KeKWa atur gerak kerja 2007

 
 
BELAIT 18, DISEMBER 2006: Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKWa) kemarin bermesyuarat di Markas Perhubungan NDP Belait untuk mengariskan strategi tahun 2007 dalam misinya mengidupkan seni dan budaya semua puak di negara ini.

Agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah melanjutkan aktibiti-aktibiti yang telah ditetapkan dalam kalendar kegiatan biro tersebut bagi tahun 2006 selain mengarisakn strategi baru untuk dilaksanakan bermula tahun hadapan.

Diantara perancangan yang telah ditetapkan ialah lawatan menyusur ranting-ranting ke setiap daerah di negara ini. Tujuannya adalah bagi membuat pendekatan berhubung budaya,seni dan warisan puak-puak atau suku kaum yang terdapat di setiap daerah.

Ayahnda yasin Affandy turut hadir di mesyuarat tersebut memberikan sedikit nasihat kepada ahli-ahli KeKWa
Dalam rangka kunjungan ini, Biro KeKWa akan mengumpul data dan maklumat tersebut untuk bahan rujukan yang satu ketika nanti akan di dokumentasikan atau dibukukan.

Selain itu, Biro KeKWa juga berhasrat meninjau ke lokasi-lokasi yang kaya dengan seni budayanya dan berpotensi untuk dikembangmajukan.

Dr. Hajah Rayah Md Ali, selaku ketua biro dan pengerusi masyuarat tersebut menjelaskan bahawa, dalam melaksanakan hasrat yang berkebajikan ini, pihak KeKWa memerlukan kerjasama yang padu dari Naib-naib presiden di ke empat buah daerah di negara ini.

Perkara ini telah telah pun disentuh pada masyuarat sebelum ini yang berlangsung di Limbaruh Hijau. di mana Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Awg Mahdi Hj Md Suhaili telah menyarankan agar Biro KeKWa akan dapat menulis surat kepada Naib Presiden di setiap daerah dan membuat perundingan awal.

Sebagai persiapan kearah memantapkan pergerakan dan kegiatan, Biro KeKWa bercadang untuk menghadapkan permohonan bagi membagun Balai Seni Budaya. Pada masyuarat sebelum ini, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian telah membentangkan rekabentuk kasar balai tersebut. Cadangan ini akan di hadapkan kepada JASA selewatnya akhir Disember ini.



Ayahnda Yasin Afandy menyampaikan sijil-sjil lantikan kepada ahli-ahli JK Biro KeKWa

Pengarah Kebudayaan dan Kesenian yang telah dipertanggung jawabkan bagi menydiakan plan kasar tersebut menjelaskan, masih ada beberapa maklumat yang perlu dikumpul bagi melengkapkan rekabentuk kasar Balai Seni Budaya ini sebelum ianya di pohonkan.

Diantara ciri-ciri penting yang perlu ada pada balai tersebut ialah, terdapatnya ruang besar yang mampu menampung berbagai corak latihan berkumpulan yang juga boleh digunakan bagi tujuan-tujuan lain seperti kerusus dan seminar kecil.

Selain dari itu, ruang untuk pejabat, stor kelengkapan dan ruang galeri juga amat diperlukan.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.