Jejak Ehsan HAWA teruskan perjalanan

 
 
14 FEBRUARI 2007: Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) akan sentiasa peka dan prihatin kepada berkebajikan masyarakat.

Untuk itu HAWA menerusi Projek Jejak Ehsan akan mengusahakan lagi berbagai aktiviti untuk kutipan dana bagi keperluan membantu kepada mereka yang memerlukan terutama sekali di kalangan ahli-ahli parti ini.

Baru-baru ini melalui Projek Kutipan Kembali Ke Sekolah, HAWA bukan saja telah menerima sumbangan seangkat-angkat hati daripada kalangan ahli malahan juga telah menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti 'Garage Sales' selama empat hari di adakan di kawasan Pasarneka Seria.


Lebih 10 orang di kalangan ahli-ahli NDP daripada daerah Belait telah menyertai jualan tersebut yang bermula daripada 25 hingga 28hb Januari lalu.

Jualan-jualan berupa pakaian, perhiasan rumah, dan sebagainya yang berkualiti dan murah itu telah mendapat sambutan daripada pengujung.

Sejumlah 20 peratus daripada hasil jualan tersebut telah disumbangkan kepada Kutipan Kembali Ke Sekolah anjuran HAWA Pusat.

Jualan tersebut dianjurkan bersama oleh Ranting Pekan Seria dan Lorong Tiga Seria diketuai oleh Naib Ketua 2 Wanita di kedua-dua ranting Dayang Hasnah binti Haji Mohamad dan Dayang Hajah Saibah binti Haji Hassan.

Setakat ini HAWA masih mengumpulkan kutipan-kutipan yang dilakukan oleh pengerusi-pengerusi yang terlantik terdiri daripada Naib-Naib Ketua 2 Wanita Ranting,


Bagaimanapun kutipan yang sudah di serahkan setakat ini berjumlah kira-kira hampir $500.00.

Pembahagian sumbangan kepada yang memerlukan terutama anak-anak yatim di kalangan ahli akan segera di laksanakan pada bulan ini juga, begitu juga dengan laporan kepada Bendahari Agong NDP juga akan dipersiapkan segera.

Di samping itu satu aktiviti bengkel kemahiran wanita juga telah diadakan awal bulan ini bagi tujuan menambahkan kutipan.

Seramai kira-kira lebih 10 orang telah menyertai bengkel membuat kueh Meroko yang diadakan di Markas Kuala Belait dengan tenaga pengajarnya adalah salah seorang ahli wanita daripada Ranting Kampung Lumut.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.