|
|
| |
 |
|
| |
48 jam 'tersangkut' di pagar keselamatan |
|
|
| |
LIMBARUH HIJAU 6 FEBRUARI 2007: Sudah lebih 48 jam berlalu namun 'kebenaran' dari pihak Keselamatan untuk Parti Pembangunan Bangsa (NDP) membawa masuk kain-kain rentang untuk digunakan sempena lawatan ahli-ahli Parlimen Jerman ke NDP pada Sabtu depan belum diperolehi. Juga masih menunggu kebenaran untuk diluluskan ialah poster-poster wajah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Kain-kain rentang dan poster-poster tersebut (lihat gambar bwah) masih lagi ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dan akan hanya dibenarkan melintasi pintu airport apabila kebenaran akan diberikan nanti.
Kenapa dan apa sebabnya ia dtahan, kita kurang pasti. Jika diteliti dari gambar-gambar dibawah tidak pasti dimana terdapat perkara-perkara yang sensitif atau apakah ada peraturan yang perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum kain-kain rentang dan poster-poster ini dibuat?
|
 |
Juga tidak pasti, bilakah kebenaran akan diberikan atau kemungkinan ianya langsung tidak akan dibenarkan dibawa masuk.
Tetapi apa yang pasti, Pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa kerja menjayakan lawatan penting ahli-ahli Parlimen Jerman ke Brunei, khususnya ke markas NDP, sekarang nampaknya 'makan tak sedap tidur tak lena' kerana risau kalau-kalau kain-kain rentang dan poster-poster tersebut terus tersangkut 'dipagar kawalan keselamatan' airport.
Mereka risau jika ini berlaku, semua rancangan NDP untuk memeriahkan dan tidak 'semberana' dengan kedatangan ahli-ahli Parlimen Jerman ke negara kita yang di sayangi ini, akan terjejas.
NDP sebenarnya berharap untuk mengambil kesempatan semasa lawatan orang-orang penting Jerman itu dengan menonjolkan, bukan sahaja dari sudut perkembangan politik yang sehat yang terdapat di Brunei, akan tetapi dari sudut adat, budaya dan keunikkan rakyat Brunei yang ramah mesra serta cintakan keamanan dan kedamaian.
Rancangan telah pun disusun untuk menghias persekitaran markas NDP dengan kain-kain rentang dan bendera-benera Negara Brunei, Jerman dan Sang Setia agar terserlah satu suasana yang mengkagumkan kepada pelawat-pelawat Jerman tersebut.
NDP juga telah pun menyusun dengan teliti acara-acara yang berkonsepkan adat istiadat Brunei dalam mengalu-alukan kedatangan tetamu luar tersebut dengan harapan agar mereka dapat merasakan keunikkan adat dan budaya orang Brunei semasa mereka berada di markas NDP dalam masa yang singkat itu.
|
|
Dalam susunan acara lawatan ahli-ahli Perliman Jerman itu, mereka akan disambut dengan pukulan hadrah sebaik sahaja mereka tiba di markas NDP dan akan diiring masuk kekawasan markas oleh putera-puteri NDP yang membawa bunga manggar.
NDP juga akan mempersembahkan kepada mereka permainan alat musik tradisional dan tarian tradisional puak Belait.
Semua ini dilakukan kerana NDP sayangkan Brunei, sayangkan bangsa dan raja serta kerana niat kita suci iaitu untuk menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan, dan Yang Di-Pertuan Negara Brune Darussalam dan Kerajaan Baginda dalam usaha mengambarkan kepada dunia bahawa perkembangan politik dan usaha pembaharuan politik yang dihasratkan oleh Baginda Sultan berjalan dengan baiknya di negara ini tanpa perlu kuasa-kuasa dan elemen-elemen luar memberikan tekanan dan campur tangan.
Kita juga ingin melihatkan perkembangan pesat NDP yang setahun jagung sebagai bokti komitmen dan keikhlasan Kerajaan KDYMM Baginda Sultan memberikan peluang dan ruang kepada rakyat untuk memainkan peranan aktif dan bersuara melalui pelantar politik dan bukannya seperti yang diandaikan bahawa kerajaan memberikan kebenaran berpolitik hanya sebagai langkah untuk memenuhi syarat menjadi anggota masyarakat antarabangsa sahaja.
Sehubungan itu, NDP berharap langkah-langkah yang boleh memberikan gambaran negatif kepada kerajaan dan kepada langkah-langkah pembaharuan politik di negara ini wajarlah dikurangkan.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|