Jalin hubungan perlu antara pertubuhan politik

 
 

LIMBARUH HIJAU 24 DISEMBER 2007 - BARU-BARU INI tersiar di dada-dada akhbar di Malaysia dan juga di ruang siber sebuah berita tentang langkah UMNO, parti politik terbesar di Malaysia dan GOLKAR, parti terbesar di Indonesia menjalin hubungan dua hala bagi tujuan membukakan saluran politik untuk meningkatkan hubungan baik Malaysia - Indonesia yang sedia ada.

Harapan kedua-dua pertubuhan politik rakyat tersebut ialah untuk memastikan melalui hubungan formal antara rakyat dengan rakyat kedua buah negara akan dapat membantu proses diplomasi antara kerajaan dengan kerajaan yang sedang berjalan sekarang.

Bagi tujuan tersebut satu Memorandum Persefahaman (MoU)telah ditandatangani oleh UMNO dan GOLKAR serta jawatankuasa ditubuhkan untuk melaksanakannya.

Dengan MoU tersebut membolehkan kedua-dua parti politik memulakan usaha meningkatkan persefahaman dan kerja-



Gambar hiasan - AJK protem NDP berada di Kuala Lumpur meninjau perjalan politik UMNO, PAS dan KeAdilan

sama antara rakyat dengan rakyat kedua-dua buah negara. Ini dengan sendirinya akan boleh menyumbang kearah mengurangkan pergisiran antara kedua-dua buah negara yang boleh tercetus dari isu-isu kontroversial semasa.

Di perkembangan yang lain Parti Progresif Penduduk SeMalaysia (PPP) sebuah parti kecil di Malaysia juga berusaha menjalin hubungan dengan parti-parti politik luar negara. Baru-bru ini PPP dan Partai Keadilan (PeKa) dilaporkan telah membuat hubungan formal bagi maksud menggunakan saluran politik bagi meningkatkan kesefahaman dan hubungan dua hala antara rakyat kedua-dua buah negara.

Semua ini dilaksanakan dengan harapan untuk mengurangkan pergisiran antara rakyat kedua-dua buah negara yang bakal belaku jika tidak terdapat mekansime yang formal dan terarah untuk menangani isu-isu kontroversial yang boleh menyinggung sensitiviti bangsa dan egara kedua-dua pihak.

Bayangkan jika hubungan sedemikian tidak dijalin dari sekarang. Seperti yang sudah-sudah dari isu besar mengenai tenaga kerja warga Indonesia di Malaysia hingga ke isu kecil mengenai penggunaan istilah Indon sering mengambil tempat sebagai isu kepada hubungan dua hala antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Sekarang dengan adanya mekanisme penyatuan persefahaman rakyat ini kerajaan kedua-duah buah negara bolehlah bernafas dengan leganya.

Dalam konteks hubungan dua hala antara
rakyat Brunei dengan rakyat-rakyat negara-negara luar pula bagaimana?


Baru-baru ini contohnya, seorang majikan Brunei telah dituduh mendera dengan kejamnya seorang pembantu rumah warga Indonesia. Tuduhan yang berupa fitnah ini disiarkan oleh sebuah akhbar di Indonesia. Ianya memeranjatkan dan memalukan masyarakat Brunei.

Walaupun ia isu kecil ianya boleh menjejaskan hubungan baik rakyat Brunei dan Indonesia dan jika tidak ditangani dengan berhemah boleh akhirnya meneggangkan hubungan persahabatan Brunei-Indonesia.



Bergambar bersama ahli Parlimen British

Alhamdulliah pihak Polis Di-Raja Brunei telah dapat menangani isu tersebut dengan baiknya dan berjaya menangkis fitnah yang dilemparkan kepada negara itu.

Akan tetapi ini tidak bermakna ianya sudah berakhir. Episod yang serupa dalam bentuk yang lain pula boleh menjelama lagi di masa-masa hadapan, mungkin dengan negara-negara yang lain pula.

Sejauh ini kerajaan terpaksa menghadapi

semua cabaran ini dengan sendiri dan tidak disangkalkan ianya telah melaksanakannya dengan baik. Secara formal rakyat tidak ada banyak ruang untuk membantu kerajaan menghadapi semua cabaran ini.

Justeru sekelompok rakyat Brunei rasa terpanggil untuk memenuhi keperluan ini dan membentuk sebuah pergerakkan politik atas nama Parti Pembangunan Bangsa (NDP).



Ahli-ahli Parlimen Jerman duduk sama rendah bersama rakyat Brunei yang menjadi anggota NDP di Anjung Syura NDP di Jerudong



Ayahnda Yasin Affandy bersaa ketua rombngan Ahli Parlimen Jerman


Dari awal sejarah penubuhannya lagi NDP telah menyedari keperluan mengwujudkan hubungan dua hala dengan pertubuhan-pertubuhan NGO dan parti-parti politik dalam dan luar negara yang memahami dan menghormati dasar dan perjuangan parti NDP.

Secara informal dalam proses menubuhkan NDP pada 2005, ahli-ahli jawatankuasa protem telah berada di Kuala Lumpur untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil UMNO, PAS dan KeAdilan bagi tujuan mempelajari sistem politik Malaysia dan perjalanan pergerakkan-pergerakkan siasah di negara tersebut.

Bertolak dari sana NDP setelah didaftar secara sah sebagai pergerakkan politik rakyat mempertingkatkan lagi usaha menjalin hubungan dua hala dengan parti-parti politik luar negara selaras dengan dasar dan objektif parti untuk bekerjasama dengan mana mana jua pihak yang menghormati visi, misi dan objektif utama Parti Pembangunan dalam menjayakan wawasan Parti.



Rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka di Ukong Tutong

Dalam hal ini NDP juga telah bertekad dan menjadikannya sebagai sebahagian dari objektif parti untuk terus berusaha menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan-badan dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, kerajaan dan bukan kerajaan, dan lain-lain demi kepentingan nasional.

Hasrat ini diperkukuhkan lagi dengan NDP membubuh dalam Manifesto Politiknya bagi 2006 - 2016 cadangan menubuhkan sebuah kesatuan parti-parti politik di kalangan anggota negara-negara ASEAN yang seidealogi dengannya dan menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai sekretariatnya.


Tujuannya ialah untuk mewujudkan satu platform yang berkesan untuk dialog antara Islam dan kuasa-kuasa besar bagi menghurai sebarang kesangsian dan kecurigaan mereka terhadap Islam dan gerakan Islam di rantau ini.

Harapan NDP agar platform ini boleh digunakan untuk dialog antara Islam dan agama-agama besar di rantau ini. Semua ini akan turut menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran bersama, sesuai dengan apa yang dianjurkan oleh Islam dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Dibidang perlaksanaan objektif parti ini pula NDP pada tahun 2006 telah mengambil peluang menghantar satu rombongan lima orang wakil NDP, diketuai oleh Setiausaha Agung ke Kuala Lumpur menghadiri selaku pemerhati muktamar tahunan Parti Islam se Malaysia (PAS).

Pada tahun yang sama NDP menghantar lagi satu rombongan tiga orang yang di ketuai oleh Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa untuk menghadiri Persidangan Meja Bulat Pertubuhan NGO Islam Rantau Selatan Timur Asia Mengenai Lubnan dan Palestin Dalam Menghadapi Kekejaman Yahudi dan Imperilisma Anglo Amerika anjran parti PAS.

NDP juga menghantar rombongan yang terdiri dari Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiauaha Agung NDP, Pengiran Hamzah Pengiran Saleh, Pembantu Khas Timbalan Presiden NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi JK Hubungan Antarabangsa dan keamanan NDP ke Singapura untuk memerhati dan mempelajari perjalan pilihanraya umum di negara tersebut pada bulan Mei 2006.

Tahun 2007 juga mencatakan mercu penanda pencapaian NDP menjalin hubungan baik dengan parti-parti politik serantau dan antarabangsa selaras dengan objektif parti.

Pada Februari 2007, NDP menjadi tuan rumah kepada lawatan rombongan 5 orang ahli-ahli Parlimen Jerman tediri dari pemimpin-pemimpin parti-parti politik airan Konservatif dan Liberal yang berada di Brunei untuk membuat lawatan sambil mempelajari perkembangan politik di negara ini.

Pada Mac 2007 NDP berpeluang lagi menjadi tuan rumah kepada rombongan Pergerakkan Puteri UMNO Melaka yang membuat lawatan ke Brunei utuk mengeratkan hubungan dua hala antara NDP dan UMNO.

Gambar hiasan: Pg Hamzah dan Haji Aminorashid besalam dengan Eric Lau, MP Singapura dari People Action Party (PAP) yang sedang berkempen

Juga mengambil peluang berkenalan dengan NDP ialah robongan 5 orang ahli-ahli Parlimen British yang juga merupakan ahli-ahli Parlimen Komanwel. Mereka juga merupakan pemimpin-pemimpin tertingi dari Parti Konservatif dan Parti Buruh di United Kingdom.

Mereka membuat lawatan ke Brunei bulan lepas dan salah satu program lawatan mereka ialah perjumpaan dengan waki-wakil NDP yang terdiri dari Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Awang Haji Amiorashid, Setiausaha Agung NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabnagsa dan Keamanan NDP.

Perkembangan-perkembangan ini semua menunjukkan kesungguhan NDP merebut peluang-peluang untuk membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda menggunakan saluran politik rakyat untuk meningkatkan persefahaman dan kerjasama antara kerajaan Baginda Sultan dengan kerajaan-kerajaan negara-negara luar.

Dengan adanya inisiatif NDP ini tidak keterlaluan jika dikatakan ianya telah berjaya membawa rakyat dan penduduk negara ini dengan erti kata yang sebenar-benarnya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa di rantau ini dan juga di dunia antarabangsa seperti juga halnya di tahun 60an dan 70an yang lalu.

Justeru NDP menaruh harapan yang tinggi agar segala inisiatifnya untuk terus menjalin hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan NGO dan pergerakkan-pergerakkan politik yang memahami dan menghormati ideologi perjuangannya tidak disalah ertikan dan di curigai.

NDP akan teus berusaha melaksanakan segala tugasnya menggunakan saluran politik mempertingkat persefahaman dan hubungan dua hala dengan negara-negara luar secara telus bagi mengelakkan sangka buruk yang hanya akan menjejaskan segala usaha membawa negara dan bangsa ke persada serantau dan antarabangsa sebagai bangsa dan negara yang merdeka, bermaruah dan berdaulat.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.