|
|
| |
 |
|
| |
Jadikan NDP
kekuatan politik
rakyat
menyokong
KDYMM Sultan
|
|
|
|
| |
BELAIT 30 OKTOBER 2007 - PENTINGNYA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) terus bergerak menjadi sebuah pelantar politik rakyat yang berwibawa, berdayamaju dan dapat berdiri kuat sebagai 'powerbase' kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah ditekankan kelmarin oleh Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman di Majlis Ramah Mesra Aidil Fitri anjuran Badan Perhubungan NDP Belait.
|
NDP selaku pelantar politik rakyat tegasnya, perlu terus diperkukuhkan untuk menjadi sandaran sebagai 'powerbase' yang kukuh dan meyakinkan kepada Baginda Sultan untuk terus berhadapan dengan cabaran-cabaran memimpin negara kearah kemajuan dan kecemerlangan terutama sekali di era globalisasi yang penuh mencabar ini.
"Menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja, aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT, adalah merupakan matlamat dan visi pati".
"Menyokong dan membantu Kerajaan Baginda Sultan mewujudkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang adil dan saksama, telus, bersih, cekap, amanah, penuh ihsan dan kebajikan merupakan antara objektif utama NDP seperti yang termaktub dalam Artikel 5 perkara 3 dalam Perlembagaan parti", ujar sdr Morshidi.
Dari itu, tambahnya, apabila kita semua bersetuju menjadi ahli NDP bererti kita semua sudah bersedia dan bertekad untuk terus ta'at setia menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda seperti ikrar yang ada di borang permohonan yang kita tanda tangani itu", jelas sdr Morshidi lagi.
|
|
 |
"Dan selaku ahli NDP ia menjadi tanggunjawab kita untuk melaksanakan ikrar tersebut dengan usaha gigih memperkuatkan dan mempertingkat kewibawaan parti, memelihara perpaduan serta berusaha dengan lebih giat lagi membantu parti membanyakkan ahli untuk sama-sama berjuang membangun bangsa dan negara dari atas pelantar politik".
"Kta memerlukan suara rakyat yang kuat untuk menyokong dan membantu Baginda Sultan mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih efisyen dan efektif terutama sekali dimasa negara sedang diambang krisis sosial yang membimbangkan", kata sdr Morshidi. |
"Kita juga perlu suara rakyat yang kuat untuk menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan Baginda berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan kedaulatan negara dan bangsa, keutuhan wilayah kita dan keselamatan negara".
|
Beliau juga menyentuh isu kemiskinan yang dihadapi oleh 19,000 ke 25,000 penduduk yang berdaftar sebagai penerima zakat fakit miskin dan penerima nbantuan kebajikan masyarakat, isu perumahan yang sedang dihadapi oleh berpuluh ribu pemohon yang masih lagi menunggu giliran dan pengangguran yang sedang dihadapi oleh lebih 7000 orang yang telah mendaftar untuk mencari pekerjaan.
Semua ini tambahnya merupakan isu sosial yang semakin meruncing yang boleh menguggat keselamatan negara dan benteng pertahanan negara dari dicabuli oleh elemen jahat yang akan mengambil kesempatan dalam kesempitan ini untuk melemahkan kestabilan negara dan meletakkan Brunei dibawah telunjuk mereka bagi kepentingan survival bangsa mereka sendiri.
Dan untuk penyelesaian kepada isu-isu sosial ini kita juga memerlukan peningkatan sistem pentadbiran dan pengurusan ketahap yang lebih efisyen dan efektif.
Justeru menurut pandangan sdr Morshidi selaku ahli-ahli NDP ianya menjadi tanggunjawab kita untuk sama-sama berusaha memastikan sistem pentandbiran dan pengurusan negara menjadi lebih efisyen dan efektif iaitu dengan menjadi rakyat yang aktif dalam menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas, memberikan teguran dan pandangan masyarakat akar umbi selaku 'end users' kepada segala sistem dan program pembanguna yang dilaksanakan.
Apa yang jelas, menurut sdr Morshidi, kita semua setentunya tidak rela melihat anak cucu kita kelak akan menderita menjadi peminta sedekah, tidak berumah dan melarat tanpa pekerjaan kerana sikap malas tah ingau kita dan kelalaian kita melaksanakan tanggunjawab kita bernegara dan bermasyaakat.
Atas kesedaran inilah perlunya kita dari sekarang perlu melibatkan diri secara aktif berpatisipasi dalam pembangunan bangsa dan negara dan bukan sekadar menjadi anggota masyarakat yang pasif.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|