Sementara itu Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapan perutusan sempena menyambut kedatangan tahun baru Hijrah 1428 menyeru kepada semua ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin NDP membuat penghijrahan dalam cara berfikir dari paradigma yang kurang progresif kearah yang lebih progresif dan proaktif.
Perutusan Presiden NDP tersebut telah disiarkan di laman web ini pada hari yang sama.
Ujar Ayahnda Presiden NDP ahli-ahli dan pemimpn-pemimin NDP harus berani membuat perubahan ini untuk kemajuan diri sendiri dan juga parti.
Beliau juga menyeru seluruh warga NDP untuk membuat penghijrahan dan meninggalkan
aspek-aspek negatif seperti perasaan hasad dengki, syak wasangka, permusuhan, tidak ikhlas dan pentingkan diri sendiri.
Beliau juga menyeru agar semua pemimpin-pemimpin sentiasa bersedia bukan sahaja untuk 'turun padang' akan tetapi harus bersedia 'berluai di padang' mendampingi dan menunjukkan kasih sayang dan sikap pemedulian yang tulen kepada ahli-ahli NDP dan masyarakat umumnya.