KOPERKASA akan mula beroperasi

 
 

Ayahnda Yasin Affandy hadir di sesi mesyuarat KOPERKASA
LIMBARUH HIJAU 8 APRIL 2007: USAHA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) untuk membantu menigkatkan taraf ekonomi ahli-ahli dan juga rakyat dan penduduk negara insya Allah akan menjadi kenyataan dengan tertubuhnya KOPERASI PERUSAHAAN DAN PERNIAGAAN KEBANGSAAN (KOPERKASA).

KOPERKASA kini sudah diluluskan pendaftarannya sebagai sebuah badan koperasi yang sah oleh Penguasa Kemajuan Industri Brunei (BINA) di Kemeterian Industri dan Sumber-sumber Utama, Awang Haji Kasim Haji Sapar, Pengerusi KOPERKASA mengumumkan disesi mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa penubuhan KOPERKASA yang berlansgung di Anjung Usahawan di Laimbaruh Hijau, Jerudong.

Di mesyuarat tersebut, beliau juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada BINA kerana meluluskan pendaftaran KOPERKASA dengan cepatnya.

Menurut Awang Haji Kasim kelulusan pendaftaran KOPERKASA dikeluarkan pada 26hb Mac baru ini.

Ujarnya projek awal yang akan diungkayahkan sesegera mungkin oleh KOPERKASA ialah penubuhan sebuah pasar raya sama ada di Jerudong atau di Sengkurong.

"Saham-saham bernilai $1 satu saham sudah mula ditawarkan kepada semua yang berminat untuk menjadi ahli KOPERKASA. Setiap pelabur akan ditawarkan tidak kurang dari 500 saham seorang", jelas Awang Haji Kasim.

Katanya projek pasar raya akan diusahakan dengan segera sebaik sahaja KOPERKASA berjaya mengumpulkan modal yang diperlukan melalui penjualan saham-saham tersebut.

Beliau juga menekankan dengan tertubuhnya pasar raya tersebut, KOPERKASA akan memfokuskan aktiviti perniagaannya kearah matlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi pemeggang-pemeggang saham, membukakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan, membukakan peluang pernigaan dibidang pembekalan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dan juga membukakan peluang kepada peniaga-peniaga tempatan dibidang penghasilan produk-produk makanan dan minuman buatan tempatan.

"Dalam erti kata yang lain, kita akan terus berusaha melalui KOPERKASA ini untuk menjalankan tanggungajawab sosial kita kepada negara dan bangsa dengan tidak mengabaikan kepentingan pemeggang-pemeggang saham dan ahli-ahli yang lain", tegas Awang Haji Kasim

Menurut Awang Haji Kasim saham-saham bukan sahaja ditawarkan kepada ahli-ahli NDP malahan sesiapa yang bukan ahli NDP juga di alu-alukan untuk membeli saham KOPERKASA.

Untuk memudahkan lagi mendapatkan saham KOPERKASA pelabur-pelabur dibenarkan membuat pembayaran secara ansur, tambah Awang Haji Kasim lagi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.