Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PERANAN PENDIDIKAN AGAMA MEMPERELOK KEADAAN, MEMBINA TAMADUN, KEHIDUPAN

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa bertitah sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1427.

BANDAR SERI BEEGAWAN, Selasa, 31 Januari. - Peranan persekolahan dan pendidikan agama di Negara Brunei Darussalam bukan setakat untuk memperelok keadaan, malahan juga mesti meningkat kepada membangun atau membina tamadun dan kehidupan.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah emnekankan tanpa peranan sedemikian, tamadun dan kehidupan itu boleh sahaja ibarat kapal tanpa muatan, tidak ada apa yang boleh diambil sebagai manfaat daripadanya.

Untuk itu, baginda menitahkan dengan menyarankan supaya disusun semula dan dikemaskinkan semua yang berkaitan dengan persekolahan dan pendidikan agama termasuk juga menyemak suaktan dan kurikulumnya.

"Kerana itu beta ingin melihat peranan 'besar' itu dilaksanakan secara berkesan. Dan untuk ini, penyusunan semula atau pengemaskinian semua yang berkaitan dengan persekolahan dan pendidikan agama hendaklah dibuat termasuk juga menyemak sukatan dan kurikulumnya." Tegas baginda dalam Titah Perutusan Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1427 yang disiarkan ke seluruh negara melalui Radio dan Televisyen Brunei malam tadi.

Menurut baginda lagi, objektif kita ialah supaya rakyat dan penduduk di negara ini mendapat pendidikan agama yang sempurna.

"Jangan siapa yang megelak atau berkecuali. Kerana ia adalah 'jalan selamat' yang telah disediakan oleh negara. Maka kerana itu, tidak siapa pun yang patut menolaknya." Titah baginda.

Kebawah DYMM bertitah, setiap kanak-kanak Brunei Muslim adalah wajib diasuh menyempurnakan fardu ain sekurang-kurangnya sembahyang mereka sempurna dan bacaan Al-Quran mereka lancar.

Untuk itu, titah baginda lagi, mustahak dan perlunya diteliti kesesuaian sukatan dan kurikulum pendidikan agama.

Baginda merumuskan, semua objektif di dalam pendidikan ialah bagi melahirkan rakyat yang taat beragama di mana mereka akan menjadi pelita ummah yang mempunyai fahaman dan pegangan yang betul.

Kea rah itu, baginda turut berharap supaya dikemaskinikan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam atau Islamic Religious Knowledge (IRK) dalam persekolahan umum.

"Ciri-ciri salih ini tidak dapat diabaikan, memandangkan dunia hari ini lebih menjurus kepada kebejatan moral," titah baginda lagi.

Sehubungan dengan itu, baginda percaya, program pengembangan sumber tenaga manusia dengan dana sejumlah $250 juta yang diluluskan baru-baru ini juga akand apat melihat aspek ini.

Yakni, titah baginda, manusia yang dirancang dan akan lahir daripada program tersebut ialah manusia Brunei yang berilmu, mahir dan beramal salih.

Baginda menambah titah, semenjak kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan agama hampir setengah abad yang lalu, rakyat negara ini telah dapat mempelajari ilmu-ilmu agama khasnya Ibadat dan Al-Quran dan seterusnya perlaksanaan Pelajaran Dewasa Agama.

Semenjak itulah juga, titah baginda, persekolahan agama telah berjaya mencorakkan hidup k ita selaku orang-orang Islam di mana daripadanya terpancar sinar agama menyinari kehidupan ini.

"Brunei adalah dikenali dengan sifatnya yang mengamalkan agama menurut landasan yang sihat. Ia tidak pernah mencetuskan sebarang kekecohan, berkat fahaman yang kita pakai adalah menepati acuannya," titah baginda.

Baginda merasakan pendekatan yang sudah serasi dengan Brunei itu perlu dihayati dan pertahankan.

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.