"Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Kebangsaan (KOPERKASA) Sdn Bhd, Alhamdullilah telah diluluskan pendaftarannya pada bulan Mac lalu dan sekarang penjualan saham untuk pengumpulan modal sudah dimulakan".
"Selaku Pengerusi dan mewakili semua ahli jawatankuasa penaja penubuhan KOPERKASA saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak berkenaan terutama sekali bahagian kemajuan koperasi Badan Kemajuan Industri Brunei (BINA), di Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada kami sehingga terdaftarnya KOPERKASA", jelas Awang Haji Kasim kepada Aspirasi NDP.
"Saya juga tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa penaja atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dari awal rancangan penubuhan koperasi ini sehinggalah ianya menjadi kenyataan. Harapn saya agar kerjasama dan sokongan yang jitu itu akan terus diberikan kepada KOPERKASA", tambahnya lagi.
Menurut Haji Kasim KOPERKASA ditubuhkan atas dasar kesedaran pentingnya usaha yang bermakna dibuat dari sekarang untuk menangani kerisauan yang kita hadapi berkenaan dengan kedudukan dan keupayaan ekonomi rakyat akar umbi yang belum pasti dapat menjamin masa depan kedaulatan bangsa terpelihara.
"Dalam suasan perniagaan hari ini yang lebih kondusif kepada pertumbuhan pernigaan yang di monoploi oleh taukeh-taukeh syarikat Ali Baba dan juga pemodal-pemodal gergasi, kita semua setentunya berkongsi kerisauan mengenai keadaan ekonomi bangsa kita
di masa mendatang".
"Kita semua sedar perniagaan pasar raya dan kedai-kedai runcit sekarang di monpoli oleh rakyat asing. Kita semua berharap dan tidak rela melihat ekonomi bangsa akan terus ditindas oleh rakyat asing. Kita tidak rela melihat anak-anak dan cucu-cucu kita terus menjadi kuli kepada rakyat asing dan juga kita mahu bebas dari penjajahan ekonomi rakyat asing".
"Kia juga tidak rela melihat rakyat Brunei seperti ayam di bendang mati kelaparan itek di air mati kehausan. Kita ingin meboktikan bahawa rakyat Brunei juga boleh berniaga dan berjaya dibidang perniagaan pasar raya dan kedai runcit".
"Akan tetapi apakah cukup sekadar kita mempunyai kesedaran tersebut dan 'kiak kaung' meluahkan kekecewaan kita dan kerisauan tersebut", ujar Awang Haji Kasim.
"Justeru sangat penting kita mengambil langkah mengintrepetasikan kerisauan tersebut dengan tindakan yang lebih bermakna agar ianya tidak tinggal cakap sahaja", tegas Awang Haji kasim.
Dari itu dengan adanya KOPERKASA semua lapisan rakyat yang berkongsi kerisauan tersebut berpeluang untuk membuat sesuatu untuk merobah masa hadapan kita dan anak cucu kita kearah yang lebih cerah dimana akhirnya dapat membebaskan sandaran ekonomi kita semua dari terus di monopoli oleh bangsa asing.
"Inilah peluang kita untuk menjalanan tanggungjawab sosial kita kepada bangsa dan negara dan cara yang lebih berkesan meyahut seruan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda untuk melihat keupayaan bangsa, terutama sekali dibidang ekonomi dapat diperkasakan", ujar Awang Haji Kasim sambil menambah rancangan awal KOPERKAS ialah untuk menubuhkan pasar raya.
KOPERKASA, menurut beliau sedang giat mengenalpasti tempat yagn sesuai untuk dijadikan pasar raya dan juga sedang menjalankan jerayawara ke daerah-daerah untuk memperkenalkan KOPERKASA kepada bakal-bakal pemeggang saham.
"Kita juga berharap dengan penubuhan
KOPERKAS ini akan menjadi wadah mengukuhkan perpaduan dan kemajuan bangsa bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusai kerana mufakat", tambah Awang Haji Kasim lagi.