diacara perbarisan sempena ulang tahun Hari Kebangsaan Negara kali ke 23.

Majlis tersebut berlangsung di markas NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.


Dari itu tegasnya, kita semua wajiblah menghargainya dan mengisikan kemerdekaan itu dengan baiknya dengan menjadi rakyat yang terus ta'at setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja, bangsa dan negara, berdaya maju dan berdaya saing yang tinggi.

NDP, tambahnya, ditubuhkan semata-mata untuk menanai kemerdekaan ini dan sebagai pelantar rakyat untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kedaulatan kemerdekaan ini, kedaulatan raja, bangsa dan negara serta menjadi 'powerbase' kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan zuriat-zuriat Baginda untuk memacu bangsa dan negara kekemuncak kegemilanagan.

Sementara itu, Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman yang juga turut berucap menekankan perlunya pensejarahan semula sejarah perjalanan perjuangan dan pengorbanan istana dan rakyat untuk menuntut kemerdekaan yang sudah 23 tahun dinikmati ini.

Menurut beliau langkah ini wajib diambil jika sekiranya kita mahu menghapuskan 'stigma' sejarah hitam yang senghaja dipakukan dalam jiwa raga istana dan rakyat.

Sebagai contoh, sebut sdra Morshidi, sejarah seperti yang diungkapkan oleh Ayahnda Yasin Affandy tadi, jelas menunjukkan kemerdekaan yang kita kecapi adalah hasil perjuangan istana dan rakyat.

"Sub-Committee ll Pertubuhn Bangsa-Bangsa Beratu (PBB) telah mengadakan perjumpaan dengan Ayahnda Yasin Affandy selaku Setiauaha Agong PRB ketika itu, Allahyarham A.M Azahari, Presiden Parti Rakyat Brunei (PRB) dan Zaini Haji Ahmad, Penolong Presiden PRB untuk mendengarkan petisyen kedua-dua wakil rakyat Brunei tersebut mengenai isu menentukan nasib sendiri dan kemerdekaan Brunei dan hasilnya satu ketetapan berjaya diperolehi melalui surat dokumen A / AC. 109 / L. 1052".

Pada 12 November 1975, Ayahnda Yasin Affandy, Allahyarham A.M Azahari dan Haji Zaini Ahmad sekali lagi telah menghadapkan petisyen tuntutan kemerdekaan Brunei dengan Komite Empat (Declonisation Committee) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ketetapan No A/C 4/L 1103 telah berjaya diperolehi".

"Pada 8 Disember 1975, PBB meluluskan ketetapan-ketetapan tersebut (mengenai tuntutan penentuan nasib masa depan sendiri dan kemerdekaan Brunei) melalui resolusi 3424 (XXX) 1975 dan disahkn semula melalui dokumen 31 / 56 (XXXl) pada 1 Disember 1976 di Perhimpunan PBB dan melalui dokumen 32 /27 (XXXll) bertarikh 9 Disember 1977".

Dalam usaha mendapatkan kemerdekaan itu A.M Azahari selaku ketua delegasi dan teman-teman bagi pihak rakyat seluruhnya telah juga meminta supaya diadakan perundingan tiga segi antara PRB, Sultan dan British dengan PBBselaku penyelaras untuk membincangkan tuntutan penentuan nasib masa depan sendiri dan kemerdekaan. (lihat A / AC. 109 / L. 1052)

Pada masa itu, menurut sdra Morshidi, Duta Australia ke PBB telah coba melobi wakil PRB untuk tidak membawa KDYMM dalam perundingan tersebut.

"A.M Azahari telah dengan tegas menolak cadngan itu dan menyatakan pendirian kita sebagai rakyat Brunei yang ta'at setia kepada raja dan tidak akan sekali-kali membelakangi raja dalam perundingan-perundingan yang besar dan penting berhubung masa depan bangsa dan negara", tegas sdra Morshidi.

"Dalam masa yang sama KDYMM juga dengan penuh diplomasi berusaha bersungguh-sungguh dari dalam negeri berulang alik dari Bandar Seri Begawan - London untuk mendapatkan kemerdekaan negara dari kuasa penjajah sehingga termetrailah perjanjian yang ditanda tangani oleh Lord Goronway Roberts, Setiausaha Luar British dengan KDYMM pada 1979 di Bandar Seri Begawan bagi menentukan tarikh kemerdekaan Brunei pada 1 Januari 1984".

"Mesej yang ingin kita sampaikan disini melalui ristaan sejarah tersebut ialah betapa 'kesetiaan kita selaku rakyat kepada KDYMM Sultan begitu tulen dan kukuh dalam apa jua keadaan dan perjuangan kita dahulu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mendaulatkan raja kita, bangsa dan negara kita melalui tuntutan kemerdekaan itu".

"Melalui sejarah tersebut kita juga dapat melihat betapa istana dan rakyat sama-sama berusaha dan secara tidak langsung seperti bersepakat untuk mencapai kejayaan dalam menuntut kemerdekaan yang sedang kita nikmati hari ini".

"Dari itu tidak ada pihak yang boleh mendabik dada mengatakan kemerdekaan ini hanya milik satu pihak sahaja. Kemerdekaan yang kita nikmati ini ialah milik kita semua, milik raja dan rakyat", tegas sdra Morshidi.

Malangnya, tambah sdra Morshidi ada pihak yang seolah-olah meraskan kemerdekaan ini hanya milik sebilangan pihak sahaja sehinggakan untuk sama-sama merayakan ulang tahun
Hari Kebangsaan ini diperkenakan syarat dan pantang larang hingga menyebabkan sebilangan masyarakat tidak dapat menghayati nilai kemerdekaan yang di sambut ini.

"Umpamanya menaikkan bendera negara sempena ulang tahun hari kebangsaan ini hanya dibenarkan pada musim perayaan sahaja dan mesti mengikut pantang larang yang boleh melemahkan semangat orang ramai. NDP dalam hal ini juga tidak dibenarkan memakai lencana parti dan memakai selendang NDP semasa perbarisan begitu juga dengan pantang larang tidak membenarkan anak-anak kita yang berambut panjang, mewarna rambut dengan warna perang untuk ikut serta di perbarisan".

Semua ini boleh melemahkan semangat dan membuatkan kita payah untuk menjiwai semangat kemerdekaan dan membuatkan usaha menanam jati diri kedalam jiwa semua lapisan rakyat terutama sekali golongan muda yang tidak rapi cara berpakaian tambah sdra Morshidi lagi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.