LIMBARUH HIJAU 12 DISEMBER 2007 - INSIDEN 8 DISEMBER 2007 di Tutong akan tercatat sebagai satu lagi titik hitam dalam sejarah perjalanan negara menuju kearah pembaharuan politik yang dihasratkan pihak Istana dan dalam sejarah perjalanan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) membawa rakyat menyokong dan membantu Istana menuju kematlamat mulia ini.
Titik hitam ini bukan buatan tangan NDP. Malah tidak pernahpun terlintas dalam hati dan fikiran kepimpinan NDP untuk menjadikan tarikh 8 Dsember 2007 sebagai satu tarikh memperingati persitiwa kebangkitan rakyat 45 tahun lalu iaitu pada 8 Disember 1962. Cukup sudah pihak Istana dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah mehasilkan sebuah buku di dedikasikan kepada peristiwa tersebut.
NDP mengadakan perhimpunan ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Badan-Badan Perhubungan SeNegara pada hari itu hanya semata-mata bertujuan untuk menyepadukan dan mensajajarkan pemikiran dan tindak kerja seluruh AJK di keempat-empat daerah dalam usaha masing-masing mengiatkan perjalanan parti di peringkat-peringkat daerah mengikut dasar-dasar yang telah di tetapkan.
Ianya buat pertama kali diadakan dan NDP berhasrat untuk menjadikan perjumpaan tersebut sebagai titik tolak penyatuan dan pensejajaran jentera-jentera pentadbiran dan pengurusannya dari pusat ke peringkat daerah, cabang dan ranting.
Dengan wujudnya sistem yang mantap ini akan membolehkan kepimpinan teratas NDP memandu dan mengawal dengan rapi perjalanan parti hingga ke akar umbi agar tidak terbabas dari landasan undang-undang dan peraturan negara dan parti.
Tidak ada tahlil-tahlilan atau panjatan doa kepada pejuang pejuang lama di perjumpaan tersebut.
Kalau pun ada hanya sedikit menyentuh buku tulisan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah bertajuk 'Remember, remember...The 8th Of December', yang dilihat sebagai satu inisiatif istana yang berjaya mengangkat trauma peristiwa 8 Disember 1962.
Di ulangi lagi, tidak pernah terlintas di hati dan fikiran kepimpinan NDP untuk memilih 8 Disember 2007 untuk mengadakan perhimpunan yang berkebajikan itu untuk disempenakan degan 8 Disember 1962.
Perkara ini juga telah ditekankan oleh Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Aminorashid sendiri kepada pihak ROS pada hari tersebut apabila ROS melalui telefon membangkitkannya kepada Awang Haji Aminorashid sebagai salah satu sebab kenapa perhimpunan yang diadakan di markas itu di curigai dan seharusnya dibubarkan.
"Apa masalahnya kami mengadakan perhimpunan pada hari ini. Kami kan NDP. Kami bukan PRB lagi pun tarikh 8 Disember dalam kalendar tidak mungkin dapat diubah-ubah, di padam dan dilangkaukn ke 9 Disember", beliau kedengaran menekankan kepada pihak ROS bahawa perhimpunan tersebut diadakan pada hari itu bukannya disenghajakan untuk mempringati peristiwa 8 Disember 1962.
Di pendekkan cerita perhimpunan dibenarkan diteruskan dan pihak polis yang membuat kunjungan mengejut hanya diarahkan oleh ROS untuk menurunkan sehelai bendera Sang Setia yang diikat dipagar sebagai penanda untuk memudahkan AJK-AJK dari Brunei-Muara, Belait dan Temburong mecari alamat Pejabat Perhubungan NDP di Tutong yang baru di buka kira-kira satu bulan yang lalu.
Mereka pun pulang meninggalkan pejabat NDP di Tutong setelah memastikan bendera 'Sang Setia' sudah sah ditanggalkan dari pagar.
Insiden tersebut tidak menjejaskan semangat ahli-ahli yang hadir walaupun pada awalnya sebilangan yang hadir kelihatan sedikit terkejut dan risau.
Dari insiden tersebut dan insiden-insiden yang lain yang telahi dilalui oleh NDP sepanjang 3 tahun perjalanannya sudah jelas menggambarkan betapa selama 45 tahun ini trauma peristiwa 8 Disember 1962 bukannya dialami oleh rakyat jelata akan tetapi ianya dihidapi oleh kelompok elit-elit pentadbir.
Trauma persitiwa 8 Disember 1962 sebenarnya merupakan legasi peninggalan kuasa pentadbir ketika itu dan diwarisi pula oleh sebilangan elit-elit pentadbir hingga kehari ini.
Trauma yang dialami rakyat pada keseluruhannya sudah terubat.
Contohnya pada malam 8 Disember 2007 baru lalu ini ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dan sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP berserta beberapa orang ahli-ahli NDP yang lain berkunjung ke rumah balu Allahyarham Sarjen 20 Pengiran Ali bin Pengiran Ghani yang tumbang pada 8 Disember 1962 mempertahankan balai polis Temburong dari di serang oleh beberapa orang anggota TNKU. Ayahnda Yasin Affandy merupakan Pegawai Pemerintah TNKU ketika itu.
Perjumpaan bersejarah antara bekas pemimpin tertinggi TNKU dan keluarga Allahyarham Sarjen 20 Pengiran Ali sangat mesra. Tidak ada suasana permusuhan atau dendam kesumat terpancar dari wajah-wajah keluarga Allahyarham ketika berhdapan dengan Ayahnda Yasin Affandy dan teman-teman.
Semuanya bagaikan sudah dilupakan. Kedamaian dan semangat persaudaraan mengambil tempat dan trauma 1962 merupakan satu perkataan asing bagi kedua-dua pihak.
Sedihnya dalam masa rakyat dan istana sudah boleh berdamai dengan sejarah, membuang yang keruh dan mengambil yang jernih untuk terus maju kehadapan, sekumpulan elit-elit pentadbir pula masih sangsi dengan keikhlasan usaha-usaha rakyat yang berdiri atas pelantar NDP untuk berdamai dengan sejarah dan sedang berusaha merapatkan semula jurang pemisah yang selama ini menjarakkan kesatuan istana dengan rakyat.
Sikap curiga dan sangsi tidak berasas ini lah jelasnya mendorong mereka mengambil tindakan-tindakan yang menghantar mesej dan signal-signal yang bercanggah dengan semangat pembaharuan politik yang dibawa oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah MU'izzaddin Wadaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Pengiran Muda Mohamad Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Brunei.
Mesej-mesej dan signal-signal yang dihantar oleh sebilangan elit pentadbir ini seperti insiden 8 Disember 2007 di Tutong, arahan penurunan bendera di Pejabat Ranting NDP di Singa Menteri di Kuala Belait dan Markas Perhubungan NDP di Temburong, pengisytiharan peruntukkan dalam Buku Hijau Majlis Perundingan Mukim dan Kampong dan lain-lain isu yang turut menghambat proses pembaharuan politik membuatkan masyarakat terutama ahi-ahli NDP binggung.
Ramai yang tertanya-tanya "kemana sebenarnya hala tuju negara?".
Usaha memperkenalkan semula Majlis Mesyuarat Negeri dan kewujudan bangunan parlimen yang indah sudah cukup mengambarkan komitmen Baginda Sultan untuk memulihara sistem kerajaan berparlimen yan demokratik.
Kesediaan Baginda Sultan dengan dibantu oleh DYTM Paduka Seri Perdana Wazir membawa negara sebagai salah sebuah negara pengasas Piagam ASEAN untuk melindungi hak asasi manusia, memulihara sistem kerajaan yang demokraik pembangunan insan dan alam sekitar sudah cukup membuktikan kesungguhan Baginda Sultan untuk mewujudkan rakyat Brunei yang bertamadun, terbilang, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakt serantau dan atarabangsa.
Begitu juga di Perhimpunan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Kempala Uganda baru-baru ini.
DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir selaku wakil kepada Baginda Sultan menekankan komitmen negara kepada hak asasi manusia, demokrasi dan alam sekitar. Brunei ikut menyokong mengugurkan keahlian Pakistan dalam CHOGM kerana gagal menghapuskan undang-undang darurat dan mengemablikan sistem demokrasi di negara Islam tersebut.
NDP melihat semua ini sebagai petanda baik dan semakin terasa terpanggil untuk terus maju di barisan hadapan menyokong dan membantu Baginda Sultan dan adinda menonjolkan Brunei sebagai sedang giat memperkemaskinikan sistem kerajaan dan politik yang ada waimapun secara beransur-ansur.
Makanya NDP sering menekankan kewujudannya sebagai wadah meningkatkan kesedaran rakyat dan ruang untuk rakyat memahami dan mengamalkan sistem demokrasi yang sihat yang berjalan atas landsan murni Melayu Islam Beraja.
Akan tetapi jalan meunju kearah matlamat dan kepentingan bersama ini berliku-liku bagi NDP.
Terlalu banyak sekatan-sekatan di laluan ini hingga timbul kekeliruan dikalangan ahli-ahl dan masyarakat umum sama ada kita sirius dan benar-benar komited dalam usaha membawa negara kearah pembaharan politik ini. Waaluwa'alam. (MMO/MHO) |