Jangan Politikan Institusi Penghulu, Ketua Kampong

 
 
LIMBARUH HIJAU 18HB JANUARI 2007: PERANAN TRADISI PENGHULU DAN KETUA KAMPONG sebagai 'indung' dan kepala desa yang teratas dari politik rakyat dan kerajaan wajib terus dipelihara dari dicemari dengan elemen-elemen politik yang boleh meletakkan Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampong dikedudukan yang tidak berkecuali.

"Kedudukan Penghulu dan Ketua Kampong seharusnya berkecuali dan 'diatas' politik. Ini selaras dengan dasar Kerajaan yang tidak membolehkan ahli-ahli politik atau sesiapa yang bergiat aktif dalam aktiviti politik memeggang jawatan Penghulu dan Ketua kampong serta menjadi ahli dalam Majlis Perundingan Mukim dan Kampong dan sebaliknya", ujar Pengiran Dr Amir, Ahli Lembaga Penasihat NDP.

Dr. Pg Amir, Ahli Lembaga Penasihat NDP (duduk sebelah kanan) dan Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP

"Dasar ini jelas meggambarkan keperluan memelihara peranan dan sifat tradisi Penghulu dan Ketua Kampong sebagai 'indung' anak kampong dan mukim yang berkecuali, tidak pilih bulu, adil dan saksama kepada semua anak kampong, tidak kira bangsa, agama, kedudukan sosial atau peggangan politik seseorang itu".

"Mereka berperanan sebagai penasihat, pakar perunding, pakar rujuk adat istiadat dan budaya kepada semua anak-anak kampong. Mereka juga berperanan dalam menyatupadukan anak kampong dan berusaha kearah memelihara kehramonian kampong dan mukim", tambah Pengiran Amir memberikan pandangan peribadinya disesi muzakarah ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP.

Sesi muzakarah ahli-ahli Lembaga Penasihat dan ahli-ahli MT NDP

Sesi muzakarah diadakan di rumah Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Timbalan Setiausaha Agong NDP d Kampong Sungai Besar pada 11hb Januari baru ini.

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan sdra Mahmud Morshidi Othman serta ahli-ahli MT NDP yang lain turut hadir di sesi muzakarah itu.

Antara ahli-ahli Lembaga Penasihat yang hadir ialah Awang Haji Mohammad Penghulu Haji Bakar, Awang Bajau dan Pengiran Amir. Sesi muzakarah dipengerusikan oleh Awang Abdul Rahman Yusuf, Pemangku Pengerusi Tetap NDP.



Ayahnda Yasin Affandy (kiri) dan Awang Haji Abdul Rahman Yusuf (kanan) Pemangku Pengerusi Tetap NDP.
Pengiran Amir di sesi tesebut seterusnya menambah, "apa yang saya perhatikan semacam ada percanggahan antara dasar kerajaan mengenai kedudukan Penghulu dan Ketua Kampong' dengan perkembangan tekini berkaitan sistem perjalanan institusi Penghulu dan Ketua Kampong.

"Perkembangan semasa (institusi Peghulu dan Ketua Kampong) ketara menunjukkan kecendrungan mengembangkan institusi tradisi ini kearah institusi politik", tambah Pengiran Amir lagi.

"Saya khuatir jika perkara ini tidak dipantau dan diperbetulkan ia akan menjadikan institusi Penghulu dan Ketua Kampong sebuah entiti berbau politik yang tidak berkecuali. Ini tidak sihat dan akan merosakkan imej institusi Penghulu dan Ketua Kampong sebagai lambang perpaduan masyarakat akar umbi", ujar Pengiran Amir lagi.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.