"Kita juga melihat barisan ahli-ahli Lembaga yang terdiri dari 9 orang penting yang diamanahkan dan diberikan tanggungjawab untuk menerajui usaha mencerna masa hadapan ekonomi bangsa dan negara melalui pelaburan dan mempelbagai ekonomi sebagai satu langkah yang strategik dari sudut kepentingan perniagaan dan penanaman modal keyakinan pelabur", katanya sambil menambah baru-baru ini seorang ahli baru berbangasa Peranchis mewakili syarikat minyak nombor 4 terbesar di dunia telah dilantik untuk membantu BEDB melaksanakan program kemajuan ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, tambahnya, kita juga terkilan dengan barisan-barisan orang penting yang didudukan dalam badan penting seperti BEDB itu di mana hanya terdapat 4 orang Melayu duduk didalamnya. Apa yang jelas sistem pendidikan kita selama 24 tahun kita telah merdeka nampak gagal untuk melahirkan pakar kewangan dan pakar ekonomi dari kalangan orang Melayu yang berkaliber sehingga kita terus bergantung kepada pakar dari luar untuk mencerna masa hadapan ekonomi bangsa dan negara, ujar Sdr Morshidi.
 |
 |
Dengan bergantung terus kepada pakar luar kita juga risau sejauh mana mereka yang diberikan kedudukan penting ini dapat menjiwai roh falsafah Melayu Islam Beraja dan konsep adil dan berehsan yang dibawa bersama dalam konteks
perjalanan kita menuju matlamat akhir menjadikan negara Brunei yang 'Baldatun Thayiibatun Wa Rabbun Ghafuur', tambahnya lagi.
"Apakah orang asing yang duduk dalam badan penting itu boleh sama-sama memperjuangkan MIB yang menjadi pemangkin kesejahteraan rakyat?"
"Justeru melihat keadaan ini kita seharusnya tidak terlalu mengharap kepada rancangan kemajuan ekonomi yang direncanakan oleh BEDB untuk menjanjikan masa hadapan ekonomi bangsa Melayu yang cerah", tegas sdr Morshidi.
"Kita perlulah belajar berdikari dan merencanakan masa hadapan kita sendiri", ujar sdr Morshidi sambil menyeru agar semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli HAWA dapat menggunakan sepenuhnya markas
mereka dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang menjurus kearah mempertingkatkan keupayaan mereka seperti mengadakan majlis ilmu dan bengkel-bengkel untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan di bidang-bidang perusahaan dan lain-lain.
"Menafaatkan lah markas ini untuk kita merencana dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti yang berdaya maju yang boleh mengangkat lagi mertabat bangsa terutama kaum hawa ke mercu kejayaan yang cemerlang", seru sdr Morshidi.