Jadikan Jerudong Wilayah Pelancungan

 
 

PANTAI JERUDONG OKTOBER 31, 2006: KEINDAHAN PANTAI JERUDONG sangat-sangat mengkagumkan terutama sekali disebelah petang apabila matahari mula terbenam.

Pemandangan awan langit yang mula menguning dengan tiupan angin dari laut Cina Selatan bertiup sepoi-sepoi bahasa dan pemandangan lautan luas yang mendatar memberikan ketenangan jiwa kepada pengunjung-pengunjung ke pantai Jerudong.

Didalam suasana yang indah ini pula para nelayan yang baru pulang dari laut kelihatan mula mendarat dikawasan khas pendaratan dan penurunan perahu-perahu. Mereka kelihatan sibuk menaikkan perahu-perahu mereka dan mengankut hasil tangkapan mereka kedarat.

Tidak jauh dari kawasan pendaratan ini terletak deretan gerai-gerai jualan ikan dan hasil tangkapan laut yang lain.


Perahu rosak yang ditinggalkan merosakkan keindahan pantai Jerudong.

Disebelah petang gerai-gerai ikan disini tidak kelihatan berapa sibuk. Walau pun demikina masih kelihatan sebilangan pengunjung mundar mandir mengintai-intai kalau-kalau ada ikan-ikan dan udang-udang yang baru untuk dibeli.

Melihat-lihat pemandangan sekitar pantai Jerudong ini membuatkan kita terfikir betapa beruntungnya kita selaku rakyat dan penduduk memilki kemudahan yang indah ini.

Jelas berjuta ringgit telah dibelanjakan untuk membina dan memajukan kawasan pantai Jerudong ini yang sudah lama terkenal sebagai tumpuan nelayan dan pelanggan-pelanggan mereka. Dulunya kawasan ini tidak mempunyai jalan yang baik menuju ke pantai apatah lagi gerai dan tempat pendaratan dan penurunan perahu yang moden dan selamat.

Tetapi sekarang kita boleh berbaggga kerana kawasan pantai Jerudong ini sudah mempunyai infrastruktur yang moden. Jalanraya nya selesa, tempat letak kereta luas, terdapat deretan gerai ikan yang moden dan juga terdapat menara-menara petugas keselamatan.
Rumput terbiar panjang


Lagi bot rosak terbiar ditepi jalan di pantai Jerudong
Kawasan pantai Jerudong ini memang betul-betul sesuai dijadikan kawasan pelancungan. Dengan infratsrukutur yang sudah ada ia mepunyai potensi untuk terus dimajukan.

Apa yang diperlukan ialah keinginan yang tinggi untuk memajukan kawasan pantai ini sebagai kawasan pelancungan.


Rumput panjang merosakkan keindahan pantai Jerudong

Malangnya apa yang meyedihkan jelas kawasan ini tidak berapa diambil perhatian dari aspek pemeliharaan dan kebersihan nya.

Dalam suasana yang indah di pantai Jerudong, jiwa kita akan menagis melihat rumput-rumput yang terbiar panjang.

Sampah sarap berjuritan disana sini. Nelayan-nelayan yang tidak betanggungjawab meninggalkan perahu-perahu dan kereta-kereta mereka yang sudah buruk dan rosak ditepi-tepi jalan.

Kawasan khas yang sudah disediakan untuk nelayan-nelayan meletak perahu-perahu pula tidak di pergunakan sepenuhnya untuk mencantikkan lagi kawasan pantai Jerudong yang boleh menjadi tarikkan pengunjung ke kawasan tersebut.

Kita dapat bayangkan jika pantai Jerudong ini dijaga dengan rapi dan dimajukkan lagi dengan menjadikan kawasan ini pusat peranginan tepi pantai yang menyediakan kemudahan seperti chalet dan restoran-reatoran makanan laut ianya akan menambahkan lagi tarikan pelancung ke Jerudong yang sudah terkenal dengan Empire Hotel nya yang bertaraf antarabangsa, padang permainan golf yang terbaik didunia, padang polo, Jerudong Park dan juga pusat kesihatan JPC.

Dalam erti kata yang lain seluruh kawasan Jerudong sebenarnya mempunyai potensi untuk dijadikan wilayah pelancungan yang menarik dan boleh menjadi yang terbaik dirantau ini jika usaha dijalankan untuk membiasikan semua kawasan Jerudong bermula dari pantai.


Conohnya, sudah terdapat rumah-rumah persendirian yang indah-indah disepanjang Jalan Jerudong dan ada beberapa pemilik yang sudah mengambil inisiatif untuk mencantikkan kawasan depan rumah mereka dengan tanaman pokok-pokok bunga dan tanaman yang indah.

Pemilik-pemilik ini dan yang lain nya seharusnya diberikan galakkan bertersuan dengan memberikan mereka insentif seperti memberikan mereka subsuidi berupa benih-benih pokok-pokok bunga yang cantik untuk mereka tanam didepan rumah mereka dan juga cat-cat untuk mereka mencat rumah-rumah mereka agar rumah-rumah disepanjang jalan Jerudong nampak baru dan cantik dan menarik kepada mereka yang melalui masuk kawasan Jerudong.

Dengan itu suasana yang luar basa dapat dihidupkan dan sesiapa yang masuk wilayah wilayah pelancungan Jerudong ini pasti akan teruja dengan keunikkannya.

Tetapi sebelum itu kawasan pantai Jerudong perlu diambil perhatian terlebih dahulu kerana keadaan yang ada sekarang tidak memuaskan.

Gambar-gambar menunjukkan keindahan pantai Jerudong yang malangnya dicemari dengan sapah sarap, ruput panjang dan kereta serta bot rosak yang senghaja ditinggalkan oleh nelayan-nelayan yang tidak bertanggungjawab.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.