BELAIT 21 APRIL 2007: Koperasi Perusahaan dan Perniagaan Kebangsaan (KOPERKASA) Berhad kemarin meneruskan usaha untuk menarik lebih ramai lagi pelabur dengan mengadakan jerayawara memperkenalkan KOPERKASA kepada penduduk di Daerah Belait.
 |
Lebih 50 orang ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) termasuk beberapa orang persendirian yang berminat untuk menjadi ahli KOPERKASA hadir di majlis taklimat tersebut yang disampaikan oleh Awang Haji Kasim bin Haji Sapar, Pengerusi KOPERKASA.
Majlis taklimat diadakan di markas Perhubungan NDP Belait di Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait.
KOPERKASA telah didaftarkan untuk menjalankan perusahaan koperasi pada 26 Mac 2007 lalu dan dalam jangka umurnya baru 3 minggu ianya telah dapat menarik minat ramai bukan sahaja dikalangan ahli-ahli NDP akan tetapi juga dikalangan orang awam.
|
"Sudah 1000 borang permohonan berjaya diedarkan dan insyaAllah jika 50 pertaus dari jumlah pemohon bersetuju untuk menjadi ahli dengan melabur minima sejumlah 500 saham seorang kita sudah boleh memulakan rancangan fasa pertama untuk membuka pasar raya di daerah Brunei-Muara", ujar Awang Haji Kasim ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai termasuk ahli-ahli NDP sejauh ini.
Beliau juga meluahkan kegembiraannya dengan sambutan yang sangat menggalakkan dari ahli-ahli NDP dan orang awam di Kuala Belait.
"Rancangan kita ialah untuk membuka pasar raya pertama KOPERKASA di Daerah Brunei-Muara akan tetapi melihat sambutan yang sangat menggalakkan yang diberikan disini ada harapan sebuah pasar raya juga boleh dibuka di daerah ini dalam rancangan fasa pertama ini", tambahnya.
Di sesi taklimat tersebut Awang Haji Kasim menjelaskan antara sebab kenapa KOPERKASA memilih perusahaan pasar raya
sebagai projek pertama ialah memandangkan potensi pulangan yang baik dibidang ini berbanding dengan perusahaan lain jika dilihat dari aspek melahirkan masyarakat pengguna, pembekal dari kalangan ahli-ahli KOPERKASA dan orang awam yang akan digalakkan berlanggan dengan pasar raya KOPERKASA melalui skim bonus bagi pelanggan setia.
Katanya perusahaan pasar raya juga dilihat dapat memenuhi aspirasi KOPERKASA untuk memperkasa ekonomi bangsa yang sudah semakin dijajah oleh orang asing.
"Kejayaan ada ditangan kita kalau kita semua bersatu padu dan ada persefahamn yang kukuh untuk sama-sama mencapai matlamat yang sama iaitu untuk meningkatkn taraf hidup kita melalui usaha memperkasa ekonomi kita
dan memerdekakan diri kita dari terus begantung penuh kepada bangsa asing untuk keperluan hidup kita seharian".
"Jika kita lihat suasana ekonomi tempatan pada masa ini, bangsa kita tidak mempunyai kekuatan untuk mempengaruhi perjalanan pasaran pengguna di negara ini contohnya dari segi penetapan harga barangaan pengguna dan kualiti. Peniaga rakyat jati bukan merupakan pemain utama di pasaran pengguna dan perniagaan anak tempatan senang-senang ditumpaskan
kerana rata-rata pembekal-pembekal di monopoli oleh bangsa asing".
"Akan tetapi dengan ada kesedran dan kesatuan semangat untuk memperkasa ekonomi bangsa, kita secara progresif boleh merubah semua ini dan adalah menjadi impian kita KOPERKASA akan menjadi pelantar yan boleh membawa perubahan besar ini", tambahnya lagi.
 |