|
|
| |
 |
|
| |
Jadikan NDP pencetus perubahan |
|
|
| |
 |
LIMBARUH HIJAU 2 MEI 2007: PERLUNYA AHLI-AHLI NDP terus tabah menggerakkan parti dengan jayanya dalam keadaan cuaca berpolitik di negara yang kurang kondusif atau memberangsangkan menjadi antara topik perbincangan di sesi muzakarah ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP kemarin.
"Memang di maklumi 'cuaca politik' di negara kita tidak cukup kondusif dan tidak memberangsangkan sehingga menyebabkan ramai yang tidak berminat sangat untuk melibatkan diri dalam pergerakkan politik", ujar sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan
|
 |
Presiden NDP ketika mengulas perbincangan mengenai suasana berpolitik di Brunei.
"Halangan-halangan psikologi yang dihadapi oleh rakyat merupakan antara elemen-elemen yang menyumbang kearah situasi sedemikian", tambahnya tanpa memberikan ulasan lanjut secara meluas perkara-perkara yang menyebabkan terdapatnya halangan psikologi tersebut.
Walaupun demikian, beliau berpandangan bahawa kita tidak seharusnya patah semangat kerana dalam cuaca politik yang tidak kondusif ini kita juga sedang berhadapan dengan |
 |
berbagai cabaran-cabaran semasa yang hebat. Dan selaku rakyat mahu tidak mahu kita akan berasa terpanggil untuk sama-sama berjuang dalam pelayaran kita mengahrungi arus gelombang globalisasi yang berupaya menenggelamkan kita sebagai sebuah bangsa dan negara yang beraja, merdeka, dan berdaulat.
Sehubungan itu kita seharusnya tidak membiarkan diri kita terlena oleh suasana yang tidak kondusif tersebut. Kita seharusnya tidak membiarkan suasana sedemikian terus membentuk diri kita dan melembabkan cara pemikiran kita, tegas sdr Morshidi.
|
 |
Katanya selaku anggota NDP kita semua mempunyai tugas untuk merobah dan mewujudkan satu suasana berpolitik yang sihat dan lebih kondusif.
"Kita wajar mara kehadapan untuk membawa perubahan yang dinanti-nantikan. Sampai bila kita harus menunggu cuaca politik di negara berubah menjadi kondusif...kalau bukan sekarang bila? Kalau bukan kita, siapa lagi?" ujarnya lagi.
|
Untuk itu, tambahnya antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah untuk mebanyakkan lagi ahli-ahli yang berkualiti sambil berusaha meningkatkan kepuyaan dan iltizam ahli-ahli yang ada.
"Kta perlu menjadikan semua ahli sebagai aset kepada parti dan negara bukannya sebagai bebanan kepada parti", ujar sdr Morshidi lagi. |
 |
Belaiu juga menegaskan perlunya NDP terus bergerak maju kehadapan dan menjadi pergerakkan politik rakyat yang relevan.
Bebrapa orang ahli MT NDP yang hadir turut menyokong pandangan Timbalan Presiden dan bersetuju kewujudan NDP sudah berjaya membawa sedikit banyak perubahan kepada cuaca politik di negara ini walaupun terdapat usaha kuat dari golongan yang berkepentingan untuk memastikan cuaca politik negara berterusan tidak kondusif.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|