Keluarga ahli-ahli NDP ikut terjejas oleh ribut

 
 
KAMPONG AYER 25 JULAI 2007 - SEBANYAK LIMA KELUARGA AHLI-AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) yang tinggal di Kawasan Kampong Ayer turut menjadi mangsa kejadian angin ribut pada petang Isnin baru ini.

Kejadian angin ribut yang agak luar biasa tersebut telah merosakkan lebih 130 buah rumah di kawasan Kampong Ayer. Atap-atap rumah mereka habis diterbangkan oleh angin kencang dan memaksa sebilangan mereka lari mendapatkan perlindungan di rumah-rumah jiran dan saudara mara berdekatan yang tidak terjejas oleh angin rbut tersebut.


Bekalan letrik ke rumah-rumah di kawasan-kawasan yang dilanda angin ribut tersebut juga terputus. Hingga kemarin bekalan letrik belum lagi dapat dipulihkan di beberapa kawasan.

Sementara itu Ketua Himpunan HAWA NDP, Dayang Hajjah Saemah dan Awang Haji Juned, Timbalan Setiausaha Kerja Jabatan Setiausaha Agong NDP telah membuat lawatan ke rumah-rumah ahli-ahli NDP yang terlibat untuk meninjau keadaan mereka dan keluarga.


Juga turut sama membuat tinjauan ke kawasan-kawasan yang terjejas ialah Dayang Hajjah Khatijah, ahli HAWA dan juga Malai Hassan Othman, Ketua Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan.

Dalam tinjauan itu rombongan NDP mendengarkan keluhan-keluhan mangsa-mangsa angin ribut termasuk ahli-ahli NDP yang terpaksa menumpag sementara di rumah-rumah jiran dan keluarga terdekat memandangkan rumah-rumah mereka yang telah rosak dalam kejadian angin riibut tersebut.

Rata-rata mereka memerlukan bantuan untuk membaik pulih atap-atap rumah mereka dan juga memerlukan bantuan untuk membaikpulih talikawat letrik ereka yang terputus dalam kejadian tersebut.


Menurut Awang Haji Juned pihak JASA akan berusaha mengerakkan biro-biro yang berkenaa dalam NDP untuk mengambil langkah segera membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh ahli-ahli NDP yang turut menjadi mangsa kejadian angin ribut tersebut.

Antaranya, pihak NDP akan berusaha membantu dalam pegutipan derma untuk memudahkan lagi mangsa-mangsa membaikpulih rumah-rumah mereka yang rosak.

Dayang Hajjah Saemah juga turut menjelaskan beliau akan dengan segera mengembeling tenaga HAWA untuk memberikan bantuan seadanya kepada ahli-ahli yang terlibat.


Gambar atas: Dayang Hajjah Saemah bertanyakan masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa kepada anggota Bomba yang bertugas.
Gambar Kiri: Anggota-anggota Bomba bertungkus lumus memasang kem sementara di salah sbeuah rumah mangsa

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.