Jejak-jejak pejuang kemerdekaan

 
 
LIMBANG 12 MACH 2007: "Ndada, ndada, nda pernah kami berniat kan membunuh sultan. Perjuangan kami daulu atu ganya kan menghalau penjajah dari Brunei dan mempertahankan kedaualatan raja kami", tegas bekas seorang pejuang kemerdekaan dengan lantang sambil menepis-nepiskan tangannya apabila diminta kepastian mengenai pejuangan mereka pada tahun1960an.

Awang Ahmad bin Haji Yakub, berumur 83 tahun, menegaskan demikian semasa ditemui di rumahnya yang usang di Batu 8 Limbang dimana beliau sekarang menetap bersama keluarganya yang berwarga negarakan Malaysia walaupun beliau sendiri merupakan warga negara Brunei.

Awang Ahmad berasal dari Temburong merupakan bekas ahli Parti Rakyat Brunei (PRB). Beliau menjadi pelarian politik di Malaysia pada 1973. Beliau pernah ditahan sebagai tahanan politik pada 1962 selama 5 tahun kerana keterlibatan beliau dalam pergerakkan politik menentang penjajahan ketika itu.

Pada tahun 1976, beliau ditahan di Kuching oleh pentadbiran Hussien Onn yang ketika itu mengambil pendekatan pujukkan (Appeasement Approach) untuk meyakinkan bahawa PRB tidak lagi berfungsi di Malaysia.

Awang Ahmad dengan lantang menafikan tuduhan bahawa mereka merupakan penderhaka raja, negara dan bangsa

Menurut Awang Ahmad yang hanya mendapat pendiikan darjah 2, dia melibatkan diri dalam pergerakkan politik semasa berumur 35 tahun dan pada masa itu beliau telah di pilih menjadi Ketua Ranting PRB bahagian Bukit Tuau Temburong.

"Kami masa atu bersemangat juang yang tinggi untuk menuntut keadilan dan menghalau penjajah dari negri katani, Bayangkan 75 peratus hasil kekayaan minyak kitani dibawanya balik ka England dan ganya 25 peratus tinggal untuk ketani. Manakan cukup tu (untuk membangun negara)", tegas Awang Ahmad dengan nada suara yang bersemangat.

"Ndada sekali-kali telintas dihati kan membunuh sultan...semua atu fitnah", keluhnya apabila diminta menceritakan kisah perjuangan beliau yang lalu.


Inilah keadaan rumah usang bekas pejuang kemerdekaan yang dilupakan

Akan tetapi beliau tidak menunjukkan rasa kesal atas segala yang sudah berlalu walaupun perjuangan tulen beliau dan teman-teman untuk membebaskan negara dan bangsa dari terus dijajah akhirnya meletakkan beliau dalam hidup yang melarat berbanding dengan kita semua yang mendapat rahmat kemerdekaan hasil pengorbanan pejuang-pejuang yang dilupakan ini.

"Biar tia macam ani...", jawabnya pendek apabila ditanya sama ada beliau selaku warga emas berkerakyatan Brunei mendapat nikmat pencen tua sejumlah $250 sebulan.

Menurutnya dia pernah cuba memohon akan tetapi beliau dinasihatkan itu satu perkara yang mustahil kerana beliau tidak tinggal di Brunei buat sekian lama walaupun beliau memeggang kad pengenalan kuning.


Mudah-mudahan perjuangan kamu diberkati Allah...bantu tia KDYMM dan Kerajaan tani mudah-mudahan Brunei terus aman damai dan berdaulat, ujar Pak Ahmad sambil mengusap-usap kepala sdra Morshidi

Walau bagai manapun beliau mengakui menerima bantuan kebajikan dari Jabatan Kebajikan Brunei.

Sementara itu beliau juga meluahkan rasa kesal kerana usaha beliau untuk menukar kerakyatan anak-anaknya kepada kerakyatan Brunei pernah menempuh jalan sulit.

"Pernah dulu anak ku kan memohon membuat kad pengenalan tapi ditolak atas alasan kediaku ani pendatang haram", keluh Awang Ahmad sambil menggeleng-gelengkan kepala dan menunjukkan kad pengenalannya untuk memboktikan beliau masih rakyat Brunei sejati.
Jelas beliau teringin sangat untuk pulang dan menetap di tanah air untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya di tanah tumpah darah sendiri.

Akan tetapi dalam perbualan tersebut dapat dirasakan dari keluhan Awang Ahmad impian nya untuk pulang dan menetap di tanah air sendiri bukan semudah yang difikirkan.

Dia boleh pulang ke Brunei bila-bila masa sahaja akan tetapi untuk memulakan hidup baru dengan umurnya yang sudah lanjut bukan semudah itu.

Tambahan lagi sejarah juga telah melabel mereka sebagai penderhaka dan stigma sejarah hitam yang masih menghantui fikiran rakyat ini membuatkan lagi usaha beliau untuk membawa balik keluarga ke Brunei sebagai satu perkara yang amat sukar.

Contohnya hasrat beliau untuk mendapatkan pencen tua yang sudah menjadi haknya seagai anggota warga tua terpaksa dihentikan apabila beliau di takut-takutkan atas alasan beliau bekas pemberontak dan tidak tinggal di Brunei buat sekian lama.

Anak-anak beliau juga menghadapai kesulitan untuk menuntut hak menjadi rakyat Brunei kerana label yang sudah dilantak mati oleh sejarah atas nama bapa mereka yang berjuang untuk nasib masa depan bangsa dan negara.

Bergambar bersama Awang Ahmad seorang pejuang lama yang dilupakan berjuang untuk raja, bangsa dan negara

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.